CITU
(CENTER FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING)
Universiti Teknologi MARA - Kota Kinabalu
IPK211  *  IPK212  *  IEP200  *  

IEP200
 

BAB 4 -  KONTRAK

1.  Definisi kontrak
2.  Pembentukan kontrak/rukun-rukun kontrak
3.  Syarat-syarat kontrak
4.  Kesan-kesan kontrak
5.  Jenis-jenis kontrak
6.  Etika kontrak
7.  Jenis-jenis khiyar
8.  Penamatan kontrak

 

PENDAHULUAN
 
bullet Manusia makhluk bermasyarakat
bullet Bermuamalat untuk memenuhi keperluan kehidupan
bullet Islam meletakkan kaedah dalam bermuamalat supaya ia jelas dan nyata, antaranya ialah mengadakan kontrak
bullet Tujuannya menjaga hubungan baik antara individu dalam masyarakat
bullet Mesti menunaikan amanah apabila berkontrak

 

Definisi:

Bahasa: “ Mengikat atau menyimpul di antara 2 hujung ikatan sama ikatan sebenar atau simbolik, juga dari satu pihak atau dua pihak”.

Istilah: “ Ikatan di antara satu pihak yang menawarkan (ijab) dengan satu pihak yang menerima tawaran (qabul) mengikut cara yang disyariatkan serta sabit kesannya terhadap persetujuan itu.”.

 

RUKUN-RUKUN KONTRAK
 
  1. Ijab dan Qabul (Lafaz)
  2. Subjek kontrak (barang dan wang/tukaran)
  3. Pihak yang berkontrak (penjual dan pembeli)

 

  1.  Ijab dan Qabul (Lafaz)

Fuqaha' bersetuju bahawa asas utama dalam pembentukan kontrak ialah adanya tawaran dan penerimaan. Ijab adalah tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dan qabul ialah penerimaan oleh pihak yang kedua terhadap tawaran yang dikemukan itu. Gabungan kedua-dua inilah yang membentuk kontrak. Oleh itu kontrak sah hasil dari persetujuan kedua belah pihak.

Bentuk persetujuan dalam berbagai bentuk ,tetapi asasnya ialah persetujuan, seperti lafaz, tulisan, perbuatan, isyarat atau lain-lain mengikut keadaan dan perkembangan semasa masyarkat.

  Syarat Ijab dan Qabul

  1. Jelas isi kandungan
  2. Selari maksud atau kehendak antara ijab dan qabul
  3. Kontrak dibuat dalam satu majlis iaitu kjab dijawab dengan qabul
  4. Bertulis 
  5. Penulis yang adil
  6. Ketentuan jangka waktu
  7. Ketentuan jumlah
  8. Dilakukan oleh orang yang berhad/penjual/penerima kredit
  9. Dilakukan oleh wakil jika ia seorang yang cacat, lemah atau tidak berkeupayaan
  10. Dua saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua perempuan

 

  2.  Subjek Kontrak

Ia merujuk kepada sesuatu kontrak terkena padanya dan kesan kontrak lahir daripadanya. Ini boleh melibatkan harta seperti barang jualan, atau bukan harta seperti wanita, manfaat seperti sewaan dan tenaga.

Secara ringkas terdapat 4 syarat:

  1. Subjek yang dikontrak adalah dibenarkan oleh syarak
  2. Suci, benda najis tidak boleh dijualbeli
  3. Barang tersebut bernilai dan berfaedah
  4. Sesuatu yang dikontrak mesti ada sewaktu kontrak itu dilaksanakan. Tidak sah menjual buah yang belum berbuah kerana ia belum pasti. (barang itu wujud, kecuali jual tempah)
  5.   Barang itu boleh dimiliki
  6. Sesuatu yang dikontrakkan itu mestilah diketahui dengan jelas atau spesifikasinya. Tahu tentang zat, bentuk, kadar dan sifatnya.
  7. Berkeupayaan menyerahkan barang yang dikontrakkan.
  8. Barangan tersebut adalah kepunyaan penjual

 

  3.  Pihak yang berkontrak/Penjual dan pembeli

Kelayakan orang yang melakukan kontrak antaranya
 

  1. Cukup umur( cukup umur), anak kecil tidak boleh berkontrak. Kanak-kanak yang sudah tahu tentang baik buruk, dibolehkan.
  2. Berakal supaya tidak tertipu. Orang gila atau bodoh tidak boleh berkontrak
  3. Bilangan orang yang berakad lebih dari seorang
  4. Dengan kemahuan sendiri dan tidak dipaksa
  5. Sihat fizikal dan mental
  6. Keadaannya tidak pemboros kerana orang boros/membazir ditangan walinya. (contohnya penagih)

  Mereka yang layak terbahagi kepada 2 iaitu

1.  Kelayakan untuk menerima
2.  Kelayakan melaksanakan tugas

 

ETIKA KONTRAK

a.  Melaksanakan janji
b.  Merekodkan kontrak
c.  Kerelaan
d.  Tidak ada penipuan
e.  Tidak memudharatkan orang lain

  JENIS-JENIS KONTRAK/PEMBAHAGIAN KONTRAK
 

  1. Kontrak yang sahih
  2. Kontrak yang tidak sahih

  Kontrak yang sahih ialah kontrak yang sempurna dan lengkap unsur-unsur asasnya iaitu ada sighah, dua orang berkontrak, barang yang dikontrakkan dan subjek kontrak.  Hukum kontrak yang sahih adalah sabit kesannya serta merta.

Kontrak yang tidak sahih iaitu yang cacat atau tidak cukup syarat-syarat. Hukumnya tidak melahirkan kesan kontrak. Contohnya menjual bangkai, arak dan babi.`

Kontrak yang bersifat makruh ialah adanya mudharat atau penipuan, walaupun kontrak itu sah. Contohnya jual beli waktu azan jumaat, Jual beli Najasy (jualbeli barang yang tidak diperlukan tetapi sengaja dijual atau dibeli dengan menaikkan harga barang), jual beli orang bandar terhadap orang kampung.

 

Larangan dalam berjual beli

1.  Benda-benda yang haram
2.  Buah-buahan yang belum berbuah atau masih berputik
3.  Membeli barang yang sudah dibeli orang atau masih dalam khiyar
4.  Menahan orang dari desa untuk mendapat harga yang rendah
5.  Memonopoli
6.  Menipu
7.  Mengurang sukatan atau timbangan

 

  KONSEP KHIYAR

  Pendahuluan

bullet Kebebasan untuk memilih dalam urusan transaksi
bullet Pelbagai barangan dan perkhidmatan, ada sempurna ada yang tidak
 

  Definisi
'Orang yang berkontrak boleh memilih sama ada meneruskan kontrak atau sebaliknya dalam sesuatu transaksi'

 

Faedah Khiyar
  1. Memberi peluang sama ada kepada pembeli atau penjual secara lebih mendalam terhadap tindakan jualbeli yang dilakukan
  2. Mengelakkan daripada ketidakpuasan dan penyesalan di kemudian hari
  3. Bagi memuaskan hati setiap pihak yang berurusniaga
  4. Berdasarkan keadaan ini khiyar yang telah diperundangkan kerana amat diperlukan dalam maslahat perniagaan
 

  Dalil
'
….Kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…..'

 

Bahagian-bahagian Khiyar
Khiyar terbahagi kepada 17 jenis, antaranya khiyar ta’yin, khiyar rukyah , khiyar Majlis, Khiyar Syarat, Khiyar Aib, walaubagaimana pun perbincangan akan difokuskan kepada 3 sahaja iaitu:

 

1.  Khiyar Majlis

Pihak yang berkontrak mempunyai hak dalam menerus atau membatalkan kontrak selama mereka masih berada dalam majlis kontrak., atau salah seorang  baik penjual atau pembeli memberi pilihan (khiyar) kepada seorang lagi lalu ia memilih untuk berkuatkuasanya kontrak itu.

Dalilnya Rasulullah bersabda: ' Dua orang berjualbeli boleh membuat pilihan selagi mereka belum berpisah di tempat akad atau selama mana salah seorang daripada mereka tidak mengatakan kepada seorang lagi pilihlah'

bullet Apa yang yang dimaksudkan ialah berlakunya proses tawar menawar harga, atau kuntiti baarangan.
bullet Jika meneruskan pembelian tidak dikatakan khiyar majlis , iaitu jika adanya ijab dan qabul
bullet Pembeli boleh memilih barangan selagi belum membuat keputusan untuk membeli dan membayar harga.

  Berpisah dari tempat akad bermaksud
 

  1. Berpisah atau telah meninggalkan tempat urusniaga dilakukan
  2. Perpisahan berdasarkan uruf atau adat kebiasaan.
  3. Sekiranya tempat yang kecil,( kedai runcit) berpisah ialah apabila keluar dari kedai tersebut
  4. Jika tempat yang besar, hak khiyar tamat apabila beredar dari tempat tersebut.

  2.  Khiyar Syarat

Maksudnya: “ Kedua-dua penjual pembeli atau salah seorang daripada mereka membuat syarat di waktu akad. Contohnya pembeli mengatakan: “ saya beli barang ini dengan harga RM 100 dengan syarat selama 2 hari”. Ini bermakna kontrak jual beli berlaku dengan tempoh khiyar seperti yang ditetapkan.

 

Tempoh khiyar syarat.  
 
  1. Jumhur ulamak bersetuju bahawa tempoh khiyar mesti diketahui oleh penjual dan pembeli
  2.   Khiyar mesti ditentukan masa (tidak boleh berpanjangan), atau dalam jangkamasa yang tidak dapat ditentukan
  3. Abu Hanifah dan Syafie berpendapat tempoh kyiar adalah 3 hari berdasarkan hadis nabi: “ Engkau boleh khiyar pada semua jenis baarangan yang engkau telah beli selama 3 hari 3 malam”.
  4. Maliki, Hambali – tempoh khiyar adalah mengikut persetujuan bersama, alasan mereka buah-buahan tidak boleh khiyar melebihi 1 hari, pakaian dan ternakan 3 hari, tanah dan rumah adalah lebih sebulan. Mereka berpegang kepada hadis riwayat Ibn Umar:” Baginda membenarkan khiyar sehingga 2 bulan”.
  5. Pandangan yang kuat ialah pandangan Maliki dan Hambali, kerana bersesuaian dengan keadaan semasa.

  Kesan Khiyar Syarat

a.  Penerusan atau pembatalan kontrak hendaklah dilakukan dalam tempoh khiyar
b.  Jika ingin membatalkan kontrak maka hendaklah  dilakukan dalam tempoh khiyar. Jika tidak kontrak dikira berkuatkuasa sebaik sahaja tamat tempoh khiyar.  Jika pembatalan dinyata atau disebut.

 

Dalam tempoh khiyar barang jualan adalah menjadi tanggungan orang yang mensyaratkan khiyar, sama ada penjual atau pembeli.

  Penamatan Tempoh Khiyar Syarat
Tempoh khiyar tamat jika berlaku perkara berikut;
 

  1. Kontrak diterus atau dibatalkan
  2. Berlalunya tempoh khiyar tanpa penerimaan atau tanpa pembatalan
  3. Kerosakan barang yang dikhiyarkan
  4. Berlakunya penambahan pada barang yang dijual di tangan pembeli
  5. Kematian orang yang disayaratkan khiyar untuknya

  3.  Khiyar Aib

Maksudnya: “ cacat atau rosak barang yang dibeli”.

 

Hadis nabi: '“Aishah telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mebeli seorang budak (hamba), budak itu tinggal beberapa lama dengannya dan didapati budak itu cacat. Lelaki itu terus membawa kes itu kepada Rasulullah saw. Kemudian budak itu terus dikembalikan semula kepada penjualnya.”

Aib ialah sesuatu yang mengurangkan benda atau nilai sesuatu yang menghapuskan tujuan sebenar dariapda pembelian barangan berkenaan. Contohnya beli alat letrik rosak, baju koyak atau tidak muat.

  Syarat-syarat Khiyar Aib

  1. Kecacatan wujud sebelum kontrak atau setelah kontrak tetapi belum dilakukan penyerahan
  2. Jika kecacatan berlaku selepas akontrak, maka khiyar aib tidak boleh disabitkan
  3. Kecacatan tidak diketahui oleh pembeli sewaktu kontrak. Jika pembeli tahu tiada khiar aib.
  4. Jenis barang yang dibeli biasanya tidak cacat
  5. Kecacatan tidak hilang sebelum kontrak dibatalkan
  6. Kecacatan tersebut bukan dari jenis yang mudah diatasi. Contohnya baju kecil, radio tidak berfungsi.

  Kaedah-kaedah Mesabitkan Sesuatu Kecacatan

  1. Kecacatan dapat dilihat secara zahir
  2.   Kecacatan yang hanya diketahui oleh pakar, contoh sakit jantung
  3. Kecacatan yang hanya diketahui oleh wanita
  4.   Kecacatan yang tidak dapat dilihat atau disaksikan kecuali melalui pengujian. Contohnya kes mencuri.

  Penamatan Kontrak Khiyar

1.  Tamat kontrak melalui pembatalan

  1. Pembatalan dengan sebab rosaknya kontrak
  2. Pembatalan dengan sebab khiyar
  3. Penarikan balik tawaran
  4. Tamat tempoh kontrak atau tercapai maksudnya

  2.  Penamatan kontrak dengan sebab kematian

  1. Kontrak sewa
  2. Gadaian dan Jaminan
  3. Syarikat dan Perwakilan
  4. Muzaraah dan Musaqah (penanam, penyiram)

 

  PAJAK GADAI ISLAM ( AL-RAHN)  

Firman Allah bermaksud:  'Bertolong-tolonglah demi untuk kebaikan dan ketaqwaan'  -   (Al-Maidah: 2)

Pada zaman Rasulullah saw muamalah gadaian telah menjadi sebahagian amalan yang telah diterima dalam masyarakat dan amalan ini dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah saw. dengan seorang Yahudi, seperti yang diriwayatkan daripada hadis Aisyah:

“Bahawa nabi Muhammad saw telah membeli makanan daripada seorang Yahudi untuk suatu tempoh dan telah menggadaikan baju besi”.  

Maksud Firman Allah:  'Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang ( oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya  (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang  berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu.  Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan ingatlah Allah sentiassa mengetahui apa yang kamu kerjakan' -  (Surah al-Baqarah 2: 283)

  Tujuan al-Rahn 

  1. Untuk menyediakan pilihan kepada umat slam untuk berurusan dengan pihak pajak gadai secara Islam yang murah lagi adil
  2. Membebaskan umat Islam daripada belenggu riba yang menindas dan tidak dibenarkan dalam Islam
  3. Menyediakan bentuk pinjaman yang mudah kepada golongan yang memerlukan wang dengan segera
  4. Memecah monopoli perniagaan pajak gadai yang kini dikuasai oelh sesuatu kaum sahaja.

 

  Definisi Al-Rahn

Bahasa:  Tetap, berlangsung, menahan

Istilah:  Menjadikan sesuatu benda yang bernilai menurut pandangan syarak sebagai tanggungan hutang

Dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima.

 

  Rukun-rukun Al-Rahn

  1. Orang yang menyerahkan barang gadaian (rahin)
  2. Orang yang menerima ( menahan) barang gadaian (murtahin)
  3. Barang gadaian (marhun)
  4. Hutang
  5. Kontrak (sighah)

  Syarat-syarat Rahin dan Murtahin

  1. Orang yang layak melakukan pertukaran barang ( berjual beli), sihat.
  2. Mumayyiz
  3. Orang yang diletakkan di bawah jagaan orang lain kerana bodoh, atau boros tidak layak.
  4. Kematian sesuatu pihak sama ada rahin atau murtahin tidak mempengaruhi dalam perjanjian gadaian, perjanjian tetap berlaku sehingga sampai waktu yang ditentukan.

  Syarat barang gadaian  

  1. Merupakan benda yang bernilai menurut ketentuan hukum syarak
  2. Sudah wujud sewaktu perjanjian itu ditandatangani
  3. Boleh diserahkan kepada murtahin

  Sejarah al-Rahn di Malaysia.  

bullet Dilaksanakan di peringkat kebangsaan mulai 29 Oktober 1993 dengan nama Skim al-Rahn
bullet Dijalankan secara usahasama di antara YPEIM dan Bank Rakyat
bullet YPEIM sebagai pemodal utama dan penyelaras modal daripada pihak lain, manakala Bank Rakyat sebagai pelaksana yang menjalankan urusniaga
bullet Kemudahan Skim al-Rahn diperolehi di cawangan-cawangan Bank Rakyat di seluruh Malaysia
 

  Tatacara

bullet Perkhidmatan ini dibuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas.
bullet Jumlah pinjaman dihadkan kepada 50% - 60%  dari nilai barang sandaran (marhun) tetapi tidak melebihi RM5,000.
bullet Barang-barang sandaran ( marhun) terdiri daripada barang-barang emas tulin sahaja yang diterima.
bullet Penggadai dikenakan upah menyimpan barang dengan kadar berikut: Kadar upah bulanan bagi setiap nilaian RM100.
bullet Gadaian dikira sah dan sempurna apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani tiket/ borang gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.
bullet Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh tebus mengikut persetujuan kedua belah pihak, sesudah membayar upah menyimpan barang gadaian untuk tempoh gadaian terdahulu.
bullet Jika penggadai gagal menebus, Bank /al-Raahin  akan memberi notis lelong sebelum menjual marhun secara lelong oleh pelelong berlesen. Baki harga lelong itu, sesudah ditolak kos dan jumlah hutang, akan diberi balik kepada penggadai.
 
 

 

  Keistimewaan al-Rahn

  1. Tiada unsur Riba
  2. Kadar upah barang yang sangat berpatutan
  3. Penggadai dimaklumkan sebelum barang gadaian dilelong
  4. Penggadai diberi jaminan mendapat kembali baki harga lelong

 

  Perbezaan al-Rahn dengan sistem pajak gadai moden

Di dalam gadaian moden

1.  Ada unsur riba
2.  Penindasan
3.  Tidak berunsurkan pertolongan, tetapi keuntungan

 

  KESIMPULAN

  1.  Mudharabah

Definisi
Mudharabah ialah perjanjian anatara pemilik modal dan pengusaha dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.  

Syarikat ini perkongsian antara pemodal dan pengusaha untuk menjalankan sesuatu projek.

 

  Syarikat mudharabah ada dua

1.  mudharabah mutlak dan
2.  mudharabah muqayyad

Mudharabah mutlak:  ialah pengusaha bebas melakukan apa jua projek yang dikehendaki.  Pemodal tidak meletakkan apa-apa syarat dan ia terselak kepada kebijaksanaan pengusaha.

Mudharabah muqayyad:  ialah pemodal telah meletakkan syarat tertentu kepada pengusaha seperti jenis projek, tempat, tempoh dan sebagainya.  Pengusaha mesti menjalankan perniagaan berasaskan kehendak pemodal.

 

  Rukun-rukun mudharabah
 

bullet Pemodal
bullet Pengusaha
bullet Modal  
bullet Usaha/ Projek
bullet Kontrak  
 

 

  Syarat perjanjian mudharabah

  1. Jumlah modal yang dikeluarkan diketahui oleh semua ahli syarikat ketika perjanjian itu dibuat. Modal hendaklah bentuk tunai atau wang yang laku dalam pasaran
  2.   Modal hendaklah sesuatu yang boleh dikemukakanan atau boleh diserahkan semasa perjanjian dibuat. Hutang atau sesuatu yang ghaib tidak boleh menjadi modal.
  3.   Pembahagian keuntungan untuk pengusaha hendaklah berdasarkan nisbah tertentu sama ada peratusan atau pecahan
  4. Pengusaha hendaklah menjalankan perniagaan berdasarkan skop yang telah ditetapkan oleh pemodal
  5. Kedua-dua pemodal dan pengusaha hendaklah memenuhi syarat-syarat untuk membuat perjanjian.
  6. Pengusaha dikira sebagai pemegang amanah ketika menerima modal, sebelum sesuatu pekerjaan dimulakan
  7. Pengusaha dikira sebagai wakil apabila memulakan perniagaan
  8.   Apabila syarikat memperolehi keuntungan, pengusaha mempunyai hak atau bahagian tertentu sebagai rakan kongsi
  9. Apabila syarikat mengalami kerugian, semua akan ditanggung oleh pemodal dan pengusaha hanya akan mendapat upah sahaja
  10. Sebarang perlanggaran syarak adalah menjadi kesalahan dan orang yang melanggar akan membayar gantirugi atau bertanggungjawab
  11. Tidak ada had dalam perjanjian mudharabah kepada pemodal, malahan lebih ramai pemodal lagi elok.
  12. Tidak ada had kepada bilangan pengusaha, malahan lebih ramai lagi baik.
  13. Projek yang hendak dijalankan tidak ada batasan. Mereka boleh melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa, perindustrian dan sebagainya

 

  Kebaikan syarikat mudharabah

  1. Mengurangkan pengganguran, memberi peluang pekerjaan
  2. Meningkatkan ekonomi
  3. Membantu pemodal yang tidak tahu hendak mengembangkan modal
  4. Membantu pengusaha yang mempunyai kemahiran tetapi tiada modal
  5. Wujudnya kerjasama antara satu sama lain

 

  2.  Al-Hiwalah (pemindahan hutang)

Pengertian: Permindahan hutang dari tanggungan seorang kepada orang lain.

Hadis Rasulullah SAW “ Orang kaya yang melambat-lambatkan masa membayar hutang itu adalah satu kezaliman. Apabila salah seorang dari kamu mengikut kaedah pemindahan hutang, maka hendaklah kamu ikutinya”.  

Contoh: Zaid  mempunyai hutang dengan Ali sebanyak RM 100.00, kemudian Zaid meminta Ahmad membayar hutang tersebut. Sekiranya Ali dan Ahmad setuju, maka berpindahlah hutang Zaid kepada Ahmad dengan syarat:

bullet Kedua-dua pihak yang berhutang dan yang memberi hutang sudah baligh dan berakal
bullet Pihak yang mengambil alih tanggungjawab membayar hutang itu hendaklah membayar semua hutang tersebut
bullet Hutang tersebut hendaklah benar dilakukan dan diketahui jumlahnya.
bullet Kontrak hendaklah dibuat di dalam majlis yang sama
bullet Orang yang berhutang itu hendaklah benar-benar berhutang kepada orang yang kedua. Jika tidak maka tidak sah dilakukan Hiwalah.
bullet Pihak pertama (orang yang berhutang) tidak gugur tanggungan hutangnya hinggalah pihak kedua (yang memberi hutang) mendapat balik segala hutangnya, jika tidak ia berhak menuntut daripada pihak yang pertama.
bullet Selepas sahaja perjanjian itu ditandatangani maka pihak ketiga (mengambil alih tanggungjawab hutang) mengambil tugas membayar hutang tersebut.
bullet Hiwalah terbatal dengan salah satu sebab-sebab berikut:

 

  1. Apabila pihak ketiga (mengambil alih tanggungjawab hutang) ingkar, sekalipun tidak disokong dengan sebarang bukti yang nyata, hanya memadai dengan sumpah sahaja.
  2. Apabila pihak ketiga meninggal dunia dalam keadaan muflis, tidak ada harta peninggalan yang mencukupi untuk membayar hutang tersebut dan tidak pula meninggalkan waris yang boleh menanggungnya.
  3. Apabila pihak ketiga juga dijatuhkan hukuman muflis dan semua hartanya dibahagi-bahagikan untuk membayar segala hutangnya yang ada sama rata dan tidak mencukupi untuk menutupnya. Dalam keadaan ini orang yang memberi hutang hendaklah menuntut balik hutang tersebut daripada orang yang pertama.
  4. Pihak kedua (yang memberi hutang) tidak mempunyai apa-apa keistimewaan atau kelebihan berbanding dengan pemberi-pemberi hutang yang lain, bahkan ia akan bayar sama rata sebagaimana orang lain berdasarkan harta yang ada sahaja. (ini jika orang yang berhutang tidak mempunyai cukup harta untuk membayar balik hutang.)
  5. Kematian pihak pertama tidak menjejaskan hiwalah, kecuali disebut dalam perjanjian. Pihak kedua boleh menuntut dari pihak ketiga.

 

  3.  Al-Wakalah (Perwakilan)

Al-Wakalah: Menyerahkan wang kepada orang lain untuk menjaganya semasa ia masih hidup

Firman Allah: Al-Kahfi: 19
“ Hendaklah kamu utuskan seorang daripada kamu dengan membawa mata wang ini ke Bandar untuk melihat/membeli makanan yang paling baik dan terus dibawa kepada kamu di sini dan hendaklah ia berlemah lembut serta jangan sampai menyedarkan seorang pun dari orang-orang musyrik itu terhadap kamu sekelian”.

  Syarat-syarat berwakil
 

  1. Barang yang hendak diserahkan itu hendaklah kepunyaan atau di bawah kuasa orang yang berwakil
  2. Kedua-dua pihak yang berwakil dan yang menerima wakil hendaklah sempurna akal dan baligh.
  3. Barang yang hendak diserahkan itu hendaklah benda yang nyata. Tidak sah berwakil pada barang yang tidak tentu kedudukannya.
  4. Tidak sah berwakil untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan ibadat, kerana tujuan ibadat ialah sebagai ujian kepda seseorang individu, kecuali dalam ibadat haji, menyembelih korban, pembayaran zakat dan puasa kifarah.
  5. Kedua-dua pihak juga boleh memansuhkan perjanjian yang telah dibuat
  6. Hendaklah dinyatakan dengan jelas kerja atau tugas yang diwakilkan
  7. Wakil boleh mengambil upah atas khidmat perlaksanaan kerja atau tugasnya
  8. Perjanjian itu dengan sendirinya terbatal dengan kematian salah seorang daripada kedua-dua belah pihak. Demikian dengan gila, ataupun barang yang berkenaan keluar dari milik atau kuasa orang yang berwakil dengan sebab dijual atau diwakafkan.

  Batasan berwakalah  

  1. Wakil tersebut dipercayai sepenuhnya dan ia tidak dipertanggungjawabkan di atas segala kerosakan barang berkenaan kecuali dengan kecuaiannya.
  2. Pihak yang menerima wakil tidak boleh menjual barang berkenaan dengan harga yang lebih rendah daripada harga biasa atau dengan wang yang tidak sah.
  3. Pihak yang menerima wakil tidak boleh melakukan lebih daripada yang dibenarkan oleh pihak yang berwakil terhadap barang berkenaan
  4. Tidak harus bagi wakil menjual barang tersebut sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada orang yang terdekat.

 

  4.  Al-Kafalah (Jaminan Hutang atau Pelaksanaan Kerja)

Definisi: Perjanjian antara penjamin dan pihak yang menerima jaminan di mana penjamin menerima tanggungjawab untuk menjelaskan hutang atau membayar ganti rugi jika sekirannya pihak yang berhutang atau berjanji untuk melaksanankan sesuatu kerja itu gagal menunaikan tanggungjawabnya.

bullet Penjamin diminta menandatangani surat perjanjian sebagai bukti kesanggupan.
bullet Kafalah menggabungkan tanggungjawab antara orang yang menjamin dengan orang yang berhutang
bullet   Islam menggalakkan supaya saling tanggung menanggung antara satu sama lain.
bullet   Hutang yang dijamin itu hendaklah yang sah dan wajib dibayar.

 

  5.  Al-Ijarah (Sewa Menyewa)

Definisi: Akad antara pemilik harta sama ada tetap atau tidak tetap dengan penyewa di mana pemilik harta membenarkan penyewa mengguna dan memperolehi manfaat dan perkhidmatan dari harta tersebut. Bersama-sama itu penyewa membayar kepada pemilik harta bayaran sewa seperti yang telah dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Firman Allah: Al-Talak : 6
“ Kemudian jika merea menyusukan (anak-anak) mu untukmu, maka berikanlah kepada mereka upahnya”  

 

  Syarat sah sewaan  

  1. Keredhaan kedua-dua pihak yang berakad sewaan
  2. Hendaklah perkara yang diakadkan itu sesuatu perkara yang diketahui dalam bentuk yang boleh menghalang perbalahan. Sama ada tentang tempoh sewaan, tempat manfaat itu akan diperolehi, dan sifat-sifat harta yang disewa dan cara pembayaran sewa tersebut.
  3.   Hendaklah perkara yang hendak disewa itu boleh diperolehi manfaatnya dari sudut syarak dan dari sudut realiti.
  4. Hendaklah manfaat yang diakadkan itu suatu perkara yang diharuskan dari sudut syarak
  5. Janganlah perkhidmatan itu satu tanggungjawab fardhu atau wajib seseorang yang disewa perkhidmatannya itu sendiri sebelum akad sewa menyewa itu dibuat.
  6.   Janganlah orang yang disewa upah tenaganya itu mengambil manfaat daripada amal dan perkhidmatannya yang disewa
  7. Hendaklah manfaat yang disewa itu sesuatu yang menjadi maksud sewaan, serta biasa diperolehi manfaatnya menerusi akad sewaan.

 

  Kembali ke:  CITU  *    Halaman Utama     *  Halaman Pendidikan   *