caripopo.com
(papa webpage)

home papa mama

education

health ICT mechanical happening

                                     

Dr Noor Hisham dapat pengiktirafan tertinggi dunia

04:40:00 AM          Berita On Line:  03/07/2012

 

 
 

London: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (atas) dianugerahkan Felo Kehormat The London Royal College of Physicians.

Beliau yang juga pakar bedah terkemuka negara, mendapat pengiktirafan dunia berikutan kejayaannya dalam bidang pembedahan endokrin dan penerbitan jurnal tempatan dan antarabangsa. Noor Hisham, 49, berkata penganugerahan itu pengiktirafan tertinggi diberikan Royal College of Physicians (RCP) kerana anugerah Felo Kehormat pusat pengajian terkemuka itu terhad 20 orang setahun.

Noor Hisham, 49, berkata penganugerahan itu pengiktirafan tertinggi diberikan Royal College of Physicians (RCP) kerana anugerah Felo Kehormat pusat pengajian terkemuka itu terhad 20 orang setahun.

Majlis penyampaian anugerah diadakan Rabu lalu dan turut diberikan kepada dua lagi individu yang menjalankan penyelidikan membawa kepada penemuan sel kanser dan sel stem.

“Ini satu anugerah sangat berprestij,” katanya.