CITU
(CENTER FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING)
Universiti Teknologi MARA - Kota Kinabalu
* IPK211 * IPK212 * IEP200 *

IPK211
 

   
BAB 4 - SYARIKAT
   
KANDUNGAN
   
  • Pengenalan
  • Definisi
  • Jenis-jenis syarikat
  • Perjanjian syarikat
  • Syarat-syarat syarikat
     
   

1. Pengenalan

Menjalankan aktiviti perniagaan boleh dilakukan bersendirian atau secara permuafakatan. Jika tidak mampun untuk melakukan perniagaan sendirian, maka alternatifnya ialah menubuhkan syarikat.
 
   

2. Definisi

Dari segi bahasa:
Percampuran (al-ikhtilaf) iaitu percampuran harta yang dimiliki oleh dua orang hingga tidak lagi boleh dikenalpasti lagi perbezaan antara keduanya.

Dari segi istilah
“ Dua orang atau lebih yang mengikat perjanjian perkongsian untuk menjalankan sesuatu projek perniagaan ataupelaburan dimana mereka sama-sama bersetuju menyumbangkan modal dan berkongsi untung rugi”.
 
   

3. Jenis-jenis syarikat
Jumhur fuqaha’ membahagikan syarikat kepada 3 iaitu:
1. Syarikat Amwal (harta)
2. Syarikat Ashkhas (individu)
3. Syarikat Mudharabah (syarikat Berhad)
 
   
  1. Syarikat Amwal
Syarikat yang ditubuhkan pada asalnya untuk tujuan pencapaian kuasa kewangan. Tujuan adalah untuk mengumpul harta sebanyak mungkin daripada berbagai individu.

Definisi: “Persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk berkongsi mengeluarkan kadar tertentu sebagai modal perniagaan, keuntungan dan kerugian akan dibahagikan atau ditanggung oleh semua ahli syarikat.”

Ahli feqah membahagikan syarikat amwal kepada dua iaitu:
1. Syarikat Mufawadah
2. Syarikat Dhaman (‘Inan)

Syarikat Mufawadah: ialah perniagaan berdasarkan persamaan antara ahli syarikat dalam semua aspek sama ada pengurusan, tanggungan hutang, pemberian modal dan pembahagian keuntungan.

Konsep ini dinamakan mufawadah kerana setiap ahli syarikat telah melakukan memberi kuasa kepada semua ahli syarikat untuk melakukan tugas-tugas syarikat sama ada semasa dia bersama atau ketika tiada. Oleh itu setiap ahli syarikat mesti bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh rakan kongsi.

Syarikat ini dikatakan jaminan dalam pekerjaan/mufawadah.


Syarikat Dhaman/'Inan: Syarikat antara dua pihak atau lebih dalam mengeluarkan modal dan kerja. Modal dan keuntungan ditetapkan pada kadar tertentu sebagaimana dipersetujui. Nisbah keuntungan yang akan dibahagikan kepada ahli syarikat adalah berdasarkan kadar modal yang dikeluarkan oleh mereka.

Syarikat ini dinamakan inan kerana prinsipnya tidak mengaitkan rakan kongsi dalam urusan perdagangan yang dijalankan, sama ada dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Begitu juga nisbah pemberian modal, pembahagian keuntungan dan kuasa pentadbiran adalah berbeza di kalangan rakan kongsi.

Perbezaan antara syarikat mufawadah dan inan
1. Syarikat mufawadah berdasarkan persamaan, Inan tidak
2. Syarikat mufawadah masing-masing bertanggungjawab ke atas apa-apa risiko yang akan terjadi ke atas ahli syarikat, Inan tidak
3. Syarikat mufawadah semua akan bekerja dari peringkat atasan hingga ke bawah, Inan tidak semestinya ahli syarikat akan pengurus
4. Keuntungan dan kerugian dalam syarikat mufawadah adalah sama, dalam syarikat inan untung atau rugi berdasarkan modal yang disumbangkan.


2. Syarikat Al-Ashkhas (Syarikat Individu)
Syarikat ashkas ialah syarikat yang mengambil kira perhubungan individu untuk berkongsi sebagai faktor utama.

Syarikat yang mengambil tenaga kerja sebagai faktor utama dalam persyarikatan.

Syarikat ini dibahagi kepada dua:
1. Syarikat a’mal (abdan)
2. Syarikat wujuh

*Syarikat a'mal
Dinamakan juga syarikat sana’i, iaitu dua orang usahawan atau lebih bersetuju untuk menceburi bidang pembuatan seperti jahitan, pemakanan, perkhidmatan seperi firma peguam, kedoktoran, jurutera dan lain-lain. Keuntungan dibahagi mengikut nisbah yang tertentu berdasarkan kemahiran yang disumbangkan.

*Syarikat Wujuh
Syarikat ini bergantung kepada pengaruh dua orang yang bersyarikat dan kemsyhuran mereka dalam bermuamalat. Syarikat ini dikenali juga dengan al-zimam.

Syarikat ini ialah perkongsian barang-barang perniagaan. Mereka akan membeli secara tangguh dan menjualkannya, keuntungan akan dibahagikan.

Syarikat ini kadangkala wujud pembelian secara tertangguh, sedangkan ahli syarikat tiada wang. Mereka hanya bergantung kepada kepercayaan orang ramai.

Syarikat askhas kadang-kadang boleh menjadi syarikat mufawadah atau syarikat inan. Jika ada persamaan maka ia boleh jadi mufawadah, jika tidak sama syarikat inan.

3. Syarikat Mudharabah
Syarikat mudharabah ialah perjanjian antara pemilik modal dan pengusaha di mana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.

Syarikat ini perkongsian antara pemodal dan pengusaha untuk menjalankan sesuatu projek.

Syarikat mudharabah ada dua iaitu medharabah mutlak dan mudharabah muqayyad. Mudharabah mutlak ialah pengusaha bebas melakukan apa jua projek yang dikehendaki. Mudharabah muqayadah ialah pemodal telah meletakkan syarat tertentu kepada pengusaha seperti jenis projek, tempat, tempoh dan sebagainya.

Syarat perjanjian mudharabah
1. Jumlah modal yang dikeluarkan diketahui oelh semua ahli syarikat ketika perjanjian itu dibuat. Modal hendaklah bentuk tunai atau wang yang laku dalam pasaran

2. Modal hendaklah sesuatu yang boleh dikemukan atau boleh diserahkan semasa perjanjian dibuat. Hutang atau sesuatu yang ghaib tidak boleh menjadi modal.2. Modal hendaklah sesuatu yang boleh dikemukan atau boleh diserahkan semasa perjanjian dibuat. Hutang atau sesuatu yang ghaib tidak boleh menjadi modal.

3. Pembahagian keuntungan untuk pengusaha hendaklah berdasarkan nisbah tertentu sama ada peratusan atau pecahan

4. Pengusaha hendaklah menjalankan perniagaan berdasarkan skop yang telah ditetapkan oleh pemodal

5. Kedua-dua pemodal dan pengusaha hendaklah memenuhi syarat-syarat untuk membuat perjanjian.

6. Pengusaha dikira sebagai pemegang amanah ketika menerima modal, sebelum sesuatu pekerjaan dimulakan

7. Pengusaha dikira sebagai wakil apabila memulakan perniagaan

8. Apabila syarikat memperolehi keuntungan, pengusaha mempunyai hak atau bahagian tertentu sebagai rakan kongsi

9. Apabila syarikat mengalami kerugian, semua akan ditanggung oleh pemodal dan pengusaha hanya akan mendapat upah sahaja

10. Sebarang perlanggran syarakt adalah menjadi kesalahan dan orang yang melanggar akan membayar gantirugi atau bertanggungjawab

11. Tidak ada had dalam perjanjian mudharabah kepada pemodal, malahan lebih ramai pemodal lagi elok.

12. Tidak ada had kepada bilangan pengusaha, malahan lebih ramai lagi baik.

13. Projek yang hendak dijalankan tidak ada batasan. Mereka boleh melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa, perindustrian dan sebagainya


Kebaikan syarikat mudharabah
1. Mengurangkan pengganguran
2. Meningkatkan ekonomi
3. Membantu pemodal yang tidak tahu hendak mengembangkan modal
4. Membantu pengusaha yang mempunyai kemahiran tetapi tiada modal
5. Wujudnya kerjasama antar satu sama lain
 

4. Asas perjanjian syarikat
  • Hak kebebasan memilih bagi pihak yang membuat perjanjian. Mereka mempunyai hak pertimbangan dan pemilihan
  • Perjanjian itu hendaklah dimulai dengan mencatat kandungannya dan ia mesti jelas serta legkap. Pengesahan hendaklah dibuat di hadapan saksi
  • Bahan atau perkara yang dibuat perjanjian itu hendaklah halal di sisi syarak serta wujud semasa perjanjian dibuat.
  • Perjanjian hendaklah bebas daripada sebarang unsur penipuan, kerana tindakan itu boleh membawa kepada unsur pertelingkahan

     

5. Syarat-syarat syarikat
  • Urusan yang dipersetujui hendaklah yang boleh diwakilkan. Oleh itu apa yang diperolehi daripada perkerjaan tersebut dikira berkongsi di kalangan mereka.
  • Kadar pembahagian keuntungan hendaklah ditetapkan ketika persetujuan dibuat.
  • Pembahagian keuntungan hendaklah dibuat mengikut kadar tertentu, bukan berasaskan jumlah tertentu.
  • Ahli syarikat hendaklah mengetahui junmlah modal ketika perjanjian dibuat
  • Semua ahli dikehendaki mengeluarkan harta masing-masing. Tidak boleh secara berhutang
  • Aktiviti yang akan dijalankan mestilah dihalalkan syarak
  • Semua ahli syarikat mempunyai hak mentadbir, mengurus dan mengawasi syarikat.
     
   
 

Perjanjian syarikat akan terbatal jika

1. Kematian ahli syarikat
2. Ahli syarikat gila, muflis
3. Perniagaan yang memudharatkan
4. Syarikat musnah

   
 

Kembali ke: CITU * Halaman Utama * Halaman Pendidikan * Sila Lihat Bab-05