CITU
(CENTER FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING)
Universiti Teknologi MARA - Kota Kinabalu
IPK211  *  IPK212  *  IEP200  *  

IPK212
 

BAB 2 - KONSEP ASAS EKONOMI

 
 
1.      Konsep Pengeluaran
2.      Konsep Pengagihan
3.     Konsep Penggunaan
4.     Pasaran
 
 

1.  PENGELUARAN

Pendahuluan
Kepentingan pengeluaran dan pekerjaan.  Persoalan yang timbul ialah apa yang hendak dikeluarkan, apa, bagaimana dan berapa banyak?

Pengertian pengeluaran:
‘Kegiatan memperoses bahan-bahan ekonomi yang berasal daripada sumber-sumber tabie sehingga menjadi bahan  berguna kepada manusia atau menyediakan perkhidmatan yang memiliki nilai-nilai ekonomi”

MA Mannan: Pengeluaran Utiliti, “Menjadikan sesuatu benda itu berguna dan boleh memberi perkhidmatan kepada manusia”

Faktor-faktor Pengeluaran:

a.                   Tanah
                  ·        Pemberian Allah
                 
·        Berbeza subur /tidak subur
                 
·        Sikap Islam terhadap penggunaan sumber

b.                  Buruh
                  ·        Taarif buruh
                 
·        Kewajipan bekerja
                 
·        Tugas memilih pekerjaan
                 
·        Melaksanakan tugas
                 
·        Sikap Islam terhadap buruh

c.                   Modal
                  ·        Pengertian modal
                 
·        Bentuk modal – ilmu, kemahiran dan aset

d.                  Pengurus
                  ·        Siapa pengurus
                  ·        Hubungan pengurus dan pekerja
                  ·        Gaji
                  ·        Hasil keluaran
                  ·        Keuntungan max dan modal min.
 

Prinsip-prinsip pengeluaran

            a.     Kewajipan umat Islam bekerja untuk mengeluarakn barangan dan perkhidmatan
b.     Pengeluaran barang-barang keperluan yang berfaedah
c.     Mengutamakan barangan asas dan membatasi barangan mewah
d.     Tidak boleh mensia-sia sumber
e.     Umat Islam mesti menguasai teknik-teknik moden dalam pengeluaran
 

Hikmat dan kepentingan pengeluaran

            a.     Keperluan kepada bidang pekerjaan
b.     Menggarap hasil dan kekayaan anugerah Allah
c.     Mengunakan sumber
d.     Mengeluar barangan berguna
e.     Mengagihkan kepada masyarakat
f.      Mencari mardhatillah
 

Gelagat pengeluar

                  a.      Mengeluarkan baarangan asas
                  b.      Tidak mengeluarakan barang mewah dan membazir
                  c.      Meletakkan harga yang berpatutan
                  d.      Bukan mengaut keuntungan, memadai untung berpada
                  e.      Mengutamakan aspek kebajikan pengguna
 

Matlamat pengeluar

                  a.       Memenuhi keperluan seseorang secara sederhana
                  b.       Memenuhi keperluan keluarga
                  c.       Peruntukan keperluan masa depan
                  d.       Peruntukan bagi generasi akan datang
                  e.       Khidmat sosial dan sumbangan ke jalan Allah
                  f.        Daya tahan dan Perkembangan firma

 

Sumber pembiayaan firma

            a.                  Mudharabah
b.                  Musyarakah
c.                  Saham
d.                  Murabahah
e.                  Bai Bithaman Ajil
f.                   Ijarah
g.                  Bai al-Takjiri
h.                  Gadaian
i.                   Qardhu hasan

   
Masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pengeluaran:

  1. Pengangguran apabila teknologi advance
  2. Kekurangan modal
  3. Ketidakcekapan pentadbiran
  4. Kekurangan bahan mentah untuk keluaran seterusnya
 
 

2.  KONSEP PENGAGIHAN  

Pendahuluan
Gambaran ringkas pengagihan menurut Islam

Pengertian pengagihan
“Pembahagian dan penaburan bahan-bahan keluaran atau perkhidmatan-perkhidmatan terdahulu atau pembahagian pendapatan atau kekayaan atau peluang-peluang kepada peribadi-peribadi anggota-anggota masyarakat.”


Prinsip Pengagihan

a.                  Al-adl
b.                  Al-Ihsan


Hak dalam pengagihan

a.                  Hak utama/primary
b.                  Hak kedua/secondry


Pengagihan semula

a.                  Sumber pengagihan semula
b.                  Wajin dan sunat

Objektif pengagihan

            a.        Supaya harta tidak beredar di kalngan orang yang kaya sahaja
b.         Ada hak orang lain dalam harta kita
c.        Sama-sama bertanggungjawab
d.        Wujud masyarakat yang harmoni dan kasih sayang

 

Konsep pengagihan

  1. Prinsip adil yang syumul
  2. Prinsip ihsan
  3. Keadilan sumbangan individu
  4. Keadilan kuantiti


Kaedah pengagihan

  1. Pemilikan harta kekayaan dan penyelesaian masalah kewangan masyarakat
  2. Pengagihan hak utama
  3. Pengagihan hak kedua
  4. Pengagihan melalui institusi wajib
  5. Pengagihan melalui institusi sunat

 

Kesan pengagihan zakat kepada masyarakat

bullet Sektor pengeluaran bertambah
bullet Mengurangkan pengangguran
bullet Menambah pendapatan masyarakat
bullet Memberi peluang pekerjaan
bullet Mengurangkan jurang antara kaya dan miskin
bullet Merapatkan hubungan masyarakat
bullet Masalah sosial berkurangan
 
 

3.  PENGGUNAAN

Pendahuluan
Gambaran tentang penggunaan

Pengertian
'Kegiatan manusia memanfaatkan bahan-bahan keluaran atau perkhidmatan yang telah disediakan'

Konsep barangan dan perkhidmatan
-  Penggunaan istilah al-Tayyibat dan al-Rizq dalam Quran

Barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi

bullet Halal
bullet Tidak memudharatkan
bullet Suci dan bersih
bullet Berfaedah

 

Ekonomi Moden

bullet Diminta oleh pengguna
bullet Ada harga
bullet Tidak mementingkan halal haram, berfaedah atau tidak, mudharat atau tidak

 

Perkhidmatan yang dibolehkan dalam Islam

bullet Perguruan
bullet Kesihatan
bullet Pengangkutan
bullet Pertahanan
bullet Pemakanan
bullet Pertanian
bullet Perniagaan
bullet Lautan
bullet Penternakan

 

Perkhidmatan yang dilarang

bullet Pelacuran
bullet Perjudian
bullet Rompakan
bullet Memudharatkan, contoh: menjual dadah, ubat batuk, urutan lembut

 

Hairaki penggunaan/Kemahuan & kehendak

bullet Dahruriyyat – barang keperluan asas
bullet Hajiyyat – barang keeprluan dan kecekapan
bullet Tahsiniyyat – Barang keselesaan
bullet Tarafiyyah – Barang mewah
bullet Mudharat – Barang merbahaya dan merosakkan
 

Apakah barangan yang kita mahu dan banyak mana?

  1. Barangan awam atau barangan peribadi
  2. Barangan keperluan asas atau barangan mewah
  3. Kombinasi barangan awam dan barangan peribadi
  4. Perbelanjaan sector isi rumah, sector firma, sector kerajaan dan sector asing.

   

Apakah kesan jika kita memperuntukkan  barangan  tarafiyyah:

bullet Menjejaskan penawaran barangan dharuriyyah dan hajiyyat
bullet Mengurangkan peruntukan untuk membantu masyrakat
bullet Menjejaskan imbangan dagangan negara
bullet Peruntukan sumber tidak efisyen dan tidak seimbang
bullet Meluaskan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin
 

Gelagat pengguna Muslim

Perkara-perkara yang mempengaruhi gelagat penggunaan muslim

bullet Kepercayaan kepada kewujudan hari pembalasan
bullet Konsep kejayaan
bullet Konsep kekayaan
bullet Konsep barangan dan perkhidmatan
bullet Etika dalam penggunaan
 

Etika penggunaan

bullet Sederhana
bullet Mengguna dengan hak
bullet Mengguna barangan yang suci zahir dan batin
bullet Penyertaan nilai-nilai kerohanian
bullet Penggunaan barangan yang membawa kemaslahatan dan kebaikan

 

Pengguna orang yang paling rasional

bullet Tujuan berbelanja untuk mencari kepuasan
bullet Mengetahui baik buruk, untung rugi barangan yang hendak dibeli atau digunakan
bullet Memenuhi keperluan

Islam mementingkan perancangan dalam berbelanja 

bullet Mengurangkan pembaziran
bullet Bersederhana
bullet Mengenal pasti segala keperluan mengikut prioriti
bullet Seimbang pendapatan dan perbelanjaan

Persoalan
1.      Apabila manusia berhadapan dengan fenomena kekurangan…

 
 

4.  PASARAN

Pendahuluan
Pasar adalah tempat yang penting kepada manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Rasulullah, sewaktu mula berpindah dari Mekah ke Madinah perkara pertama yang dilakukan ialah mendirikan masjid, kemudian baginda menbina pasar untuk kemudahan umat manusia. Pasar ialah tempat manusia keluar untuk menukar barangan, memenuhi keperluan atau menjual barangan yang telah dihasilkan.

Rasulullah mengatakan: Masjid adalah tempat yang amat disuruh untuk mengunjunginya, tempat yang banyak tipu helah ialah di pasar.

Perkara pertama Rasulullah buat apabila tiba di Madinah ialah mendirikan masjid dan kemudian membina pasar. Ini menunjukkan pasar adalah tempat yang amat penting dalam kehidupan manusia.

Definisi
“ Pasar adalah tempat pertukaran keperluan di antara pengguna dan pengeluar. Pengeluar memerlukan pasar untuk mendapat input dan bagi mendapat wang ke atas barangan yang dikeluarkan. Pengguna memerlukan pasar bagi mendapatkan barangan keperluan dan ganjaran perolehan kewangan bagi khidmat tenaga buruh yang telah ditawarkan”.

Norma-norma pasar/Ciri-ciri pasar  
Norma pasar perlu ada supaya ia menjadi pegangan dan amalan dalam aktiviti ekonomi di pasar. Ia bertujuan mewujudkan kesejahteraan dan menghindarkan kezaliman dan kecurangan. Pasar perlu dijadikan medan yang ‘ bersih ‘.Tidak ada sebarang ketegangan, penekanan, penipuan, monopoli dan riba.  Antara norma pasar ialah:

bullet Penyediaan barang oleh pemiliknya di Pasar
bullet Jujur, tidak mempermainkan harga
bullet Tidak menyembunyikan cacat barang
bullet Larangan penimbunan, sorokan dan monopoli
bullet Mengawasi harga
 

BENTUK STRUKTUR PASAR  

bullet Kebebasan
bullet Persaingan
bullet Kerjasama
bullet Bukan Monopoli

Pasar Bebas Individu
Ia melihat kepada bentuk kegiatan unit pasar. Kebanyakan bentuk pasar dalam Islam adalah pasar bebas individu. Tetapi jika berlakunya sifap negative dan kekurangan iman para peniaga maka barulah kerajaan akan campurtangan.
 

Ciri-ciri pasar bebas individu

  1. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran berjalan tanpa sebarang halangan dan sekatan selain dari pertauran-peraturan ekonomi itu sendiri
  1. Kebebasan keluar masuk pasar
  1. Kesempurnaan maklumat pasar adalah satu syarat mutlak yang dikehendaki
  1. Kebebasan tindakbalas unit-unit pasar (pengeluar adan pengguna)
  1. Kuasa-kuasa pasar (tindak balas penawaran dan permintaan adalah menjadi asas penentu harga)
  1. bahawa kuantiti firma-firma yang turut serta dalam urusniaga dalam pasar ekonomi Islam adalah ditentukan oleh minat sesebuah firma itu sendiri
     

Sistem kawalan pasar bebas individu

  1. Hubungan harmoni di antara unit-unit pasar – ia berasaskan kepada hubungan persaudaraan dan  hubungan kemanusiaan yang erat.
  1. Konsep barangan dan utilitinya – barang yang hendak dijual dan dibeli mestilah mempunyai nilai dalam Islam. Ia mestilah berfaiedah, suci dan tidak memudharatkan
  1. Akhlak –yang akan mengawal gerak geri unit-unit pasar.

 

Kawalan kerajaan ke atas pasar bebas individu

Penglibatan kerajaan:

bullet Sebagai pengawas perjalanan pasar
bullet Menguruskan hak awam
bullet Penjamin mekanisnme pasar
bullet Perancang dasar-dasar pasaran

PASAR KAWALAN KERAJAAN  
Ada 2 bentuk iaitu:

*  Kawalan kerajaan ke atas pasar bebas individu
Kawalan kerajaan ke atas pasar bebas individu berlaku apabila unit-unit pasar tidak dapat mengawal gelagat ekonomi mereka secara positif. Kerajaan akan campurtangan untuk memastikan kebajikan sosio ekonomi di peringkat maksimun.

*  Pasar kawalan kerajaan sepenuhnya:
Iaitu pasar yang merujuk kepada kepentingan awam atau berkaitan dengan hak milik awam.

 

PERANAN PEMERINTAH  
            ·        Peranan pemerintah secara umum
            ·        Peranan pemerintah dalam ekonomi
            ·        Peranan pemerintah di dalam pasar
            ·        Hisbah

Peranan pemerintah secara umum
Dalam sebuah masyarakat mesti ada pemerintah, pengawas, pengawal, penasihat untuk memastikan masyarakat hidup dalam aman harmoni.

Tanggungjawab pemerintah:  
1.      Tanggungjawab berkaitan dengan keimanan:
    ·        Memelihara keimanan
    ·        Jihad


2.      Merialisasikan kepentingan rakyat
   
·        Penguatkuasaan kehakiman
    ·        Memastikan keselamatan Negara
    ·        Membenteng sempadan
    ·        Perbelanjaan gaji dan perbelanjaan-perbelanjaan lain
    ·        Melantik orang yang jujur dan berkebolehan untuk mentadbir Negara

3.       Tanggungjawab yang berkait dengan kedua-dua tujuan tersebut iaitu keimanan dan kebajikan rakyat.
    ·        Menguatkuasakan hukuman yang ditetapkan oleh syariah untuk mengawal batas-batas yang ditentukan oleh Allah dan untuk memelihara hak-hak rakyat.
    ·        Kutipan cukai, zakat dan derma sesuai dengan peruntukan syariah
    ·        Pengawasan peribadi dan pemeriksaan hal-ehwal awam bagi panduan Negara dan perlindungan ke atas agama.
 

Peranan pemerintah dalam ekonomi  
           1.  Memastikan pengawalan system Islam. Segala peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi oleh rakyat.

             ·        Sekatan kebebasan ke atas tindakan individu
             ·        Peraturan aktiviti perniagaan
             ·        Penetapan harga, upah, sewa, cukai dan kadar keuntungan
             ·        Percukaian
             ·        Pemiliknegaraan
             ·        Perancangan ekonomi
             ·        Denda

            2.  Berperanan melalui perusahaan awam bagi menjaga hak dan kepentingan awam seperti hak milik awam dan utility awam seperti jalanraya, sungai dan apa jua sumber yang dikongsi bersama.

3.  Peranan dalam jaminan social – menjamin taraf hidup yang layak untuk setiap penduduk.

4.  Mewujudkan guna tenaga penuh, membentuk modal bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi

5.  Mengambil langkah positif dalam bidang pengeluaran, pengangguran dan agihan selaras dengan Islam

6.  Mengekalkan suasana sihat dalam pasar bagi memastikan pasar berjalan dengan betul.

Peranan pemerintah di dalam pasar  
Pasar bebas individu dan pasar kawalan kerajaan. – lihat catatan di atas.

Hisbah  
Hisbah ialah “ tindakan menyuruh kepada kebaikan apabila ternyata peninggalannya, dan melarang daripada kemungkaran apabila ternyata perlakuannya”.  atau dengan perkataan lain penghapusan kemungkaran yang sedang berlaku dan arahan melakukan kebaikan yang diabaikan.

Pemerintah berperanan melakukan kerja yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Peranan ini dikenali sebagai al-hisbah. Al-hisbah adalah satu institusi social yang dibentuk untuk mengatur masyarakat dan ekonomi serta memastikan kesuburan perlakuan norma-norma Islam.

Bidang utama yang menjadi sasaran hisbah ialah kemungkaran. Kemungkaran yang berkaitan dengan hak Allah, hak manusia dan kemungkaran hak allah dan hak manusia

Ia bertujuan untuk mengatur kehidupan rakyat bagi mencapai akhlak yang tinggi dan masyarakat dapat dilindungi daripada tingkah laku, penipuan, pemerasan, eksploitasi dan pemalsuan. Ia bagi memastikan terbentuknya masyarakat yang mulia serta memeliharanya daripada tindakan-tindakan kerosakan dan bencana-bencana yang merupakan siksaan dari Allah dan berusaha mendapat rahmatNya.

Dalil: Ali Imran 3: 104
“ Hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang mengajak kepada kebaikan dan menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran. Dan mereka itulah golongan yang memperolehi kemenangan’.
 

Pelaksana Tugas Hisbah  
al-Muhtasib: orang yang menjalankan tugas-tugas hisbah dalam masyarakat dan Negara Islam. Muhtasib terdiri dari pemimpin sendiri, polis atau orang yang telah diwakilkan oleh pemerintah.

Syarat seorang petugas hisbah ialah : Mereka mestilah Muslim, Mukallaf, Mendapat izin pemerintah, lelaki, jujur, mesra, penyabar, dihormati, berpengetahuan agama serta tahu selok belok adat dan keadaan masyarakat. Mereka juga mesti mampu menghapuskan kemungkaran.

Adab-adab petugas hisbah:  
·        Mencari keredhaan Allah dalam setiap tindakan  hisbah dan bukan tunjuk riya’
·        Bersifat halus dan lembut, tidak kasar tetapi tegas
·        Sabar dan pemaaf
·        Menjauhkan diri daripada hubungan yang akan membawa keberatan untuk menjalankan tugas hisbah.
 

Beza petugas hisbah dan petugas sukarela  

bullet Tugas petugas hisbah adalah fardhu
bullet Petugas hisbah akan menghadapi pendakwaan
bullet Petugas hisbah bertanggungjawab untuk mencari kemungkaran
bullet Petugas hisbah boleh mengambil pembantu

Pihak yang dihisbah:
Orang yang dihisbah ialah pihak yang melakukan perbuatan-perbuatan atau meninggalkan jenis-jenis perbuatan tertentu yang wajib atau boleh dikenakan tindakan hisbah ke atasnya.

Jenis-jenis golongan yang dihisbah:  
 

  1. Keluarga yang hampir dan jauh
  1. Golongan bukan Islam
  1. Para hakim
  1. Anggota staf pemerintah
  1. Golongan yang memliki kepakaran

Perkara yang dihisbah:  

  1. Kemungkaran sebagai sasaran hisbah
    bullet Bentuk positif: mewujudkan perbuatan-perbuatan yang dilarang syarak
    bullet Bentuk negative: meninggalkan perbuatan-perbuatan yang dituntut oleh syarak

Syarat-syarat kemungkaran:  
1.      Kemungkaran itu mesti nyata, lahir dan diketahui
2.      Kemungkaran itu sedang berlaku atau wujud
3.      Kemungkaran yang disepakati oleh para sarjana hukum fiqh

Kaedah tindakan hisbah:  

  1. Tindakan hisbah menerusi hati
  1. Tindakan hisbah menerusi tangan
  1. Menerusi lidah
  1. Tindakan hisbah adalah haram jika membawa kepada kemudharatan

Tindakan hisbah ialah antaranya nasihat, memberi amaran, celaan halangan, ugutan, memenjarakan atau buang daerah.

Implikasi hisbah terhadap ekonomi:  

  1. Perjalanan ekonomi dipastikan supaya ia ditadbir mengikut kehendak syara
    bullet Memastikan sumber yang ada tidak digunakan untuk menghasilkan barang yang tidak halal
    bullet Penawaran barangan asasi mencukupi
    bullet Peniaga tidak dibenarkan menaikkan harga sesuka hati
    bullet Unit-unit pasar berpeluang untuk berniaga
    bullet Memberikan maklumat pasar
    bullet Memansuhkan orang tengah
    bullet Peniaga tidak dibenarkan menyorok barang atau menyembunyikan kerosakan barang.

    2.         Penggunaan tenaga manusia secara optimum
    3.         Hak pemilikan dijaga
    4.         Tidak ada amalan riba
    5.         Kecekapan sector awam

 

Kembali ke:    CITU   *   Halaman Utama   *  Halaman Pendidikan  *  Sila Lihat Halaman 03

 
1