- Quran dan
Sunnah
-
Perkembangan ilmu pengetahuan yang lain
-
Perkembangan aspek sosio-ekonomi
Zaman merosot
(pembekuan)
Perpecahan kerajaan Islam abad 5 H (abad 12M).
Faktor mempengaruhi:
·
Perpecahan kerajaan
a.
Perpecahan empayar dan umat Islam
b.
Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling
menjatuhkan. Saling fitnah memfitnah dan bercakaran
c.
Berijtihad untuk menjatuhkan sahabat dan rakan dengan
memperalatkan ulamak
d.
Mendakwa pintu ijtihad telah tertutup
·
Kejatuhan dunia
Islam di tangan dunia luar
a.
Hulagu menawan Baghadad 1258 M
b.
Musnahnya Pusat Sumber Baitul Hikmah kerajaan Andalus
c.
Musnahnya banyak bahan rujukan penting
d.
Harun al-Rasyid menggalakkan orang luar datang ke baghdad untuk
mempelajari ilmu menyebabkan pengaliran ilmu
·
Pengaruh barat
terhadap dunia Islam (lewat abad 18 – 19M)
a.
Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi
barat
b.
Kelahiran revolusi industri abad ke 18, telah menarik para ilmuan
Islam ke barat dan akhirnya mereka menjadi secular.
c.
Barat melakukan perluasan kuasa khusus ke negara Islam
d.
Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah dan
e.
Menyebarkan kristian
Peringkat kebangkitan semula
Sekian lama umat
Islam mundur, lena dan lalai dengan ajaran Islam, sejak dari abad 15,
maka mereka mula bangkit:
a.
Awal abad ke 20 timbul kesedaran dan kebangkitan Islam
b.
Adanya penulisan ekonomi Islam secara khusus
c. Berlakunya proses Islamisasi di Pakistan
d.
Wujudnya institusi kewangan
e. Banyaknya pertemuan ulamak Islam untuk berbincang mengenai ekonomi
Islam, seminar, konferensi, mesyuarat dan lain-lain. Antaranya 1951
seminar pertama di Paris iaitu Minggu Fiqh Islam Antarabangsa, 1961 di
Syria, 1967 di Kaherah.
f. Aspek ekonomi yang disentuh ialah riba, harga, urusniaga, syarikat
insurans, hak milik swasta dan awam, kebebasan yang berlandaskan
lunas-lunas Islam, campurtangan kerajaan, system hisbah, jaminan
masyarakat, konsep keperluan asasi minimum dan tajuk-tajuk lain.
PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM
o
Keadilan –
meletakkan haq ditempatnya. Adil dalam pengagihan harta, adil dalam
pemberian hak milik, ( ada hak milik individu dan ada hak milik
masyarakat) , adil dalam undang-undang, ( mencuri akan dihukum)
o
Kebebasan yang terkawal dan terpimpin – Islam memberi
kebabasan dalam mencari harta kekayaan, bumi allah ini luas dan boleh
meneroka di bumi, laut dan udara untuk mencari harta kekayaan.
Kebijaksanaan adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Walaupun Islam
memberikan kebebasan, namun ia adalah terbatas. Ia mesti berada dalam
lingkungan batasan syarak. Tidak boleh merompak, mencuri, membunuh untuk
mendapat kekayaan.
o
Campur tangan kerajaan dan jaminan social- dalam
menjalankan aktiviti ekonomi, kadang-kadang manusia terlanjur kerana
rakus mencari kekayaan, sebab itu kerajaan mesti campurtangan dalam
memastikan ekonomi berjalan selari dengan kehendak Allah. Kerajaan juga
perlu memudahkan individu untuk membantu masyrakat yang kurang upaya.
Seperti memungut zakat, sedekah dan lain-lain.
o
Dasar pemilikan individu dan masyarakat – pengiktirafan
pemilikan
MATLAMAT EKONOMI ISLAM
Matlamat Utama
-
Untuk mencapai al falah iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Matlamat-matlamat Sosial
-
Kesenangan dan kualiti hidup di dunia – masyarakat yang sejahtera
-
Dipandang tinggi, disegani dan dihormati oleh negara atau orang
luar
-
Tidak bergantung kepada orang lain/ negara lain
-
Keperluan hidup yang cukup
-
Mencapai kesejahteraan dari segi material dan spritual kepada
semua ummah
-
Untuk memakmur dan memajukan ummah
-
Untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah
-
Untuk berjihad ke jalan Allah
-
Memenuhi kehendak dan tanggungjawab
-
Persaudaraan dan keadilan yang universal
-
Menjadi hamba Allah yang akan ditempatkan di syurga
-
Penggunaan sumber yang optimun, cekap, berkesan, jimat dan tidak
membazir
-
Kerjasama dan keadilan
-
Kesamaan haq dan peluang
-
Menjamin kebebasan individu
Kesimpulan: Matlamat
kegiatan ekonomi Islam boleh dibahagi kepada 2 iaitu matlamat ekonomi
(untuk memenuhi tuntutan kebendaan dan fizikal manusia) dan matlamat
bukan ekonomi iaitu (spritual dan jiwa manusia seperti kasih sayang.)
KAEDAH
FIQH DALAM EKONOMI ISLAM
Bagaimana kita nak mencari
sesuatu hukum kepada sesuatu masalah:
Antara kaedah fiqh ialah:
o
Setiap perkara berasaskan niat
o
Keyakinan tidak dapat diatasi dengan keraguan
o
Kesenangan boleh mendatangkan kemudahan
o
Kemudharatan hendaklah dihilangkan
o
Adat kadangkala boleh menjadi sandaran kepada hukum
Kesannya ada 2 aspek
berkaitan ekonomi Islam:
1.
Aspek tetap dan tidak berubah:- Contoh;
- Harta adalah milik Allah
-
Manusia sebagai khalifah
- Ada haq orang lain dalam harta kita
-
Mesti taat dan hormat kepada ibubapa juga orang-orang tua
2.
Aspek yang boleh menerima perubahan:- Contoh;
- Kadar
had kifayah
- Kadar
mata wang
- Kadar
hidup sederhana
- Bagaimana
nak mengurus harta dengan baik
- Bagaimana
nak mengendalikan perniagaan
CIRI-CIRI DALAM EKONOMI ISLAM
Ekonomi Islam adalah sebahagian dari Islam itu sendiri. Ini bermakna EI
adalah ajaran yang telah diturunkan oleh Allah swt untuk diamalkan. Di
dalamnya terkandung unsur aqidah, syariah dan akhlak. Ia jauh berbeza
dengan ekonomi moden yang merupakan ekonomi ciptaan manusia semata-mata.
Di anatar cirinya ialah:
Ekonomi Islam
bersifat pengabdian dan peribadatan:
-
Setiap pekerjaan yang mempunyai niat untuk Allah adalah ibadat
-
Manusia bekerja untuk mengabdikan diri kepada Allah
-
Manusia mesti bekerja menurut lunas Islam
Ekonomi Islam
mementingkan individu dan masyarakat/ seimbang
-
Pentingkan individu
-
Pentingkan masyrakat lebih dari diri sendiri.
Ekonomi Islam diawasi oleh lahir dan batin
-
Luar diawasi oleh manusia
-
Dalam diawasi oleh keimanan, ketaqwaan dan kepercayaan kepada
hari pembalasan
Ekonomi Islam mempunyai matlamat yang luhur
-
Matlamatnya adalah untuk memenuhi keperluan diri dan masyarakat
-
Keperluan masyraakt lebih diutamakan
-
Mementingkan persaudaraan
-
Tidak ada unsur penindasan, penipuan, eksploitasi dan sebagainya
FALSAFAH EKONOMI ISLAM
o
Tauhid
o
Rububiyyah
o
Khalifah
o
Ukhuwwah
o
Tazkiyah
METHODOLOGI EKONOMI ISLAM
Pengkajian EI adalah berdasarkan dua prinsip iaitu:
1.
Prinsip tetap – contohnya harta milik Allah
2.
Prinsip berubah – perubahan nilai wang
Rujukan utama
dalam pengkajian EI ialah:
o
Al-Quran
o
Al-Sunnah
o
Sejarah
o
Penyelidikan
o
Pengalaman
o
Keadaan Semasa/ Tokoh-tokoh ekonomi semasa
Tujuan
syariah:
a.
Akal
b.
Agama
c.
Keturunan
d.
Jiwa
e.
harta
Etika Ekonomi Islam
TOKOH-TOKOH PEMIKIR EKONOMI
ISLAM
Imam Abu Yusuf ( 731 – 798M 182 H)
Abu Yusof merupakan tokoh pemikir ekonomi yang awal. Beliau banyak
membincangkan mengenai percukaian dan tanggungjawab ekonomi oleh
kerajaan. Kitab al-Kharaj ditulis semasa beliau memegang jawatan sebagai
qadi al-qudha (kadi besar), di zaman pemerintahan khalifah Harun
al-Rashid. Kitab ini membicarakan aspek kewangan dan ekonomi kerajaan
dari segi perolehan dan perbelanjaan pendapatan demi kesejahteraan dan
keadilan rakyat. Kitab ini mengandungi sumber hasil negara dan cara
membelanjakannya, cara pembayaran sumber hasil dengan sebaik-baiknya dan
peranan Baitul mal, unsur-unsur percukaian seperti keupayaan membayar,
memberi pertimbangan kepada kesenangan pembayar semasa menentukan masa
membayar dan pentadbiran cukai berpusat. Beliau juga menekankan kepada
pembangunan sector pertanian. Abu Yusof juga menyentuh tentang hubungan
antara tawaran barangan dan harganya, juga mengemukakankan beberapa
nasihat kepada pemerintah (Muhammad Nejatullah Siddiqi 1989)
Imam al-Ghazali (
450 – 505H)
Karyanya Ihya’ Ulumuddin menyentuh tentang hal membangun
sumber-sumber ekonomi serta memberi garis panduan syariah yang jelas
dalam merealisasikan kerja-kerja ekonomi. Peranan wang, serta gesaan
hidup besederhana. Beliau menulis hamper 100 buah buku meliputi pelbagai
bidang ilmu pengetahuan.
Imam Ibn Taimiyyah ( 1262 – 1328M/ 661 –728H)
Ibn Taimiyyah membenarkan campurtangan kerajaan dalam pasaran dengan
sebab-sebab monopoli, penyorokan dan spekulasi. Antara tulisan yang
terkenal ialah Kitab al-Hisbah fil Islam mengandungi perbahasan tentang
pasaran, harga, penawaran, persaingan dalam pasaran, buruh dan upah, hak
milik awam, tanggungjawab kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat,
kawalan harga dan peranan sektor awam. Beliau membahaskan tentang cara
penguatkuasaan peraturan terhadap pengeluar, pedagang dan orang tengah.
Berhubung dengan pemilikan oleh individu, beliau membenarkan pihak
berkuasa memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut. Ibn
Taimiyyah juga menekankan kepada peranan dan tanggungjawab pihak
kerajaan untuk menentukan keperluan asas rakyat sebagai suatu kawajipan
yang mesti dipatuhi.
Ibn Khaldun
(11332 –1406/732 –808H)
Ibn Khaldun adalah pelopor kepada ahli
fikir perdagangan kerana pandangannya tentang kepentingan emas dan perak.
Buku utama bya ialah ‘ Muqaddimah’. Beliau membincangkan pelbagai isu
berkaitan ekonomi antaranya perbahasan tentang demografi, kegiatan
ekonomi, hasil kekayaan, pengeluaran, harga, penawaran, permintaan,
pertumbuhan penduduk, pembentukan modal, pembiayaan awam dan kitaran
perniagaan. Buku ini hampir menyamai buku Adam Smith “ The Wealth of
Nations”. Ibn Khaldun dianggap sebagai pelopor ilmu ekonomi moden.
Ibn Khaldun berpendapat pasaran bebas dapat memastikan pembahagian yang
saksama tanpa menafikan keperluan kepada campurtangan kerajaan.
Berhubung dengan tenaga manusia, beliau menekankan factor buruh di dalam
teori nilainya dan kepentingan modal intelektual. Beliau menyedari
kebaikan dan keperluan pembahagian buruh sebelum Ricardo. Beliau juga
telah menjelaskan teori penduduk sebelum Maltus berbuat demikian dan
menekankan peranan kerajaan di dalam ekonomi terlebih dahulu daripada
Keynes. Ibn Khaldun juga mendahului Adam Smith dan beliau dianggap guru
kepada Marx, Proudhon dan Engles.
PERBEZAAN EKONOMI ISLAM DAN
EKONOMI MODEN