CITU
(CENTER FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING)
Universiti Teknologi MARA - Kota Kinabalu
IPK211  *  IPK212  *  IEP200  *  

IPK211/IEP200
 

BAB 2 - KONSEP HARTA DALAM ISLAM

 
 
 
KANDUNGAN
1.    Pengenalan
2.    Definasi harta
3.    Ciri-ciri harta
4.    Konsep harta
5.    Cara memperolehi harta
6.    Cara membelanjakan harta
7.    Larangan dalam penggunaan harta
8.    Pembahagian harta/jenis-jenis harta 
 
1.  PENGENALAN

Jawapan kepada persoalan di bawah ialah kerana wang, harta , kekayaan.

1.                  Kenapa si tanggang tidak mengakui ibunya
2.                  Kenapa manusia bekerja walaupun ia memenatkan
3.                  Kenapa manusia sanggup menerima rasuah, walaupun tahu ia salah
4.                  Kenapa manusia sanggup menjual dadah walaupun ia bahaya
5.                  Kenapa manusia mencuri dan merompak walaupun ia berbahaya
6.                  Kenapa manusia sanggup menjadi pembunuh upahan
7.                  Kenapa manusia mengemis biarpun ia suatu yang hina dan memalukan

Hidup memerlukan kepada harta. Tetapi harta bukanlah segala-galanya, namun tanpa harta manusia akan menghadapi kesusahan.

                    * Harta tidak boleh membeli usia
                    * Harta tidak boleh membeli kesihatan,
                    * Harta tidak boleh membeli kebahagian, ketenangan jiwa, keseronokan
                    * Harta tidak boleh membeli kematian
                    * Harta tidak boleh membeli agama, dosa, pahala

 

Namun jika tiada harta manusia tidak boleh beribadat, Tidak boleh mengeluarkan zakat, tidak dapat menunaikan haji, tidak mampu berkahwin dan beranak pinak, memberi pendidikan, mengubati segala penyakit, memberi sedeqah, hibah, wasiat, pesaka. Segala kehidupan manusia adalah keluh dan kesah dan tidak ada kebahagian.  Oleh itu wang dan harta adalah suatu yang mesti beriringan dengan kehidupan manusia

Gambaran Islam Tentang Kecintaan manusia kepada harta.

Ayat al-Quran:  " Yang mengumpulkan harta dan menghitung dan mengira bahawa harta itu dapat mengekalkannya” 

                          '“Sesungguhnya ia mencintai harta dengan kecintaan yang bersangatan.”

Hadis:  'Jika diberi selembah harta, dia akan meminta yang kedua dan jika diberi dia akan meminta lagi….

Islam menegaskan bahawa harta adalah perhiasan hidup. Dalam al-Quran sebanyak 65 kali disebut tentang harta.

Firman Allah:  'Dihiasi indah kepada manusia cinta dan sukakan kepada;

Perempuan,  Anak-anak,  Harta perhiasan emas dan perak,  Kuda peliharaan atau kenderaan,  Binatang ternakan,  Sawah ladang

Semua itu disebut sebagai mata ul hayat.

Maksud ayat lain: harta dan anak-anak adalah perhiasan dan keindahan hidup di dunia.

1.                  Islam menggesa supaya mencari harta kekayaan.
2.                  Islam memberikan motivasi dalam diri untuk mencari kekayaan
3.                  Dengan harta umat Islam boleh beramal ibadat seperti solat, zakat, haji, sedeqah dan lain-lain
4.                  Islam memuliakan orang-orang kaya
5.                  Orang miskin diberi peringatan bahawa kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran
6.                  Islam mengiktiraf hak milik individu


Soalan-soalan berkaitan dengan naluri kecintaan manusia pada harta.

1.  Apa impian dan cita-cita anda  di masa depan
2.  Apakah kriteria utama yang dilihat untuk memilih calon suami/isteri
3.  Apa perasaan bila lahir dari keluarga miskin atau keluarga kaya?



2.  DEFINISI HARTA

Dr Abdul Salam Daud A-Ubuddy mendefiniskan:  'Sesuatu yang disisi manusia memiliki nilai material dan dibenarkan oleh syarak pemanfaatannnya dalam kelapangan  dan pilihan.'

Dr Shauqi Abduh al-Sahiyy memberikan pengertian:  'Setiap sesuatu yang mempunyai kemanfaatan yang harus dari segi syarak merangkumi bumi, buah-buahan, galian dan haiwan yang diciptakan untuk kegunaan manusia dalam suasana hubungan dan peraturan yang disediakan bagi menjamin kebahagiaan hidup manusia.'

Abdul Karim Zaidan memberikan definisi harta sebagai:  'Setiap yang boleh didapatkan (dikuasai) dan dimanfaatkan dalam keadaan biasa.’

Mohd Akram mendefinisikan sebagai:  'Sesuatu yang boleh dipegang atau disimpan untuk digunakan pada masa yang diperlukan.'

Menurut Mohd Kamal Atiyah:  'Harta ialah apa yang dikehendaki oleh jiwa dan dicintainya.'

Menurut Imam Syafie mal ialah:  'Benda yang mempunyai nilai yang boleh dijual dan nilai itu tidak hilang kecuali semua manusia tidak menggunakannya.”

Persoalan:  'Apakah manfaat dianggap harta, seperti hak penjagaan anak, hak menduduki rumah? Hak memandu kereta, menunggang basikal dll.  Jika dikatakan harta maka ia memberikan impak kepada pengguna, contohnya bila barang atau harta yang digunakan itu rosak'



3.  CIRI-CIRI HARTA

1.  Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh memanfaatkannya secara langsung. Contohnya tanah, bangunan, rumah, kereta.

2.  Harta juga ialah sesuatu yang belum kita miliki, tetapi berkemungkinan untuk memilikinya. Contohnya ikan di sungai atau laut,  mutiara di lautan, burung di udara, haiwan di dalam hutan dan lain-lain.

3.  Harta itu mesti mempunyai benda yang wujud,

4.  Harta itu dapat dijadikan harta, dapat disimpan untuk waktu tertentu, atau waktu yang lama dan boleh digunakan diwaktu memerlukan, boleh digunakan oleh sebahagian atau masyarakat umum.

5.  Harta adalah sesuatu yang halal dan dibenarkan oleh syarak.  Barangan haram tidak dianggap mempunyai nilai ekonomi dalam Islam.

6.  Sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dapat dimanfaatkan seperti cahaya matahari tidak dianggap harta

7.  Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji beras tidak dianggap sebagai harta.



4.  KONSEP HARTA

1.                  Harta adalah milik Allah. Implikasi dari harta milik Allah ialah:

                  i.        Manusia tidak boleh memiliki harta secara mutlak
                  ii.       Pemerintah boleh membuat peraturan berhubung dengan penggunaan harta
                  iii.      Pemerintah berhak menarik balik harta individu jika mempunyai kepentingan untuk masyarakat dan orang ramai.
                  iv.      Pemerintah boleh menghadkan hak milik individu demi kepentingan masyarakat.


2.                  Manusia hanya pemegang amanah

                   i.       Mereka tidak boleh menganggu hak milik orang lain
                  ii.       Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan dibelanjakan.
                  iii.      Manusia mesti menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah dijelaskan oleh syarak
                 iv.      Harta adalah sebagai ujian dari Allah
                  v.      Manusia bertanggungjawab menggunakan harta ke jalan Allah


3.                  Semua kekayaan yang ada dimuka bumi adalah untuk manusia

                  i.        Menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi
                  ii.       Peringatan dari Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi akibat tangan manusia.


4.                  Harta diberikan kepada manusia tidak sama antara satu dengan yang lain

                 i.        Untuk menguji keimanan
                 ii.       Supaya lebih kuat berusaha
                 iii.      Mengakui inilah realiti kehidupan, masing-masing saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
                 iv.      Bantu membantu dan tolong menolong
                  v.      Surga ramai dihuni oelh orang miskin dan neraka pula terdiri dari orang kaya.

5.                  Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Jika berlaku ketidak cukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alasan



5.  CARA MEMPEROLEHI HARTA

1.  Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri
2.  Melalui pensyariatan seperti pesaka, nafkah, wasiat, pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat
3.  Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang, mas kawin atau berian
4.  Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau kerajaan. seperti baitul mal.



6.  CARA MEMBELANJAKAN HARTA

1.                  Perbelanjaan Wajib

                Nafkah – Seorang bapa bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri, anak-anak dan ibubapa mereka.
                Zakat – Kewajipan setiap muslim untuk membayar zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah.
                Infaq wajib – derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah membayar cukai pendapatan.

2.                  Perbelanjaan Sunat

                Wasiat – Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia.  Jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya.

                 Wakaf – sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya seperti tanah, bangunan.

                 Sedeqah – sumbangan ikhlas seseorang untuk diguna, dimakan.

                 Hibah – pemberian semasa hidup

                 Sumbangan – cenderhati, hadiah, tandamata dan seumpamanya



7.  LARANGAN DALAM MENCARI DAN MENGGUNAKAN HARTA

        1.                  Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan
        2.                  Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan yang batil
        3.                  Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan  peribadi, umum atau kemuliaan masyarakat.
        4.                  Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan dan lain-lain.



8.  PEMBAHAGIAN HARTA/JENIS-JENIS HARTA

1.  Dilihat dari sudut harus dan haram menggunakannya. Ia terbahagi kepada Harta Mutaqawwam dan Ghair Mutaqawwam

     Harta bernilai dan tidak bernilai. Atau harta halal dan haram.

     a.   Harta mutaqawwam adalah harta yang dibenarkan oleh syarak pemilikannya, berdasarkan syarat-syarat berikut:

        i.         Harta tersebut dimiliki oleh pemiliknya secara sah
        ii.        Harta tersebut dimanfaatkan mengikut hukum syarat dalam keadaan biasa.

     b.   Harta tidak mutaqawwam. Harta ini adalah harta yang tidak bernilai iaitu tidak dibenarkan syarak pemilikannya dan penggunaannya. Ia juga dikenali sebagai harta yang tidak dilindungi oleh syarak. Kecuali dalam keadaan dharurat. Contohnya memiliki atau menggunakan arak, babi, bangkai, barangan curi dan sebagainya.


Impak  kepada pembahagian ini ialah:

i.            Dalam masalah kontrak dan jualbeli, dari sudut sah atau tidak. Harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat kontrak.Contohnya babi, arak, biawak dll.

ii.           Dari segi gantirugi jika berlaku kerosakan (compensation). Semua harta yang tidak bernilai tidak diiktiraf pemilikannya. Oleh itu sesiapa yang  merosakkanya tidak perlu membayar pampasan.


2.  Dilihat dari segi unitnya ada dan tidak persamaan iaitu Harta Mithly (ada bandingan) dan Qimmiy (tidak ada bandingan)

     Harta yang mempunya aspek persamaan dan perbezaan. Ia dilihat dari segi unitnya sama ada atau atau tidak persamaan atau perbezaan.

Harta misli ialah harta yang mempunyai persamaan (homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi  bentuk dan nilai. Ia terbahagi kepada empat bahagian:

         a.                Barang yang disukat seperti gandum dan padi
         b.                Barang yang ditimbang seperti kapas dan besi
         c.                Barang yang dibilang yang mempunyai bentuk yang hampir sama seperti telor, kelapa
         d.                Barang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa dll.

Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak.


Harta Qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak boleh diterima oleh  semua pihak. Harta ini dikenali dengan harta senilai.


Impak pembahagian:

i.             Jika merosakkan harta misli maka perlu membayar gantirugi iaitu yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan.
ii.            Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.


3.  Dilihat dari segi kekal dan tidak kekal di tempatnya iaitu Harta Manqul (harta alih ) dan Ghair Manqul (harta tak alih)
     Dilihat dari segi kekal ditempatnya atau tidak.  Harta alih dan tak alih.
     Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya kereta.
     Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya tanah, bangunan.

Kesan pembahagian:

i.    Dalam masalah wakaf, fuqaha’ sepakat boleh mewakafkan harta tak alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat.

ii.   Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa.

iii.   Sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau hutang

iv.   Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih.

v.    Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.


4.  Dilihat dari segi kekal dan tidak kekal zatnya selepas menggunakannya iaitu Harta Istikmali (harta yang diguna berkali-kal) dan Istihlaki (harta yang habis dipakai)

     Harta yang kekal zatnya atau tidak  selepas diguna.
     Harta istikmali ialah harta yang kekal zatnya selepas digunakan.. Ia boleh digunakan berkali-kali seperti pakaian, kereta, barang-barang perhiasan.
     Manakala harta istihlaki ialah harta yang habis apabila digunakan. Contohnya minyak, makanan dan minuman


Kesan pembahagiannya

i.        Jika kerosakan
ii.       Mahu berurusan jualbeli.



9.  KESIMPULAN

Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia.  Walaubagaimanapun tanpa harta manusia akan susah.

 

Kembali ke:  CITU  *    Halaman Utama    *  Halaman Pendidikan   *   Sila Lihat Bab-03