CITU
(CENTER FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING)
Universiti Teknologi MARA - Kota Kinabalu
IPK211  *  IPK212  *  IEP200  *  

IPK211
 

BAB 5 - BANK ISLAM

Islam adalah agama yang sempurna. Ia mempunyai peraturan dan hukum untuk dipatuhi dan diamalkan oleh pemeluknya dalam semua lapangan dan kegiatan hidup mereka. Hukum dan peraturan bertujuan memberi kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Hukum dan peraturan mengenai bank dan kewangan telah wujud serentak dengan datangnya agama Islam dan bersumberkan daripada Quran, Sunnah, Ijmak dan ijtihad ulamak. Malangnya umat Islam di seluruh dunia tidak berjaya menyusun dan mengamalkan hukum dan peraturan dalam  kegiatan bank dan kewangan mereka. Mereka masih melibatkan diri dengan urusan riba dalam aktiviti bank dan kewangan, sedangkan al-Quran jelas menegah:

Firman Allah:

“ Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri betul kecuali seperti berdirinya seorang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang kerana sentuhan (syaitan itu). Yang demikian ialah kerana mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja dengan riba. Pada hal Allah telah  menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan ( larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti dari mengambil riba, maka apa yang telah diambil dulu ( sebelum pengharamannya) adalah menjadi haknya,  perkara tersebut terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulanginya (perbuatan mengambil riba), maka mereka itu ahli neraka dan mereka kekal di dalamnya.”

(Al-Baqarah: 275)

Sejarah Penubuhan Bank Islam

1.         Antara tahun 1940 hingga 1959. Era  perbincangan tentang amalan riba di dalam ekonomi dan keburukannya kepada umat Islam. Sebagai alternatifnya cadangan agar ditubuhan Bank Islam yang akan berurusan tanpa riba. Sarjana Islam telah menulis buku mengenai bank Islam antaranya Dr. Muhammad Uzair “ An Outline of interestless Banking” (1955)

2.         Antara tahun 1960 hingga 1969. Ulamak feqah, ahli-ahli ekonomi dan pegawai-pegawai tingggi bank masyarakt Islam terutamanya di Asia Barat telah berpadu tenaga memikir dan merangka penubuhan bank perdagangan Islam yang menjalankan operasi mengikut landasan Islam. Hasilnya pada tahun 1962 Bank Islam pertama di tubuhkan di Mir Ghamr, Mesir oleh Ahmed El Naggar dan rakan-rakan. Sambutan daripada pengguna amat menggalakkan namun atas sebab-sebab politik ia terpaksa ditutup pada tahun 1967.

3.         1970 hingga sekarang. 1971 perwakilan dari Mesir dan Pakistan telah membentang usul penubuhan Bank Islam, akhirnya “Islamic Development bank” ditubuhkan tahun1974 seterusnya Bank Islam mula berkembang di seluruh Dunia.

 

Asas Falsafah Bank Islam
1.      Konsep pemilik sebenar
2.      Konsep hubungan manusia dengan pemilik sebenar
3.      Integrasi antara nilai-nilai akhlak dengan kegiatan ekonomi
4.      Sikap positif terhadap kegiatan dan pembangunan ekonomi
5.      Agihan semula kekayaan berorientasikan social
6.      Penghapusan amalan riba
7.      Perkongsian untung rugi.

 

Rasional Penubuhan Bank Islam
1.      Akidah
2.      Ekonomi
3.      Sosial
4.      Akhlak
5.      Politik
6.      Sejarah
7.      Antarabangsa

 

Perbezaan Bank Islam dan Bank Konvensional
1.   Bebas dari amalan riba
Bank Islam bank yang bebas dari amalan riba, tetapi ia bukalah satu-satunya perbezaan antara ia dengan bank perdagangan moden. Sifat, pandangan dan operasi bank perdagangan mestilah ditukar sepenuhnya jika mahu menjadi bank Islam.

2.   Penekanan terhadap kepentingan umum
Bank Islam menerima simpanan dari orang ramai dan kerana itu mereka mesti menjaga kepentingan umum dan merealisasikan matlamat sosio-ekonomi Islam. Bank tidak boleh mementingkan profit semata-mata

3.   Perhubungan yang rapat antara bank dan peminjam/ pengusaha
Bank Islam menjalankan operasinya melalui perkongsian untung rugi, maka ia mengeratkan hubungan antara bank dengan pengusaha.Bank tidak mahu pengusaha rugi, jadi bank akan sentiasa membantu dan memberi pertolongan kepada pengusaha

4.   Bank Islam diharap menjadi bank pelbagai
Bank Islam bukan hanya bank perdagangan tetapi berfungsi sebagai bank pelaburan, institusi pengurusan pelaburan dan akan menawarkan pelbagai khidmat kepada pelanggan.

5.   Penilaian yang lebih rapi
Bank akan menilai setiap permohonan dengan teliti supaya tidak berlaku kerugian kepada bank atau pengusaha. Bank juga mestilah mempunyai pakar-pakar untuk membantu dalam apa jua bentuk pelaburan

 

Sejarah Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad
Kongres Ekonomi Bumiputera 1980 telah meluluskan usul meminta kerajaan membenarkan Lembaga Urusan Tabung Haji menubuhkan sebuah Bank Islam untuk mengumpul dan melaburkan wang umat Islam

Seminar kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam 1981 telah meluluskan resolusi meminta kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengadakan undang-undang bagi membolehkan penubuhan bank dan badan kewangan yang dijalankan mengikut prinsip Islam.

30 Julai 1981 kerajaan telah melantik Jawatankuasa pemandu Kebangsaan Bank Islam dengan dipengerusikan oleh YM Raja Tan Sri Mohar Raja Badiozaman dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji dilantik sebagai urusetia. 5 Julai 1982 Jawatankuasa ini menyediakan laporan:

a.     Sebuah Bank Islam yang menjalankan operasinya mengikut lunas-lunas hukum syarak hendaklah ditubuhkan
b.     Bank Islam tersebut hendaklah diperbadankan sebagai sebuah syaraikat di bawah Akta Syarikat 1965
c.     Oleh kerana ankta bank 1973 tidak sesuai bagi operasi bank Islam, maka satu peruntukan undang-undang yang dikenal sebagai Akta Bank Islam 1982 hendaklah diadakan untuk melesen dan mengawasi bank Islam, dan pengawasan Bank Islam di bawah akta ini hendaklah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia.
d.     Bank Islam hendakalah menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk menentukan bahawa ia menjalankan urusniaganya mengikut lunas-lunas hokum syarak.

Bank Islam Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun Julai 1983. Ia merupakan Bank Islam pertama di rantau Asia.

 

Fungsi Bank Islam

1.     Institusi kewangan yang menyediakan kemudahan perbankan mengikut prinsip-prinsip kewangan Islam
2.     Institusi kewangan yang tidak melibatkan urusniaga riba dalam kesemua urusannya
3.     Institusi pilihan untuk masyarakat Malaysia yang inginkan pelaburan mereka bersih daripada unsur-unsur tidak bermoral
4.     Kemudahan akaun simpanan, akaun semasa, dan akaun pelaburan
5.     Kemudahan pembiayaan perumahan dan kenderaan, pembiayaan perdagangan, pembiayaan korporat, pembiayaan pengguna, pembiayaan saham
6.     Kemudahan peti simpanan, pemindahan telegraf, cek kembara, pertukaran wang asing dll.

 

Operasi Bank Islam
1.     Sumber Dana
2.     Kegunaan Dana

Sumber Dana:   Sumber Dana ialah sumber-sumber wang yang bank Islam terima daripada orang perseorangan, persatuan-persatuan, syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan. Sumber dana terbahagi kepada 3 iaitu akaun semasa, akaun simpanan dan akaun pelaburan.

Bank Islam mempunyai pemegang-pemegang saham iaitu kerajaan Malaysia, Lembaga tabung Haji,

PERKIM, Majlis-majlis Agama Negeri, Perbadanan/Yayasan Agama negeri dan Perbadanan-perbadanan Peringkat Persekutuan. ( Peringkat awalnya modal berbayar ialah RM 80 juta)


Kegunaan DanaBank Islam menggunakan wang simpanan yang diperolehi daripada penyimpan-penyimpan untuk menjalankan perniagaan dengan menyediakan berbagai jenis pembiayaan, bentuk pelaburan dan khidmat peminjam, rakan pelabur dan pelanggannya.

Bank boleh menyediakan pembiayaan, pelaburan dan khidmat bagi kegiatan-kegiatan pengeluaran ekonomi yang tidak bertentangan dengan kehendak-kehendak syarak. Antara factor yang yang menentukan pembiayaan, pelaburan dan khidmat ialah:

1.   Kedudukan keuntungan projek berkenaan
2.   Kedudukan wang simpanan dan kemampuan bank
3.   Polisi bank mengenai pembiayaan dan pelaburaanya.
 
Dari segi bentuk pembiayaan, pelaburan dan khidmat ia meliputi empat bidang:

1.      Membiayai atau melabur dalam sesuatu projek atau bahagian-bahagian dari projek tersebut seumpama projek-projek pengeluaran pertanian, binaan, perkilangan, perdagangan dan khidmat.
2.      Membiayai pelanggan bagi memperolehi harta tetap sama aa yang bergerak atau tidak seperti rumah, bangunan, tanah, kilang atau loji, alat jentera dan pengangkutan
3.      Membiayai pelanggan dari segi kehendak modal pusingan seumpama memperolehi dan memegang stok, inventori seperti alat ganti, bahan-bahan mentah dan barangan setengah siap
4.      Menyediakan berbagai khidmat bank.

 

Dipandang dari sudut jangka masa, pembiayaan, pelaburan dan khidmat yang disediakan oleh bank bolehlah dibahagi kepada tiga kumpulan:

1.      Jangka pendek –  tempohnya kurang dari 1 tahun
2.      Jangka sederhana – tempohnya antara 1 – 3 tahun
3.      Jangka panjang – tempohnya melebihi 3 tahun

 

Jenis-jenis pembiayaan dan pelaburan yang berkaitan dengan perlaksanaan projek, memperolehi harta tetap dan memperolehi khidmat harta tetap:
 
1.  Pembiayaan berasaskan al-mudharabah
a. Bank ( pemilik modal) menyediakan keseluruhan wang tunai bagi membiayai projek dan pelanggan ( pengusaha)  mengurus dan mengusahakannya.
b. Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pelanggan dipersetujui dan dimeteraikan dalam perjanjian
c. Bank tidak mencampuri pengurusan projek, tetapi boleh mengawasi dan membuat susulan
d.


 

Kerugian jika berlaku, ditangung oleh bank kecuali jika disebabkan oleh kecuaian, penyelewengan atau penyalahgunaan oleh pengusaha


 

2.  Pembiayaan projek berasaskan al-musyarakah
a. Bank dan pelanggan atau pelanggan-pelanggan bersama-sama menyumbangkan pembiayaan projek secara usahasama
b.
 
Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pelanggan atau pelanggan-pelanggan dipersetujui dan dimeteraikan dalam perjanjian. Nisbah ini tidak semestinya selaras dengan nisbah sumbangan pembiayaan masing-masing
c.
 
Bank akan menyertai pengurusan projek tersebut, kecuali jika Bank memberi keizinan kepada pelanggan atau pelanggan-pelanggan sahaja untuk menjalankan pengurusan
d.


 

Kerugian, jika berlaku, ditanggung bersama oleh bank dan pelanggan mengikut nisbah sumbangan pembiayaan masing-masing


 

3.   Pembiayaan memperolehi harta berasaskan jualan dengan tambahan untung (murabahah)
a. Bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan
b. Bank akan menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak yang meliputi
i.     Kos asal harta tersebut yang dibayar oleh bank dan
ii.    Tambahan untung bank

 

4.   Pembiayaan memperolehi harta berasaskan jualan harga tangguh  (bai bi thaman ajil)
Bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan
Persetujuan antara bank dan pelanggan dicapai mengenai tempoh penangguhan bayaran atau cara bayaran ansuran
Bank menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak yang meliputi:
i.        Kos asal tersebut yang dibayar oleh bank dan
ii.       Tambahan untung bank
 
5.  Pembiayaan memperolehi kegunaaan atau khidmat harta berasaskan sewaan ( Ijarah)
a. Bank membeli harta yang hendak digunakan oleh pelanggan
b.

 

Bank menyewakan harta tersebut kepada pelanggan mengikut tempoh, kadar sewaan serta syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

 

Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan perdagangan yang disediakan oleh bank kepada pelanggannya bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sama ada di peringkat luar negeri atau dalam negeri:
i. Surat kredit
ii. Surat kredit di bawah hukum al-wakalah
iii. Surat kredit di bawah hukum al-musyrakah
iv. Surat kredit di bawah hukum al-murabahah
v. Surat jaminan di bawah hukum al-kafalah (jaminan hutang dan perlaksanaan kerja)
vi. Pembiayaan kehendak modal pusingan di bawah hukum al-murabahah
vii.





 
Khidmat-khidmat lain
a.  Pengirim dan pemindahan wang
b.  Jualbeli mata wang
c.  Pengurusan pelaburan
d.  Khidmat pemegang amanah

 
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Bank Islam Malaysia Berhad ( BIMB) ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai sebuah bank Islam pertama di Malaysia di bawah Akta Bank Islam 1983 (ABI). Seperti bank-bank berlesen yang lain, Bank Negara Malaysia ( BNM) diberi kuasa di bawah ABI untuk mengawal selia bank Islam. BIMB mula beroperasi pada 1 Julai 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM 80 juta dengan sebuah cawangan di Kuala Lumpur. Sebagaimana yang diperuntukkan dalam ABI, BIMB menjalankan urusan perbankannya sama seperti bank-bank konvensional tetapi berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. BIMB menawarkan produk-produk pengambilan deposit seperti deposit semasa dan deposit simpanan di bawah konsep al-wadiah ( dengan jaminan) dan deposit pelaburan berdasarkan konsep al-Mudharabah . BIMB juga menawarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan modal kerja berdasarkan al-Murabahah, pembiayaan perumahan di bawah bai bi thaman ajil dan pembiayaan projek berasaskan al-Musyarakah.

Dalam hubungan ini, kerajaan telah menetapkan tempoh selama 10 tahun sebelum penubuhan sebuah lagi bank Islam. Dasar ini adalah untuk membolehkan BIMB beroperasi tanpa saingan yang boleh menjejaskan perkembaangannya. Ia bertujuan supaya BIMB mewujudkan sebanyak mungkin produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang mencukupi kepada rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam.

BIMB turut mematuhi peraturan pengawalseliaan yang sama seperti bank-bank konvensional. BIMB dikehendaki mematuhi nisbah modal berwajaran risiko minimum sebanyak 8%. BIMB juga dikehendaki mempunyai akaun rizab berkanun dengan BNM dan nisbah rizab berkanun semasa pada akhir bulan Jun 1999 adalah sebanyak 4% daripada keseluruhan tanggungan yang layak. Perbezaan dalam peraturan pengawalseliaan ke atas bank Islam hanya di dalam keperluan mudah tunai yang mana BIMB perlu mematuhi nisbah asset mudah tunai dua peringkat. Nisbah asset mudah tunai peringkat pertama ialah 10% daripada tanggungan yang layak tidak termasuk tanggungan akaun pelaburan, manakala nisbah asset mudh tunai kedua ialah 5 % daripada tanggungan akaun pelaburan. Pada akhir bulan Jun 1999, BIMB telah mematuhi semua ketiga-tiga keperluan kawalseliaan asas ini.

BIMB disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992. Pada tahun 1997, BIMB melaksanakan satu perjanjian pengstrukturan semula untuk meningkatkan modal berbayar dan dana pemegang sahamnya masing-masing kepada RM 500 juta dan RM RM970 juta. Pada akhir Jun 1999, asset BIMB berjumlah RM 7.1 billion sementara deposit dan pembiayaan berjumlah RM 5.7 billion. BIMB kini beroperasi dengan hampir 90 cawangan. BIMB telah membuktikan bahawa perbankan Islam adalah berdaya maju dan berkemampuan bersaing dengan bank-bank konvensional dalam sistem perbankan Negara.

Objektif jangka panjang BNM adalah untuk membangunkan satu system perbankan Islam yang komprenhensif dan kukuh yang beroperasi seiring dengan system perbankan konvensional. Bagi mencapai objektif ini BNM telah memperkenalkan berbagai langkah bagi merealisasikan objektif ini dalam bentuk dasar yang boleh dilaksanakan sejak 10 tahun lalu

Walaupun Malaysia telah menubuhkan sebuah bank Islam sejak 1983, ia tidak mampu menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan keperluan masyarakat, terutamanya disebabkan operasinya dibatasi bilangan cawangan dan sumber yang terhad. Tambahan pula, sebuah bank tidak mencerminkan satu system perbankan. Satu system perbankan Islam memerlukan sebilangan besar peserta yang dinamik dan proaktif, rangkaian produk yang luas dan instrumen yang inovatif serta pasaran wang secara Islam yang bertenaga. Tambahan pula, sebuah system perbankan Islam juga perlu mengambarkan nilai sosio ekonomi Islam yang sebenar. Dalam erti kata lain, ia mestilah menepati ciri-ciri dan lunas-lunas Islam.


 

SKIM PERBANKAN TANPA FAEDAH / SKIM PERBANKAN ISLAM
Dalam usaha merealisasikan objektif, BNM telah melaksanakan pendekatan secara beransur-ansur untuk menyediakan prasarana yang perlu dengan mengoptimunkan sumber yang sedia ada. Langkah pertama ialah menyebarluaskan perbankan Islam ke seluruh Negara dengan meningkatkan bilangan peserta sebanyak mungkin dalam tempoh yang singkat. Ini dicapai melalui pelaksanaan Skim Perbankan Tanpa Faedah ( SPTF) pada bulan Mac 1993. Melalui skim ini, institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dengan menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan. Skim ini dilancarkan pada 4 Mac 1993 sebagai satu skim perintis yang melibatkan 3 buah bank. Selepas kejayaan skim perintis ini, BNM telah membuka pernyertaan skim ini menerusi satu set garis panduan khusus kepada bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat kewangan dan bank-bank saudagar pada bulan Julai 1993.

Sungguhpun penyertaan institusi kewangan dalam skim ini adalah sukarela, bank-bank terlibat dikehendaki mematuhi keperluan skim ini seperti menubuhkan sebuah Unit Perbankan Islam (UPI) yang diketuai oleh seorang pegawai kanan bank beragama Islam, mewujudkan Dana Perbankan Islam (DPI) dengan peruntukan minima sebanyak RM 1 juta, membuka akaun semasa yang berasingan bagi operasi perbankan Islam di BNM, mendaftar sebagai Ahli Tidak Langsung di dalam system pembayaran SPEEDS ( sekarang dikenali sebagai RENTAS) dan mematuhi system penjualan cek yang berasingan bagi perbankan Islam. Bank juga dikehendaki menyediakan lejar am yang berasingan bagi operasi perbankan Islam. Keperluan ini adalah untuk memastikan bank tersebut tidak mencampuradukkan dana secara bebas tanpa kawalan dalam yang teratur. Bank juga digalakkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang penasihat Syariah untuk memastikan bank dalam urusan harian perbankan Islam.Bilangan yang menyertai skim ini meningkat kepada 54 buah pada akhir Jun 1999.

Tahun 1998 BNM telah menjalankan kajian semula terhadap perbankan Islam. BNM mendapati SPTF tidak mencerminkan penampilan sebenar, ia telah ditukar kepada Skim Perbankan Islam (SPI) berkuatkuasa 1 Disember 1998.

 

BANK ISLAM KEDUA
Bank Muamalat Malaysia Berhad ( BMMB) telah memulakan operasi pada 1 Oktober 1999 sebagai bank Islam kedua di Malaysia. Penubuhan BMMB adalah berikutan penggabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMN) dan Bank of Commerce (M) Berhad (BOC). Aset BMMB terdiri daripada asset perbankan Islam BMMB, BOC dan BBMB Kewangan Berhad yang disatukan(BBMBK). BMMB memulakan operasi dengan 1009 kakitangan, terutamanya diserapkan daripada BBMB dab BBMBK dengan 40 cawangan di seluruh Negara. Modal berbayar BMMB semasa ia ditubuhkan berjumlah RM 300 juta

 

PEMBANGUNAN INSTITUSI
Institusi sokongan ada 4 kumpulan
1. Syarikat Takaful
2. Institusi Tabungan
3. Institusi kewangan pembangunan
4. Perantara kewangan yang lain yang menawarkan perkhidmatan-perbankan Islam seperti institusi kredit perumahan
 

Pengendali takaful adalah dikawalselia oleh BNM sejak 1988 berikutan perlantikan Gabenor BNM sebagai Ketua Pengarah Takaful. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB), Takaful Nasional Sdn. Berhad (TNSB) antara syarikat takaful Islam.

Institusi tabungan secara Islam yang terkemuka ialah Tabung Haji. Tabung Haji adalah institusi kewangan Islam pertama di Malaysia dan telah ditubuhkan Ogos 1969. Objektif Tabung Haji adalah untuk menggalakkan pengumpulan tabungan oleh umat Islam yang berhasrat untuk menunaikan haji dan menyelaras aktiviti berkaitan pemergian mereka ke Mekah. Tabung Haji mengurus dana terkumpul terutama daripada tabungan bakal-bakal haji di samping menguruskan pelaksanaan ibadat haji untuk umat Islam.

Bank Rakyat merupakan institusi koperasi kredit yang utama di Negara ini dan kini giat menjalankan operasi perbankannya berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Aktiviti utama bank ini ialah menerima deposit dan menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi, sewaan dan pembiayaan lain kepada ahli-ahlinya. Perbankan Islam diperkenalkan di Bank Rakyat pada tahun 1993 dan terus aktif mempromosi dan menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam melalui 76 cawangannya di seluruh Negara.

Semua cawangan baru Bank Rakyat kini menawarkan hanya produk dan perkhidmatan perbankan Islam sementara cawangan sedia ada sedang ditukar kepada cawangan perbankan Islam secara beransur-ansur. Bank Rakyat juga merupakan antara pelopor perkhidmatan pajak gadai secara Islam, atau skim al-Rahn. Skim ini merupakan program kerjasama dengan yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan perkhidmatan perbankan islam berskel kecil melalui kaunter secara islam.

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan secara Islam kepada kakitangan kerajaan sejak Mei 1996 selaras dengan dasar kerajaan untuk menyediakan semula pembiayaan perumahan kepada kakitangannya berasaskan prinsip islam.

 

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH KEBANGSAAN
Salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh bank Islam di bawah Akta bank Islam 1983 ialah penubuhan satu badan penasihat Syariah. Bank-bank SPI pula perlu melantik sekurang-kurangnya seorang perunding Syariah bagi membantu bank berkenaan dalam isu-isu syariah seperti termaktub dalam Garis Panduan SPI. BNM juga membenarkan institusi-institusi dalam kumpulan perbankan yang sama  ( bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun) untuk melantik perunding Syariah yang sama bagi mengelakkan pertindihan sumber.

BNM telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan (MPSK) untuk Perbankan Islam dan takaful pada bulan Mei 1997 sebagai sebuah lembaga Syariah terulung dalam perbankan Islam dan takaful di Negara ini.Antara tujuan MPSK adalah untuk bertindak sebagai satu badan berwibawa yang tunggal untuk menasihati BNM mengenai perbankan Islam, menyelaras isu-isu Syariah mengenai perbankan Islam dan kewangan, dan menganalisis dan menilai aspek-aspek Syariah bagi produk/ skim baru yang dikemukan oleh institusi perbankan. MPSK mempunyai bilangan ahli maksimun seramai 11 orang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah BNM untuk berkhidmat bagi tempoh 2 tahun.


 

SYARIKAT TAKAFUL
Pendahuluan:
Sebelum wujudnya Syarikat Takaful, masyarakat Islam di Malaysia menggunakan system insurans konvensional.
 
Tujuan:
Disebabkan insuran konvensional tidak memenuhi kehendak Islam, maka insuran Islam dibuat bertujuan:
1. Untuk membersihkan umat Islam daripada terlibat dengan system kewangan yang tidak memenuhi tuntutan Islam
2. Untuk memberi pilihan yang lebih luas kepada umat Islam dan masyarakat Malaysia mendapatkan khidmat insurans secara Islam
3. Untuk menjadi alternative kepada bentuk-bentuk insurans yang telah ada bagi melengkapkan system kewangan Islam
4.

 
Untuk mengurangkan risiko terhadap pemegang polisi yang terdedah kepada kemungkinan-kemungkinan berlakunya kerugian besar terhadap perniagaan, kecederaan, kemalangan atau kematian.
 
Definisi:
“ Suatu akad atau persetujuan di anatara dua pihak iaitu penginsuran  (syarikat) dan yang menginsurankan (pemegang polisi) ke atas suatu perkara (polisi) dengan cara (sighah) dan syarat-syrata tertentu”.  

“Gabungan anggota masyarakat bagi meringankn beban perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan”.
 
Konsep insuran di zaman Rasulullah:
Terdapat empat sistem perlindungan
1. Sistem aqilah
2. Sistem Qasamah
3. Sistem Muwalah.
4. Kontrak Daman dan Kafalah
 
Sistem Aqilah: System yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw sebaik sahaja baginda berhijrah ke Madinah dan mempersaudarakan ansar dan muhajirin.

Mengikut system ini setiap ahli sama ada ansar atau muhajirin menyediakan tabung kewangan yang dikenali sebagai ‘kunz’. Tabung ini bertujuan untuk membantu mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja dan membebaskan orang tawanan.

Sistem Qasamah: Sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang terbunuh, yang mana pembunuhnya tidak dapat dikesan oleh kerana kekurangan keterangan, bukti atau saksi.

Akad Muwalah: Perkara ini dilakukan kalau A berkata kepada B” Anda menjadi pelindung ( wali) kepada saya, kalau saya melakukan jenayah tidak sengaja, anda hendaklah membayar diat untuk saya. Kalau B bersetuju, maka kontrak mereka sah. Andainya A melakukan jenayah dan B membayar diat, maka B boleh mewarisi harta A jika ia meninggal, begitulah sebaliknya.

Kontrak Daman dan Kafalah:  Sistem ini merupakan jaminan yang diberikan A kepada B dalam hal-hal yang ada hubungan dengan tanggungjawab sehari-hari. Kontrak ini dikenali dengan berbagai-bagai nama, di antaranya Kafalah, Damanah dan Za’amah.

 

Asas falsafah insuran Islam
1.
 
Takaful (saling bertanggungjawab)
Islam adalah agama yang lengkap termasuk dalam social dan kemanusiaan. Memikul tanggungjawab dengan niat baik adalah satu ibadat yang dituntut dalam Islam.

Hadis: 
“ Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ( dalam sebuah masyarakat) adalah seumpama sebuah bangunan yang mana tiap-tiap bahagian dalam bangunan itu mengukuhkan bahagian-bahagian yang lain”.  
 
2. Saling bekerjasama
Islam juga menuntut umatnya bekerjasama dalam perkara kebajikan dan ketaqwa.

Firman Allah bermaksud: 
Bekerjasamalah kamu pada perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan jangan bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan.       (al-Maidah 5: 2)

Hadis:  “ Allah sentiasa menolong hambanya selagi hamba itu menolong saudaranya”    (Bukhari & Muslim)
 
3. Perlindungan

'
Allah yang memberi perlindungan dan keselamatan kepada manusia.'

Maksud Ayat:  “ Ketika Nabi Ibrahim berdoa, Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini aman dan selamat”   (Baqarah 2:  126)


 

Sebab Islam menolak insuran moden
1.  Ada unsur gharar
Iaitu ketidakpastian dalam akad atau perjanjian insurans konvensional. Dalam perjanjian tersebut pemegang polisis biasanya bersetuju membayar sekian banyak caruman bagi sekian tempoh, dan syarikat insurans pula bersetuju membayar sekian banyak pampasan apabila berlaku sesuatu malapetaka atau bencana. Malangnya syarikat tidka menjelaskan bagaimanakah pampasan yang dijanjikan itu akan dihasilkan.

2.  Ada unsur perjudian (maisir)
Unsur maisir wujud khususnya dalam insurans nyawa, sebagai lanjutan daripada terdapatnya unsure gharar, Islam menganggap sebagai perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sebelum tamat tempoh perjanjian serta selepas membayar hanya sebahagian daripada ansuran caruman yang dijanjikan dan kemudian diberikan pula pampasan yang tidak jelas asalnya.

3.  Ada unsur riba
Ada amalan riba dan lain-lain aktiviti yang tidak diiktiraf oleh syarak.
 


 

SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA
Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985, syarikat insuran Islam pertama di rantau ASEAN

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh STMB

i.    Pelan Takaful Am
ii.   Pelan Takaful Keluarga
 
   
A.   Jenis-jenis pelan Takaful Am
1.





 

Takaful Kebakaran
-   Kebakaran asas
-   Pemilik rumah
-   Kandungan dalam rumah
-   Semua risiko perusahaan

 

2. Skim Takaful kenderaan berinjin
  -   Kereta
-   Motosikal

 

3. Takaful kemalangan diri/pelbagai
  -   Kemalangan diri/kemalangan diri berkelompok
-   Kemalangan diri untuk jemaah haji
-   Semua risiko
-   Pampasan pekerja
-   Liabiliti awam
-   Wang
-   Semua risiko alat-alat kelengkapan
-   Liabiliti majikan
-   Gangguan perniagaan
-   Cermin Plat
-   Pecah amanah
-   Kerosakan pemercik

 

4. Skim Takaful Marin
  -   Kargo

 

5. Skim Takaful Kejuruteraan
  -   Kerosakan jentera
-   Semua risiko penderitaan
-   Bencana tekanan

 

B.  Pelan Takaful Keluarga
  1.  Menyediakan pelan takaful keluarga dengan tempoh matang
 
  10 tahun
  15 tahun
  20 tahun
  25 tahun
  30 tahun
  35 tahun

 

  2.  Penyajian sampingan dalam bentuk manfaat-manfaat hospital, kemalangan diri dan keilatan kekal seluruh anggota badan
  3.  Pelan Takaful Gadaijanji
  4.  Pelan Takaful Pelajaran
  5.  Pelan Takaful Keluarga Berkelompok

 

Operasi Takaful
  Cara urusniaga  Takaful Keluarga

Seseorang yang menyertai satu-satu skim perlindungan takaful keluarga dikenali sebagai peserta. Peserta memilih salah satu daripada beberapa skim perlindungan yang disediakan. Semua skim perlindungan takaful keluarga mengandungi tempoh matang yang ditetapkan terlebih dahulu. Syarikat takaful dan peserta seterusnya memeterai perjanjian al-Mudharabah dalam mana diterangkan dengan jelas perjanjian perjalanan skim perlindungan takaful keluarga berkenaan serta hak-hak dan kewajipan-kewajipan kedua-dua belah pihak.

Peserta dikehendaki membayar ansuran caruman skim perlindungan takaful keluarga berkenaan.Jumlah caruman yang dibayar adalah terpulang kepada kemampuan seseorang peserta, tetapi biasanya jumlah caruman adalah yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat takaful. Bayaran caruman ini boleh dibuat secara tahunan, setengah tahun, suku tahun atau bulanan.

Tiap-tiap kali peserta membuat bayaran ansuran caruman Syarikat Takaful akan membahagikan bayaaran ini kepada dua akaun yang dikenali sebagai akaun peserta dan akaun khas peserta. Sebahagian besar, seumpama 95% dari jumlah caruman akan dimasukkan ke dalam akaun peserta untuk tujuan tabungan dan pelaburan. Bakinya akan dimasukkan ke dalam akaun khas peserta untuk keperluan membayar manfaat takaful kepada rakan-rakan peserta yang ditimpa malapetaka dan bencana.

Wang yang dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dalam suatu kumpulan wang. Syarikat takaful akan melaburkan kumpulan wang ini dalam bidang dan bentuk pelaburan yang halal mengikut hukum-hukum syarak.

Apa-apa keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan yang dijalankan dan diuruskan oleh syrikat takaful akan dibahagikan mengikut perjanjian al-Mudharabah yang telah dipersetujui antara syarikat dengan peserta seperti yang dinyatakan dalam perjanjian.




Cara urusniaga Takaful Am

Peserta-peserta yang menyertai apa-apa skim perlindungan takaful am yang disediakan oleh syarikat takaful seperti perlindungan kereta, perlindungan kebakaran rumah, perlindungan gangguan perniagaan dan sebagainya akan menyerahkan wang caruman penyertaan yang dinamakan sumbangan takaful kepada syarikat. Wang caruman peserta-peserta ini akan dikumpulkan oleh syarikat dalam suatu kumpulan.

Kumpulan wang ini akan dilaburkan dalam perniagaan yang halal di sisi syarak. Semua keuntungan yang diperolehi dari kegiatan pelaburan yang diusahakan oleh syarikat akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang ini. Dengan adanya keuntungan pelaburan ini kumpulan wang akan bertambah.

Selaras dengan tujuan saling bantu membantu dan lindung melindungi seperti yang terkandung di dalam perjanjian perlindungan takaful atas persetujuan dan kerelaan peserta-peserta daripada kumpulan wang ini, syarikat takaful akan membuat bayaran pampasan kepada peserta-peserta yang menanggung kerugian kerana telah ditimpa malapetaka atau bencana yang tertentu.

Syarikat juga akan menggunakan kumpulan wang ini bagi membiayai perbelanjaan kendalian urusniaga am seumpama persediaan bagi peruntukan tabung rizab teknikal dan sebagainya. Jika sekirannya selepas ditolak semua perbelanjaan kendalian urusniaga takaful yang dinyatakan kumpulan wang ini masih mempunyai lebihan, maka lebihan itu akan dibahagikan antara peserta-peserta dan syarikat mengikut perjanjian al-Mudharabah sebagaimana yang telah dipersetujui.

 

   
PAJAK GADAI ISLAM (AL-RAHN)
Firman Allah bermaksud:  '“Bertolong-tolonglah demi untuk kebaikan dan ketaqwaan'                  (AL-MAIDAH: 2)

Pada zaman Rasulullah saw muamalah gadaian telah menjadi sebahagian amalan yang telah diterima dalam masyarakat dan amalan ini dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah saw. dengan seorang Yahudi, seperti yang diriwayatkan daripada hadis Aisyah:

'Bahawa nabi Muhammad saw telah membeli makanan daripada seorang Yahudi untuk suatu tempoh dan telah menggadaikan baju besi
“ Dan jika kamu berada dalam musafir ( lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang ( oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya  ( dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang  berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu ( wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan ingatlah Allah sentiassa mengetahui apa yang kamu kerjakan'        (Al-Baqarah 2: 283)


 

Tujuan al-Rahn
Untuk menyediakan pilihan kepada umat Islam untuk berurusan dengan pihak pajak gadai secara Islam yang murah lagi adil
Membebaskan umat Islam daripada belenggu riba yang menindas dan tidak dibenarkan dalam Islam
Menyediakan bentuk pinjaman yang mudah kepada golongan yang memerlukan wang dengan segera
Memecah monopoli perniagaan pajak gadai yang kini dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja.

 

Definisi Al-Rahn

Bahasa:  Tetap, berlangsung, menahan

Istilah:  Menjadikan sesuatu benda yang bernilai menurut pandangan syarak sebagai tanggungan hutang:  
Dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima

 

Rukun-rukun Al-Rahn
a.
b.
c.
d.
e.

 

Orang yang menyerahkan barang gadaian ( rahin)
Orang yang menerima ( menahan) barang gadaian ( murtahin)
Barang gadaian (marhun)
Hutang (marhun bih/qard)
Kontrak (sighah)

 

Syarat-syarat Rahin dan Murtahin
i.
ii.
iii.
iv.
 

 

Orang yang layak melakukan pertukaran barang ( berjual beli), sihat
MumayyizMumayyiz
Orang yang diletakkan di bawah jagaan orang lain kerana bodoh, atau boros tidak layak.
Kematian sesuatu pihak sama ada rahin atau murtahin tidak mempengaruhi dalam perjanjian gadaian, perjanjian tetap berlaku sehingga sampai waktu yang ditentukan.

 

Syarat-syarat Barang Gadaian
i.
ii.
iii.

 
Merupakan benda yang bernilai menurut ketentuan hukum syarak
Sudah wujud sewaktu perjanjian itu ditandatangani
Boleh diserahkan kepada murtahin

 
Sejarah Al-Rahn di Malaysia
1.
2.
3.
4.

 
Dilaksanakan di peringkat kebangsaan mulai 29 Oktober 1993 dengan nama Skim al-Rahn
Dijalankan secara usahasama di antara YPEIM dan Bank Rakyat
YPEIM sebagai pemodal utama dan penyelaras modal daripada pihak lain, manakala Bank Rakyat sebagai pelaksana yang menjalankan urusniaga
Kemudahan Skim al-Rahn diperolehi di cawangan-cawangan Bank Rakyat di seluruh Malaysia

 
  Tatacara:
 
Perkhidmatan ini dibuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Jumlah pinjaman dihadkan kepada 50% - 60%  dari nilai barang sandaran (marhun) tetapi tidak melebihi RM 5,000.
Barang-barang sandaran ( marhun) terdiri daripada barang-barang emas tulin sahaja yang diterima.
Penggadai dikenakan upah menyimpan barang dengan kadar tertentu contohnya: Kadar upah bulanan bagi setiap nilaian RM 100.
Gadaian dikira sah dan sempurna apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani tiket/ borang gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.
Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh tebus mengikut persetujuan kedua belah pihak, sesudah membayar upah menyimpan barang gadaian untuk tempoh gadaian terdahulu.
Jika penggadai gagal menebus, Bank /al-Raahin  akan memberi notis lelong sebelum menjual marhun secara lelong oleh pelelong berlesen. Baki harga lelong itu, sesudah ditolak kos dan jumlah hutang, akan diberi balik kepada penggadai.

 

Keistimewaan Al-Rahn
  Tiada unsur riba
Kadar upah barang yang sangat berpatutan
Penggadai dimaklumkan sebelum barang gadaian dilelong
Penggadai diberi jaminan mendapat kembali baki harga lelong

 

Perbezaan al-Rahn dengan  system pajak gadai moden:  
  Di dalam gadaian moden:
1.   Ada unsur riba
2.   Penindasan
3.   Tidak berunsurkan pertolongan, tetapi keuntungan
   
Kembali ke:  CITU  *    Halaman Utama     *  Halaman Pendidikan   *