CITU
(CENTER FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING)
Universiti Teknologi MARA - Kota Kinabalu
* CTU231 * CTU241 * IDA152 *

 

IDA152

 


 KOD KURSUS:        IDA 152
 NAMA KURSUS:     ISLAM DAN PERADABAN
 PERINGKAT:           DIPLOMA
 JAM KREDIT:         02
 JAM TEMU:             02
 BAHAGIAN:             02

 STATUS KURSUS:  KURSUS UNIVERSITI

 

 

 KANDUNGAN KURSUS

1.     KONSEP TAMADUN ISLAM

a.                  Definisi Tamadun

b.                 Ciri dan matlamat

c.                 Asas dan Sumber

 

 

 

2.     PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

a.      Tamadun Islam di Zaman Awal Islam

b.     Zaman Perkembangan dan Kecemerlangan Tamadun

c.     Interaksi Tamadun Islam dan Barat

 

 

 

3.     SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA

a.      Intelektial

b.     Kemasyarakatan

c.     Pentadbiran dan kenegaraan

d.     Sains dan Teknologi

 

 

 

4.     TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA

a.      Kedatangan Islam di Nusantara

b.     Pengaruh Islam terhadap masyarakat Nusantara

c.     Kedudukan Islam di Malaysia

 

 


 

 

BAB 1

KONSEP  TAMADUN ISLAM

1.                   Definisi Tamadun

2.                   Konsep Tamadun Islam dan Konsep Tamadun Barat

3.                   Nilai-nilai universal dalam tamadun

4.                   Ciri Tamadun

5.                   Matlamat Tamadun

6.                   Asas Tamadun

7.                   Sumber Tamadun

 

 

 

Definisi:

Bahasa: Kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Dalam bahasa Arab Ibn Khaldun menggunakan istilah ‘umran’ iaitu satu dasar atau bangunan atau tanah yg telah diusahakan. Tamadun dari perkatan madani – bandar. ‘Hadharah – kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Bahasa Inggerís menyebut civilization – dari bahasa Latin Civitas – bandar atau masyarakat yang berpegang kepada dasar atau sistem sivik.

 

Istilah: Ibn Khaldun: kehidupan bermasyarakat (kekotaan) dimana Allah mencipta manusia dan memberi hidayah. Syed Naquib: keadaan kehidupan insan yg telah mencapai kehalusan tatasusila dan kebudayaan. Muhammad Osman Muhammady: Tamadun Islam yangg dibina atas dasar ajaran ketuhanan didalamnya ada ilmu tentang akidah, Ibadah, syariat dan akhlak.

 

 

Asas Tamadun Islam

 

Pengabdian kepada Allah

Matlamat hidup adalah untuk mencari keredhaan Allah. Beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah adalah perkara asas dalam membina tamadun Islam. Segala kerja yang dilakukan adalah ibadat dan berpahala

Berorganisasi atas asas akidah

Mempunyai kesatuan dam organisasi yang berasaskan kepada akidah Islam. Aktiviti dan segala kerja yang dilakukan mestilah mendapat keputusan secara syura

Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding kebendaan

Nilai akhlak perlu menjadi asas dalam pembinaan tamadun. Pembangunan yang akan dibangunkan mesti mementingkan faktor kemanusiaan dan bukannya kebendaan semata-mata.

Berkembang sifat kemanusiaan

Sifat kemanusiaan mesti menjadi tunjang dalam pembinaan tamadun Islam kerana manusia mudah terjerumus ke lembah kejahatan dan kekejaman. Tamadun Islam adalah berasaskan kesatuan, perpaduan, kerjasama dan saling bantu membantu dalam  masyarakat 

Berteraskan kesucian keluarga

Keluarga akan melahirkan masyarakat dan negara. Kesucian keluarga melahirkan tamadun Islam yang terpelihara. Justeru hubungan bebas tanpa batasan adalah dilarang sama sekali kerana sifat demikian akan meruntuhkan tamadun

Melaksanakan tugas kalifah di bumi Allah

Manusia berperanan menjadi khalifah Allah di muka bumi. Tugas ini amat penting untuk membina sesebuah tamadun .

Mematuhi syariat Islam dalam semua urusan

Apa yang paling penting ialah setiap kemajuan dan pembangunan yang hendak dilaksanakan mesti mengikut syariat Islam. Apa yang dilarang jangan dilakukan dan apa yang dibolehkan itulah dituruti.

 

 

 

Sumber Tamadun Islam

 

Al-Quran

Al-Quran memberikan garis panduan dalam pembinaan tamadun. Tamadun yang diterima dan ditolak oleh Allah. Contohnya al-Quran menekankan tentang kepentingan ilmu, makanan yang halal dan haram dll.

 

Hadis

Sunnah Rasulullah menjadi panduan dalam pembinaan tamadun. Praktikal baginda dalam membina masyarkat dan kerajaan madinah menjadi contoh dalam pembinaan tamadun Islam. Rasulullah melaksanakan syura dalam pentadbiran, menggalakkanperniagaan dll.

 

Ijtihad

Ijtihad diambil kira sebagai sumber tamadun. Bagi persoalan baru yang tidak dinyatakan hukum dalam Quran dan Sunnah, umat Islam dikehendaki menjalankan ijtihad untuk mengetahui hukum. Sumber-sumber am yang lain seperti  ijmak, qias, istihsan dll juga digunakan dalam membina sesebuah tamadun.

 

Tamadun-tamadun asing

Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-sumber yang datang dari tamadun lain yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Contohnya Islam menerima nilai-nilai baik dari tamadun barat, masyarakat Arab dll.

 

             

             

Ciri-ciri Tamadun Islam

 

Penulisan

Islam amat mengambil berat tentang penulisan. Tulisan dapat menyebarkan agama, kebudayaan, ilmu pengetahuan. Hasilnya ia dapat mengubah corak berfikir, berinteraksi serta cara hidup masyarakat.

 

Kota Raya

Kota raya adalah ciri tamadun Islam yang penting. Kota Mekah dan Madinah melambangkan     tamadun Islam. Tamadun Islam berkembang dan menjadi puncak tanda melalui kewujudan bandar dan kota raya.

 

  Sains 

Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur yang boleh diuji dan dibuktikan dimakmal. Baginda Rasulullah saw bukan hanya menyampaikan risalah tauhid, malahan mengajar tentang sains politik, sains ekonomi, sains ketenteraan, sains & teknologi, sains kemasyarkatan dll.

 

Masyarakat majmuk

Islam lahir dalam masyarakat majmuk dan Rasulullah berjaya mentarbiyahkan masyarakat plural menjadi masyarkat contoh. Rasulullah mempersaudarakan kaum ansar dan muhajirin.Muhajirin mahir dalam politik dan ekonomi, manakala ansar mahir dalam bidang pertanian dan penternakan serta keperwiraan.

 

Pendidikan seumur hidup

Tamadun Islam adalah punca dari pesatnya proses pendidikan. Islam memberi keutamaan kepada orang-orang yang mengajar, belajar dan mendengar pengajaran. Islam menekankan pendidikan seumur hidup. Ilmu mesti dipelajari oleh semua peringkat umur, dan boleh dipelajari di mana-mana walau ke negeri Cina

 

Berpandukan al-Quran

Al-Quran telah memperlihatkan beberapa ciri penting mengenai sejarah dan persejarahan serta hubungannya dengan tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa dan conoth-contoh umat yang terdahulu. Al-Quran bukan hanya menceritakan hal-hal akhirat, malahan urusan dunia supaya manusia mencapai kesempurnaan hidup.

 

 

 

 Matlamat Tamadun Islam

Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu percaya  kepada kekuasaan Allah semata-mata

Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistem sesuai dengan setiap tempat, masa dan keadaan

Melahirkan manusia yang dapat bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi

Melahirkan manusia yang kenal dirinya dan ke mana arah tujunya.

 

 

 

Konsep Tamadun Barat 

 

Definisi

Tamadun barat adalah lahir dari natijah kebudayaan barat  dimana cara hidupnya tidak tunduk kepada peraturan-peraturan tertentu yang berbentuk kitab yang diturunkan dari langit dalam bentuk asli dan murni. Arnold J Toynbee mendefinisikan tamadun barat sebagai: cabang kebudayaan barat yang memberi gambaran mengenai agama, senibina, senilukis, akhlak dan adat istiadat.

 

Asas-asas Tamadun barat

Tamadun barat diikat dengan pengaruh adat-adat dahulu

Berasaskan falsafah dan bukan agama

Bersifat humanisma iaitu manusia sebagai penentu

Dualisma dalam kehidupan

Tiada konsep tauhid.

 

 

Ciri-ciri

Kejahilan dalam memahami konsep ketuhanan

Kecenderungan kebendaan

Aliran sekularisme

Perbalahan dan pertelingkahan

Rasa lebih dari orang lain.

 

 

Sumber

Pemikiran dan idea manusia semata-mata

 

Perbezaan tamadun Islam dan barat

Prof Dr Yusof Qardawi memberikan keistimewaan tamadun Islam berbanding barat:

 

Rabbaniyyah (bersumberkan ajaran Allah)

Akhlakiyah (bersirikan nilai akhlak yang mulia)

Insaniyyah (bercirikan nilai murni kemanusiaan)

Alamiyyah (bersifat sejagat)

Tasamuh ((saling mengerti dan memahami)

Tanawwu’ ((beraneka ragam)

Wasotiyyah (sederhana)

Takamul (saling melengkapi)

 

 

Keistimewaan tamadun Islam 

Bersumberkan al-Quran dan Sunnah

Mempunyai bentuk tetap, tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu

Sifat terbuka lepada semua tamadu

Bersesuaian dengan tabita semulajadi manusia

Tamadun Islam bersifat sejagat dan sempurna

 

 

 

 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN @ ASPEK NILAI DALAM TAMADUN

 

 

Nilai keimanan 

Nilai keimanan ialah akidah lengkap yang menjadi asas motivasi untuk menggerakkan seseorang muslim ke arah pelbagai hidup bagi menghadapi cabaran hidup. Aspek keimanan begitu ketara dalam perjuangan Rasulullah saw dan para pengikutnya. Penerimaan amalan di sisi Allah ádalah bertitik tolak dari nilai keimanan yang ikhlas yang berpaksi di dalam hati. Nilai keimanan yang mantap dapat memberi kesan yang besar dalam kepatuhan dan ketaatan kepada syariat Allah, contohnya pengharaman arak. Keruntuhan aspek ini akan membawa kehancuran kepada tamadun Islam

 

 

Nilai keilmuan/pengetahuan

Perhatian Islam  terhadap kepentingan ilmu pengetahuan amat jelas. Ayat Quran yang mula diturunkan menekankan masalah ini. Perkataan iqra’ (bacalah), Qalam (pena) digunakan. Bacaan dan tulisan adalah merupakan dua perkara penting untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada seseorang.   Allah berfirman yg bermaksud: Katakanlah, perhatikan apa yg ada di langit dan di bumi, kerana tidaklah berguna tanda kekuasaan Allah dan rasul yg memberi peringatan bagi kamu yg tidak beriman.

 

 

Nilai kerja/usaha

Nilai pekerjaan mendapat kedudukan yang istimewa iaitu pekerjaan yang sedia memberi ruang keselesaan kepada kehidupan, mampu memenuhi tuntutannya dan sentiasa melakukan tindakbalas yang bermanfaat.

 

 

Nilai akhlak

Manusia yang berakhlak ialah mereka yang menyerah diri secara menyeluruh kepada Allah. Hasil tamadun yang dibina di atas nilai-nilai kebendaan semata-mata akan hancur dan musnah. Akhlak yang buruk akan menyebabkan sesebuah tamadun hancur kerana umatnya juga hancur.

 

 

 

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

 

PENGENALAN

Interaksi antara tamadun boleh berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan.  Interaksi terjadi kerana sikap saling hormat menghormati antara tamadun serta sikap toleransi yang tinggi antara sesebuah tamadun. Selain itu sifat  terbuka sesebuah tamadun memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Interaksi antara tamadun yang berlaku di sepanjang sejarah telah membawa impak positif dan negatif.

 

 

 

KESAN NEGATIF

Interaksi antara tamadun telah membawa beberapa kesan negatif antaranya:

Hubungan antara Tamadun agama

Berlakunya perang Salib antara Islam dan Kristian di zaman pertengahan Eropah menyebabkan  wujudnya perbezaan antara agama, ekonomi dan politik di antara tamadun Islam dengan tamadun barat. Di Eropah hubungan antara Yahudi dan Kristian  tidak baik menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9 dan ke 18 Masihi.

Di India pula hubungan antara Islam dengan Hindu ada ketegangan, contohnya di zaman Aurangzeb,  pemerintah kerajaan Moghul ini telah melakukan kezaliman ke atas penganut Hindu, baginda mengharamkan pembinaan kuil, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain. Demikian juga raja-raja India membunuh penganut Islam dan membakar masjid-masjid.

 

Hubungan antara Tamadun Islam dan Tamadun China

 

Kesan negatif berlaku di antara Tamadun Islam dengan Tamadun China, contohnya tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih, sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abasiyah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Antara punca persengketaan ini disebabkan faktor ekonomi di mana orang China iri hati dengan kemewahan orang Islam. Dalam tahun 876 Masihi berlakunya pemberontakan menentang orang-orang asing dan gerakan anti-Islam sehingga kira-kira 120 000 – 200 000 orang Islam telah dibunuh. Hal ini menyebabkan orang Islam telah melarikan diri dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan di Kedah.

 

Hubungan antara Tamadun India dan Tamadun China.

 

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan Buddha telah mendapat tentangan dari cendikiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh di zaman Dinasti Han.  Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

 

 

      KESAN POSITIF 

Antara kesan positif dari  interaksi ini ialah:

Hubungan antara Tamadun Islam, Kristian dan Yahudi

 

Kesan positif hasil interaksi ini dapat dilihat sejak zaman Rasulullah saw dimana Perlembagaan Madinah yang digubal baginda telah memberi kebebasan kepada orang Yahudi dan Kristian untuk mengamalkan agama masing-masing. Sikap berbaik-baik dengan orang-orang bukan Islam ini diikuti oleh pemerintah-pemerintah di zaman  khulafa’ al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abasiyyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Hubungan baik ini dapat dilihat di Andalus apabila munculnya ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India - Tamadun China

Melalui interaksi ini agama Budddha telah disebarkan ke China. Selain itu teknologi membuat gula dari tebu, ilmu astronomi dari India telah diperkenalkan ke China.  Beberapa perbendaharan Pali dan Sanskrit telah mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif yang diterima India hasil hubungan ini ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China.

Tamadun Islam – China

Pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini, hasilnya terdapat komuniti Arab-Islam menetap di China. Selain itu berlakunya perkahwinan campur antara orang Arab dengan orang China. Kesan penting hasil interaksi ini ialah penyebaran Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti  Islam tempatan China. Hasilnya lahir cendikiawan Islam seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Agama Islam telah diharmonikan dengan ajaran konfusius menyebabkan ia dapat diterima oleh masyarakat China. Interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya pembinaan masjid di China.

Tamadun Islam – Melayu

Kesan interaksi ini ialah tersebarnya Islam di kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain. Islam telah mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu. Tulisan jawi pula menjadi penting dalam perkembangan ilmu di Kepulauan Melayu. Kesan positif lain boleh dilihat dalam perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab digunakan dalam bahasa Melayu.

Tamadun China-Melayu

Tamadun China telah membawa kemahiran membuat gula dari tebu, kemahiran membuat tembikar, perusahaan sutera serta pertukangan logam kepada masyarakat Melayu. Di samping itu beberapa jenis makanan China diperkenalkan dalam masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh.

Tamadun China – Jepun

Jepun telah menerima agama Buddha dan ia telah diasimilasikan  dengan agama Shinto. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Di samping itu tulisan China juga telah dibawa ke Jepun dan ia menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Selain itu China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara tertentu di Jepun seperti upacara minum teh, seni taman serta struktur pembinaan bandar.

 

 

 

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN ANTARA TAMADUN 

Kepimpinan

Interaksi antara tamadun berlaku apabila adanya pemimpin yang bersikap toleransi dan adil, sebaliknya jika seseorang pemimpin itu bersikap zalim dan tidak toleransi menyebabkan sukar berlaku interaksi  antara tamadun.

Contohnya kepimpinan Rasulullah saw, pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin serta pemerintah selepasnya. Dalam interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India, beberapa orang pemerintah India dari kerajaan Ghaznawi, Delhi dan Moghul telah bersikap toleran kepada penganut Hindu dan penganut agama lain.

Contoh lain ialah dapat dilihat dari interaksi antara tamadun India dan China, di mana raja-raja China seperti raja Wei Utara dan Tang telah memberi peluang kepada perkembangan agama Buddha  yang datang dari India. Di zaman pemerintahan Dinasti Tang kegiatan penterjemahan kitab-kitab Buddha telah berlaku secara aktif.

Sikap golongan agama

Golongan agama seperti sami, paderi serta alim ulamak  sentiasa mewujudkan suasana harmoni  dan memberi penekanan kepada sifat keinsanan.

 

 

 

INTERAKSI ANTARA TAMADUN:

 

TAMADUN CHINA DENGAN INDIA

Interaksi antara Tamadun China dan India telah berlaku pada abad ke 2 S.M. Penyebaran agama Buddha adalah kemuncak Tamadun India dengan China. Pada kurun ke 6 ramai orang China telah pergi ke India untuk mendalami ajaran Buddha yang ditulis dalam bahasa Sanskrit. Antaranya ialah Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I-Tsing.  I-Tsing belayar ke India abad ke 7 dan pernah singgah di Srivijaya dimana beliau mendapati agama Buddha adalah agama penting kerajaan tersebut.

Selepas 700 tahun usaha penterjemahan, maka akhirnya ajaran Buddha telah dibukukan dalam Tripitaka yang meliputi Kitab Mahayana dan Hinayana.

Selain agama Buddha interaksi ini juga turut menyebabkan beberapa alat muzik dan struktur muzik India telah diasimilasikan ke dalam Tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi popular di istana dan di kalangan bangsawan China.

Teknologi dan sains ciptaan China telah berkembang di India, antaranya teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain.

 

 

      TAMADUN ISLAM DENGAN CHINA 

Interaksi antara orang Arab dengan Negara China telah berlaku sejak abad ke 3 Masihi apabila ada utusan Parsi dihantar ke istana kerajan Wei. Orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu melalui jalan darat merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking dan juga jalan laut yang digunakan pada abad ke 5 Masihi merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China.

Hubungan Tanah Arab dan China menjadi semakin rancak dalam abad ke 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Antara tokoh muslim tempatan China ialah Wang Daiyu ( 1550 – 16580), Ma Zhu ( 1640 –1711), Liu Zhi (1660 –1730) dan Ma Dexin (1794 –1874).Tulisan dan penterjemahan mereka telah menyumbang kepada perkembangan Islam di China.

Tamadun China telah berjaya memperkembangkan bidang sains dan teknologi mereka ke Asia Barat. Mereka mempelajari cara membuat kompas, kertas, teknologi percetakan serta alat membuat letupan. China pula mempelajari pelbagai ilmu tentang perubatan, astronomi, farmasi dari Tamadun Islam. Reka bentuk masjid juga mempunyai ciri-ciri Arab dan China.

 

 

TAMADUN CHINA DENGAN JEPUN

Interaksi antara Tamadun China dengan Negara Jepun berlaku melalui Korea semasa zaman pemerintahan Raja Pakche memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke 2 Masihi lagi. Penglibatan tentera Jepun di Korea telah menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang ada di Korea dipindahkan ke Jepun. Pada tahun 405 Masihi, Raja Pakche telah  menghantar beberapa orang penasihat ke istana Yamato. Penasihat-penasihat ini adalah mahir dalam tulisan Cina dan bertindak membantu raja Jepun menyediakan rekod-rekod istana.

Antara kesan penting interaksi Tamadun Jepun dan China ialah sistem tulisan. Tulisan Cina telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang membawa kepada perkembangan intelektual.

Kemasukan Agama Buddha ke Jepun adalah kesan yang paling penting. Shotoku Taishi adalah tokoh penting yang telah memperkukuhkan kedudukan agama Buddha di Jepun.

Kesan tamadun China kepada Jepun ialah sistem pentadbiran berpusat. Kejayaan pemerintahan berpusat Tang yang menjadikan Dinasti Tang mencapai kemajuan sama ada dari segi penjajahan dan pentadbiran amat mengkagumkan pemerintahan Jepun. Sistem ini telah menjadi model bagi pemerintahan Jepun.

Struktur pembinaan bandar pemerintahan Jepun juga amat dipengaruhi oleh struktur pembinaan bandar-bandar di China. Contohnya , bandar Nara yang mengikut pembinaan bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan dinasti Sui.

Masyarakat Jepun bukanlah menerima bulat-bulat tamadun China, sebaliknya telah melalui proses penyesuaian dengan unsur-unsur peribumi Jepun. Contohnya sistem birokrasi.

Agama Buddha turut mengalami asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu shinto.

 

 

TAMADUN INDIA DENGAN ASIA TENGGARA

Interaksi ini berlaku sejak awal abad Masihi lagi melalui perdagangan. Dari sudut teologi interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima oleh kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara seperti Funan, Chenla. Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Agama Hindu telah mempengaruhi sistem politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep devaraja yang menjadi asas kepada konsep daulat alam tradisi Melayu. Ia telah meletakkan kesucian sseseorang setaraf dengan dewa. Ajaran Buddaha juga telah berkembang di Asia Tenggara di mana Srivijaya menjadi pusat perkembangan dan pengajaran Buddha. Dua mazhab Buddha di Asia Tenggara iaitu Mazhab Hinayana (Buddha theravada) dan Mahayana

Antara lain kesan interaksi ini ialah pengaruh Brahmin iaitu pemimpin agama yang menguasai bidang pendidikan. Selain itu tulisan Sanskrit dan pali juga telah berkembang di Asia tenggara dan mempengaruhi tulisan tempatan. Banyak hasil penulisan India tersebar ke Asia Tenggara. Kitab-kitab ini telah diterjemah ke dalam bahasa melayu dan ditulis menggunakan tulisan jawi.

Interaksi juga banyak berlaku dalam kesenian, alat muzik dan seni tarian. Unsur seni bina India telah bercampur dengan unsur seni bina tempatan yang menghasilkan seni bina unggul seperti Angkor Wat dan Candi Borobodur.

Selain itu wujudnya perkahwinan campur, tamadun India juga turut mempengaruhi sistem undang-undang Asia Tenggara.

 

 

TAMADUN CHINA DENGAN ASIA TENGGARA

Interaksi antara tamadun China dengan Asia Tenggaraberlaku sejak abad ke 3 Masihi iaitu di zaman kerajaan Funan.Hubungan itu disebut dalam rekod Dinasti Qin (201-206 Masihi), Dinasti Han (206-220) Masihi dan  Dinasti Wu (222-280 Masihi). Hubungan ini mencapai kemuncak di zaman Dinasti Tang (618-907 Masihi).

Interaksi kedua-dua tamadun telah membawa perubahan dan asimilasi budaya. Hubungan antara kedua kawasan ini berlaku dalam suasana aman, melalui misi diplomatik, migrasi dan perdagangan, juga melalui suasana peperangan. Kemuncak hubungan ini ialah di zaman kesultanan Melayu Melaka (1400-1511). Hubungan diperkukuhkan lagi dengan perkahwinan puteri Hang Li Po dengan sultan Mansur Shah.

Kesan interaksi ini Asia Tenggara telah diperkenalkan dengan beberapa barangan Cina seperti porselin, tembikar dan sutera, makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan teknologi seperti pembuatan senjata, bahan letupan, perlombongan dan pertukangan logam.

Dinasti Yuan (1279-1368) telah menyerang Kemboja dan Jawa pada abad ke 13 Masihi. Vietnam pernah dijajah oleh China menyebabkan negara tersebut banyak mempunyai ciri-ciri budaya Cina dan sistem pentadbiran berbentuk mandarin..

 

 

TAMADUN ISLAM DENGAN ASIA TENGGARA

Tamadun Islam berkembang di Asia Tenggara melalui perkembangan agama Islam. Perdagangan adalah saluran penting hubungan ini. Asia Tenggara telah dikenali oleh pedangang  Islam sejak abad pertama Hijrah /7 Masihi. Sebahagian besar datang dari Yaman, India dan China.

Pedagang Islam dari Gujerat India telah datang ke Asia Tenggara kerana adanya batu-batu nisan yang ditemui menyamai dengan batu nisan di Cambay atau Kembayat di Gujerat. Teori kedatangan Islam dari China mengaitkan Asia Tenggara  dengan kewujudan komuniti China-Islam sejak abad ke 7 Masihi.

Kesan interaksi ini telah membawa kepada penubuhan kerajaan Islam Pasai, kerajaan Melaka, kerajaan Acheh, kerajaan Johor-Riau di sepanjang selat Melaka. Kerajaan Demak, Tuban Japara, Mataram dan Banten di Pulau Jawa. Kerajaan Islam Pattani di selatan Thai, Brunei dan Banjarmasin di Pulau Borneo, kerajaan Sulu di selatan Filifina dan Makasar di Sulawesi Selatan. Beberapa perubahan seperti dalam aspek kepercayaan, politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial juga telah berlaku.

Dalam aspek kepercayaan, konsep aqidah tauhid telah menarik minat penduduk Asia Tenggara. Dari segi politik dan pentadbiran konsep Devaraja telah ditukar dengan konsep khalifah fil ardh. Raja-raja tidak lagi dianggap penjelmaan dewa-dewa tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.

Islam juga turut mempengaruhi undang-undang, contohnya dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Tamadun Islam telah membawa tahap pemikiran, pendidikan dan intelektual yang lebih baik kepada Asia Tenggara. Perkembangan pendidikan telah mendapat sokongan dari pemerintah. Usaha-usaha penyalinan dan penterjemahan buku-buku Arab telah dilakukan. Antaranya ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, beberapa tulisan yang berkisar tentang hidup baginda Rasulullah saw.

Interaksi ini turut berkembang dalam bidang seni bina khususnya pembinaan masjid. Bentuk kubah potong bawang adalah pengaruh seni bina Arab dan Parsi.

 

 

TAMADUN ISLAM DENGAN INDIA

Hubungan antara orang Arab dengan India berlaku sejak zaman Ma’in dan Saba’ (1200-115 SM) di Arab Selatan melalui perdagangan. Orang Arab membawa kain, pedang dan rempah ke India. Agama Islam mula bertapak di India sejak dari abad pertama Hijrah namun kedudukannya masih lemah. Di abad ke 5 Masihi sudah ada petempatan orang Arab di India.

Islam disebarkan ke India melalui perdagangan dan peperangan.  Tentera Islam sewaktu khalifah Umar al-Khatab telah sampai ke pantai Sind di India (636-637M) untuk menawan Thana tetapi gagal. Di zaman khalifah Usman Affan tahun 644M, tentera Islam telah berjaya menawan Makran. Muhamad al-Qasim seorang pemimpin perang di zaman pemerintahan al-Walid telah berjaya menawan kawasan penting di India seperti Debal (pelabuhan bagi Sind), Dahir, Rawar, Brahmanabad, Aror dan Multan. Operasi ketenteraan ini telah memberi peluang kepaa kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di India seperti kerajaan Ghaznawi (997-1605M), kerajaan Ghori (1155-1206), Kesultanan Delhi (1206-1351 dan kerajaan Moghul (1526-1857)

Interaksi antara tamadun Islam dan India amat pesat semasa pemerintahan Akbar Agung, kerajaan Moghul 1556-1605. Beliau telah mengharmonikan penganut Islam dengan Hindu dengan mengambil penasihat dari kalangan Islam dan Hindu, menggalakkan perkahwinan campur, menggalakkan perdebatan agama.

Hubungan ini telah membawa kepada perkembangan kesusasteraan. Hasil-hasil kesasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat  India. Semasa kerajaan Delhi tulisan India terutama berkaitan dengan agama Hindu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi. Cendikiawan Islam telah mempelajari mengenai yoga dan vendata serta ilmu perubatan dan astrologi India. Orang India pula mempelajari astronomi, pengiraan kalendar, bidang horoskop,bidang perubatan dan beberapa proses kimia.

Seni bina Islam telah dibina  sejak zaman kesultanan Delhi contohnya pembinaan kubah dan menara. Masjid menampakkan ciri-ciri seni bina Islam dan India seperti masjid Quwwatul al Islam. Taj Mahal yang dibina semasa pemerintahan Shah Jehan merupakan hasil seni bina Indo-Parsi yang teragung hingga menjadi salah satu benda ajaib di dunia.

 

 

 TAMADUN ISLAM DENGAN EROPAH

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Eropah berlaku apabila terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Sepanyol dan Sicily adalah pintu masuk dan jambatan  yang menghubungkan tamadun Islam dengan Eropah.

Proses interaksi berlaku secara aman dan perang. Interaksi secara aman berlaku apabila wujudnya hubungan perdagangan, manakala Perang Salib antara orang Eropah dengan Islam adalah interaksi secara konflik.

Kedua-dua kawasan menjadi pusat perdagangan, pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan, pusat penterjemahan khususnya buku-buku Greek yang telah dilakukan oleh cendikiawan Islam di Zaman kerajaan Abasiyah.

Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke 12 hingga 14 Masihi) telah menyebabkan berlakunya interaksi tamadun di antara orang Islam dan barat. Pada abad ke 10 hingga 12 Masihi Tamadun Islam berada di kemuncak khususnya dalam perkembangan ilmu pengetahuan, sedangkan barat ketika itu berada di zaman kegelapan. Kesan peperangan ini menyebabkan ramai orang Islam dan barat terbunuh dan wujud perasaan permusuhan antara Kristian dan Islam.

Sepanyol memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun dan peradaban Eropah kerana ia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Sepanyol mempunyai universiti di Cordova, Seville, Malaga dan Granada yang telah menjadi pusat pengajian penting kepada penuntut-penuntut kristian di Eropah.

 

 

 KESIMPULAN.

Tamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup malah bersifat terbuka. Sifat inilah yang membantu berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara tamadun menghasilkan kesan positif dan negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun disebabkan ia mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Interaksi antara tamadun juga dapat memperkayakan tamadun dan mengelakkan daripada menjadi jumud, beku dan statik.  Kesan  negatif pula mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Biasanya konflik ini dipengaruhi oleh faktor teologi, ekonomi, sosial dan politik. Selain itu tamadun yang lebih tinggi dan lama lebih banyak mempengaruhi atau meninggalkan unsur-unsur penting kepada tamadun yang lebih rendah.

 

 

 

 


 


 

BAB 2

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA

 

 

Perkembangan Tamadun Islam

Sebelum kedatangan Islam Tamadun Arab Jahiliah telah mempunyai maju dalam bidang kehidupan dikenali sebagai Arab Hidari di kawasan Hijaz. Ketua kabilah dianggap sebagai raja, hakim, penguasa perbendaharaan dan ketua tentera. Antara syarat untuk menjadi ketua ialah umur, kekuatan daya pemikiran, termulia dan berpengaruh dalam masyarakat.

Kehidupan masyarakat di semenanjung tanah Arab seperti Yaman, Mekah dan beberapa kawasan lain ádalah  mewah. Antara kegiatan yang dijalankan ialah  dalam bidang pertanian, perniagaan dan perdagangan. Tidak ketinggalan dalam bidang kesusasteraan pula mereka sering mengadakan pertandingan mengarang syair. 

 

Zaman Rasulullah saw 

Rasulullah saw bangkit berhadapan dengan pelbagai masalah khususnya kebiadabapan masyarakat.  Baginda telah berjaya menukar corak hidup yang biadap kepada ketamadunan Islam. Rísalah yang dibawa oleh baginda telah mengubah mental, moral dan budaya masyarakat daripada menyembah berhala, bulan dan bintang menjadi muslim yang mengamalkan Islam. Islam telah melahirkan satu tamadun yang mengubah seluruh budaya hidup jahiliah dan berupaya membentuk sebuah tamadun yang unggul di dunia. Zaman Rasulullah saw adalah zaman asas dalam pembentukan tamadun Islam yang pada peringkat awalnya membentuk spritual, mental dan akhlak masyarakat. Baginda berjaya mempersaudarakan suku-suku Arab yang sentiasa berperang. Akhirnya sebuah negara dapat dibangunkan di Yathrib. Sejak daripada itu tamadun Islam mula bertunas  bermula dari Abu Bakar sehinggalah kerajaan-kerajaan Islam yang lain memperlihatkan kegemilangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang.

 

 Zaman Khulafa’ al-Rashidin (632 -661M)

 Dengan semangat untuk mengembangkan Islam ke merata pelusuk dunia, maka natijahnya kebudayaan dan tamadun Islam muncul dan berkembang sehingga mencapai puncak kegemilangan. Selepas kawasan-kawasan di luar Jazirah Arab mulai tunduk di bawah kekuasaan Islam. Di zaman pemerintahan khulafa’ al-Rashiddin, khalifah Umar telah melebarkan sayap Islam meliputi Palestin, Syria, Iraq, Parsi dan Mesir. Dengan luasnya kawasan kekuasaan Islam, interaksi antara suku-suku bangsa telah mewujudkan pelbagai kebudayaan dan menyemarakkan perkembangan tamadun Islam.

 

Kerajaan Bani Umayah (661 -743M)

Perluasan wilayah Islam diteruskan oleh kerajaan Bani Umayyah yang begitu luas di Asia Tengah yang berpusat di Damsyik. Perkembangan kebudayaan dan tamadun berlaku dengan pesat sekali. Bahasa pentadbiran ditukar dari Bahasa Yunani dan Pahlavi kepada bahasa Arab yang dimulai oleh Abd Malik bin Marwan. Sibawaih adalah salah seorang tokoh tatabahasa Arab dengan tulisannya ‘al-Kitab’. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmu pengetahuan dalam bidang agama seperti tafsir, hadis, fiqah, ilmu kalam dan sejumlah kecil ilmu pengetahuan sains dan teknologi.

Mata wang Bizantin dan Parsi diganti dengan mata wang Islam pada zaman Malik bin Marwan. Bangunan tersergam indah, istana dan masjid diukir dan dihias dengan batu-batu permata melambangkan kemajuan yang dicapai. Kemajuan mula merosot sedikit demi sedikit di zaman al-Walid II. Kerajaan Bani Umayyah mula menghadapi zaman kelemahan. Orang-orang Islam seperti hilang pedoman kerana politik, ekonomi dan semangat keagamaan mulai luntur sehinggalah kekuasaan diganti dengan kerajaan Bani Abasiyyah.

 

 

Kerajaan Abasiyyah (750 -1258M)

Pemerintah kerajaan Abasiyyah amat menggalakkan perkembangan ilmu. Kompleks masjid dilengkapi dengan sekolah dan perpustakaan. Pemerintah memperuntukkan biaya untuk kolej dan pelajarnya. Pensyarah pula dihormati tanpa mengira anutan agama. Mereka yang membuat penyelidikan dan menghasilkan karya asli diberikan hadiah lumayan.

Abu Jaafar al-Mansur (754-775M), khalifah kedua kerajaan Abasiyyah adalah perintis dalam usaha kegiatan intelektual. Beliau bertanggungjawab mengasaskan kota Baghdad dan mendirikan kolej perubatan di sana. Kegiatan penterjemahan secara sistematik karya-karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada zaman beliau. Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab-kitab Hadis, Fiqh, Tafsir Quran giat dilakukan. Lahir ramai ilmuan antaranya Malik bin Anas di Madinah, Al-Awzai’ di Damsyik, Sufyran al-Thawri di Kufah dan ramai lagi.

Di zaman pemerintahan Kalifah Harun al-Rashid (786-809M) Kota Bagdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual terunggul di dunia. Beliau adalah pengasas khizanah al-Hikmah iaitu pusat imtelektual. Antara tokoh ilmuan di zaman beliau ialah Qadi Abu Yusof dengan kitabnya al-Kharaj, Marwan Abi Hafsah, al-Fadl b. al-Rabi’ dan lain-lain.

Kemuncak kegiatan intelektual ialah di zaman pemerintahan al-Ma’mun bin Harun al-Rashid (813-833M). Beliau telah memperbesarkan khizanah al-Hikmah menjadi Bayt al-Hikmah atau Rumah Kebijaksanaan.

 

 

Andalus sebagai anugerah kepada kebangkitan Eropah

 

Pembukaan Andalus

Andalusia atau al-Andalus adalah istilah yang diberikan oleh ahli geografi Islam di abad Pertengahan. Ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol moden. Suku kaum Eropah dan Barber telah mendiami negeri itu sejak zaman awal sejarah, manakala Orang Phonesia menubuhkan kerajaan di Andalus pada awal kurun ke 10 sebelum Masihi. Pada kurun pertama Masihi datang orang Romawi dan diikuti oleh suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalus sehingga tahun 711Masihi.

Keadaan sosial masyarakat Andalus amat buruk. Ada dua lapisan masyarakat iaitu golongan yang memerintah, ahli-ahli agama dan kaum bangsawan dan golongan kedua ialah masyarakat kelas bawahan yang majoriti buta huruf. Mereka tiada peluang belajar dan dipaksa menjadi hamba.

Dari sudut ekonomi pula, pemerintahan Visigoth mengekalkan sistem perhambaan, golongan bawahan dipaksa membayar cukai dan pelbagai penindasan dilakukan. Akibatnya golongan bawahan telah melarikan diri ke dalam hutan serta melakukan kekacauan dan kerosakan. Keadaan ini menyebabkan banyak tanah-tanah terbiar dan industri-industri terpaksa ditutup. Kesannya dapat dilihat apabila kegiatan perdagangan dan pertanian menjadi beku dan telah melumpuhkan ekonomi Andalusia.

Pada bulan Julai 710 Masihi, Musa bin Nusair iaitu Gabenor Islam di Utara Afrika telah menghantar pemerintah tenteranya Abu Zur’ah Tarif bin Malik menyeberangi Selat Gibraltar. Tarif telah berjaya menawan Algeciras. Seterusnya 711 Masihi, Musa bin Nusair mengutuskan Tariq bin Ziyad ke Andalusia. Tariq telah berjaya menewaskan tentera Visigoth dan menawan Andalusia.

Setelah bertapak di Andalusia, orang-orang Yahudi dari timur mula datang ke Cordova. Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan politik. Sikap toleransi orang-orang Islam menyebabkan agama Islam tersebar dengan cepat di Andalus. Orang-orang Kristian telah berjaya diasimilasikan dengan budaya Arab/Islam. Mereka  menukar nama mengikut nama Arab, meniru cara hidup orang Islam seperti berkhatan, meniru resipi masakan, fesyen pakaian dan sebagainya.

 

 

 Faktor-faktor perkembangan keilmuan Andalus

  1. Kegiatan penterjemahan
  2. Wujudnya perpustakaan
  3. Banyak penulisan dan penyelidikan
  4. Galakan pemerintah
  5. Kebanjiran masyarakat luar untuk mendalami ilmu pengetahuan

 

 

 Cardova sebagai pusat kecemerlangan ilmu

  1. Falsafah

Umat Islam di Andalus berjaya mempertalikan di antara ilmu falsafah kuno (Yunani) dengan ilmu falsafah baru (Islam). Antara ahli falsafah Andalusia ialah Abu Bakr Muhammad bin Yahya bin Bajjah, Abu al-Walid bin Rushd dan Abu Bakr Muhammad bin Malik al-Tufail. Ibn Rushd adalah tokoh falsafah Islam yang paling terkenal di dunia barat, beliau menduduki tempat kedua selepas Aristotle. Karyanya ‘Tahafut al-Tahafut’ adalah karyanya yang masih dikaji sehingga kini di barat.

 

 

  1. Astronomi

 Pemerintah menggalakkan kajian tentang pencerapan astronomi yang dilakukan di menara masjid. Sebuah balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran Masjid Seville pada tahun 1190 Masihi. Antara tokoh astronomi Andalusia ialah Abu Qassim Ahmad bin Abdullah al-Jafiri, Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya, Jabir bin Aflah dan al-Bitruji.

 

 

  1. Matematik

Sarjana Islam Andalusia telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang matematik sehingga mereka berjaya menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu daripada orang-orang Yunani terutama dalam bidang algebra dan trigonometri. Seorang ahli matematik dari Granada iaitu Ibn Sahl al-Darir sering menjadi penasihat kepada orang Yahudi dan Kristian dari Toledo untuk meminta nasihat. Manakala Jabir bin Aflah seorang ahli astronomi yang berasal dari Seville telah mengasaskan ilmu algebra di Andalusia. Beliau mempelajari hasil-hasil karya Teodoro, Aritoro dan Autilico serta menghasilkan karya-karya penting mengenai astronomi dan matematik. Beliau telah mengemukakan beberapa formula baru yang amat dihargai oelh ahli-ahli matematik mutaakhir melalui buku trigonometrinya.

 

 

  1. Kimia

Sumbangan sarjana Islam di dalam bidang ilmu kimia adalah amat penting kerana mereka telah berjaya memperbaiki pengetahuan kimia orang Greek. Abbas bin Finas telah berjaya menemui teknik menghasilkan kaca daripada kristal dan percubaan beliau untuk menghasilkan guruh dan kilat rekaan di makmalnya. Selain daripada itu beliau adalah orang pertama yang membuat percubaan terbang di angkasa dengan menggunakan sayap. Tokoh kimia yang lain ialah Jabir yang telah berjaya menemukan asid sulfurik, asid nitric dan asid nitro muriatik di samping itu beliau telah mencipta banyak kaedah proses-proses kimia.

 

 

  1. Perubatan

Andalusia telah berjaya menghasilkan ramai pakar perubatan dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat pembedahan. Orang Yahudi mempelajari ilmu perubatan daripada sarjana Islam Andalusia dan mereka menjadi terkenal di merata tempat. Di zaman pemerintahan khalifah Bani Umayyah terdapat 40 buah hospital di Cordova. Di antara sarjana perubatan di Andalusia ialah Abu al-Qasim Khalaf bin Abas al-Zahrawi, Abd Rahman Ishaq bin Haitham, Ibn Zuhr, Ibn Rushd, Ibn Khatib dan ramai lagi.

 

 

  1. Geografi dan Kartografi

Pada abad ke 10 dan ke 11 Masihi lahirnya tokoh geografi seperti al-Bakri, Ibn Jubair, al-Zuhr, al-Idrisi dan lain-lain. Abu Ubaid Abdullah bin Abd Aziz al-Bakri atau al-Bakri telah menhasilkan karya ‘ Kitab al-Masalik wa al-Mamalik’ iaitu penulisan berkenaan dengan jalan dan kerajaan dan juga sebuah kamus geografi bertajuk ‘ Mu’jam ma Isti’jam’. Beliau boleh dianggap sebagai sarjana pertama Andalusia yang pakar dalam bidang geografi.

Ahli geologi Islam juga telah memberikan sumbangan dalam bidang penghasilan peta atau kartografi. Al-Idrisi atau Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Sharif adalah sarjana geografi Andalusia yang paling terkenal di barat. Beliau telah menghasilkan peta glob yang berbentuk bulat.

 

 

2.1.4  Jalan penyebaran tamadun Islam ke Eropah

Eropah Barat dan Timur menerima pengaruh Islam dalam jangka waktu yang berbeza. Sepanyol dan Portugal di Islamkan sejak awal abad ke 8M dan kekal berada di tangan Islam sehingga abad 15M. Sepanjang tempoh itu Cardova menjadi pusat terunggul perkembangan tamadun Islam. Sepanyol yang terkenal dengan Andalusía telah melahirkan ramai sarjana unggul dunia di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.  Antaranya Ibn Rushd, Ibn Tufayl, Ibn Hazm dan lain-lain yang menjadikan tulisan mereka sebagai rujukan ilmiah. Eropah Timar menerima pengaruh tamadun Islam agak lambat iaitu di zaman kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada zaman kemuncak kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah, pengaruh tamadun Islam telah tersebar ke beberapa negara Eropah Timar seperti Albania, Serbia, Bosnia Herzegovina, Bulgaria dan

Penyebaran tamadun Islam ke Eropah terjadi melalui Andalus yang merupakan sebahagian dari dunia Islam (711 -1492M).Tiga golongan utama yang berperanan menyebarkan nilai-nilai tamadun Islam ini ke Barat ialah masyarakat Kristian Andalus yang dikenali sebagai  Mozarabs, golongan pedagang dan para pelajar Kristian Eropah yang belajar di Universiti di Andalus.

Pemindahan ilmu dan teknologi Islam ke Eropah berlaku melalui gerakan penterjemahan yang dilakukan oleh masyarakat Yahudi dan Kristian Eropah ke atas karya-karya agung sarjana Islam dalam pelbagai bidang ilmu.

Abad ke 11 M menyaksikan kebangkitan ekonomi di negara-negara Kristian Eropah. Antara tandanya ialah pertambahan penduduk, pembukaan tanah untuk pertanian, munculnya pedagang yang mengadakan jalinan hubungan Eropah Barat dengan Laut Mediteranean. Vence di Itali muncul sebagai pusat perdagangan di Eropah Selatan. Eropah bangkit sementara umat Islam mulai lesu.

 

 

 

Peranan / sumbangan Andalus  kepada kebangkitan Eropah:

 

  1. Spritual / kepercayaan

Dari sudut kepercayaan, tidak semua masyarakat Andalusia beragama Islam sebaliknya ada yang beragama kristian dan ada yang beragama Yahudi. Kebijaksanaan pemimpin Islam telah menyebabkan masyarakat bersatu dan sama-sama membangunkan Andalus. Orang-orang bukan Islam melantik ketua yang dikenali sebagai ‘ Comes’. Mereka juga mempunyai Qadhi yang dikenali dengan ‘Qadi al Ajam’. Orang-orang bukan Islam dikehendaki membayar Jizyah. Hubungan yang rapat antara orang Islam dan bukan Islam menyebabkan ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

 

 

  1. Ekonomi

Kedatangan orang Islam ke Andalus telah mewujudkan satu bentu ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean melalui sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan. Kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan didirikan utnuk mengimport barangan dari seluruh pelusuk dunia. Hubungan perdagangan dengan Eropah dibuat melalui jalan darat, manakala dengan Asia dan Afrika melalui jalan laut. Venice, Itali dan Iskandariah adalah bandar-bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan.

Dalam sektor pertanian, orang Islam memperkenalkan pembinaan empangan, sistem saliran, tali air, jambatan dan jalan-jalan raya yang lebih baikdi seluruh Andalus meliputi kawasan Toledo, Cordova, Marseille dan Velencia. Antara tanaman yang diusahakan ialah buah-buahan, kapas dan ulat setera, pokok jut, tebu dan manisan lebah.

 

 

  1. Senibina

Bandar dan kawasan di Andalus diperindah dengan binaan masjid-masjid, istana, pasar, tempat-tempat mandi dan tembok-tembok yang mempunyai pintu-pintu besar disekelilingnya disamping kemudahan lain.

 

 

  1. Intelektual

Cordova iaitu ibu negeri kerajaan Umaiyyah di Andalus merupakan pusat bagi aktiviti intelectual. Zaman pemerintahan Hakam II merupakan zaman keemasan Andalusía dalam bidang intelectual. Universiti di Cordova telah menyamai taraf Universiti al-Azhar di Mesir dan Nizamiyah di Baghdad.  Sebuah perpustakan besar yang mengandungi buku-buku berharga dan manuskrip-manuskrip yang sukar di dapati ada disimpan di Universiti Cordova.  

Proses perubahan telah bermula di Eropah pada awal kurun ke 11 M. Orang Islam mula melalui zaman kemerosotan dan kemunduran, sebaliknya negara Eropah mula sedar dari zaman kegelapan dan mula mengejar kemajuan di dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial dan ekonomi. Eropah mengalahkan Islam di Andalus pada abad ke 15 Masihi. Mereka telah memindahkan khazanah-khazanah ilmu ke Eropah. Mereka mengkaji factor kejayaan orang Islam. Mereka juga giat menjalankan gerakan penterjemahan.

Sicily dan Sepanyol menjadi penghubung di antara Andalus dengan Eropah. Pusat-pusat pemindahan ilmu pada kurun ke 11 Masihi ialah di Palermo dan Toledo. Toledo di Andalucía ibarat Mekah kepada sarjana Kristian dari England, Perancis, Germany dan Itali. Archbishop Raymond (1130 -1150M) telah membina institusi yang meniru model Bait al-Hikmah di Baghdad

 

 

 

  Pengaruh Tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan

 

2.3.1    Sumber, prinsip dan matlamat keilmuan Islam

 

Sumber :

i.                     Dalaman iaitu Quran, Sunnah dan Ijtihad.

ii.                   Sumber Luaran ialah dari Tamadun

 

Prinsip:

 i.         Tauhid.

ii.          Hairarki ilmu

iii.                  Sepadu dunia dan akhirat, fardhu ain dan kifayah

 

Matlamat:

4.5      Membuktikan kekuasan Allah

i.           Pengabdian diri

ii.                 Kesejahteraan sejagat

 

 

2.3.2.        Bagaimana tamadun Islam mempengaruhi pelbagai ilmu

i.                     Mencipta ilmu baru

ii.                   Memberi nafas baru kepada tamadun sebelum – Yunani, China, India, Mesir purba dll.

iii.                  Kewujudan institusi penterjemahan

iv.                 Penubuhan institusi pendidikan seperti universiti

v.                   Penggunaan istilah Arab

vi.                 Institusi ulamak dan sarjana Islam

 

 

 

2.3.3.        Disiplin ilmu, tokoh dan sumbangan

 

 

Sains dan teknologi

Astronomi

Matematik

Ilmu perubatan

Ilmu Kimia

Biologi, tokoh dan sumbangan

Fizik

Sains kemanusiaan dan sosial

Sosiologi

Psikologi

Kesusasteraan dan kesenian

Falsafah

Tasawuf

Geografi

Ilmu pentadbiran dan Pengurusan

Pengurusan sumber maklumat

Pengurusan perekonomian

Politik dan kenegaraan

 

 

 


 

 

BAB 3

 

ISLAM DI ALAM MELAYU                                                                

 

3.1        Teori kedatangan Islam

3.1.1     Dari Arab/Parsi

3.1.2     Melalui India

3.1.3     Melalui China/Indo China

 

 

3.2        Faktor-faktor perkembangan Islam

3.2.1          Ajaran Islam

3.2.2          Pendakwah

3.2.3          Pedagang

3.2.4          Perkahwinan

3.2.5          Sokongan pemerintah

 

 

3.3               Pengaruh Islam di Alam Melayu

3.3.1          Akidah/kepercayaan

3.3.2          Politik

3.3.3          Sosio budaya

3.3.4          Ekonomu

3.3.5          Pendidikan

 

 

3.4               Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan tamadun Malaysia 

3.4.1          Islam dan perlembagaan

3.4.2          Dasar pendidikan negara

3.4.3          Dasar kebudayaan nasional

3.4.4          Bahasa Melayu

3.4.5          Jati diri Melayu

  

 


Return to Mama