CITU
(CENTER FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING)
Universiti Teknologi MARA - Kota Kinabalu
* CTU231 * CTU241 * IDA152 *

 

CTU241

 


 

SISTEM EKONOMI ISLAM

 

-                     Senario ekonomi dalam kehidupan

-                     Definisi

-                     Sejarah perkembangan Ekonomi Islam

-                     Prinsip-prinsip ekonomi Islam

-                     Matlamat ekonomi Islam

-                     Kaedah Fiqh dalam Ekonomi Islam

-                     Ciri-ciri ekonomi Islam

-                     Falsafah ekonomi Islam

-                     Methodologi Ekonomi Islam

-                     Tokoh-tokoh ekonomi Islam

-                     Perbezaan ekonomi Islam dan konvensional

 

 

Senario ekonomi dalam kehidupan

Apa gunanya harta dan ekonomi kepada manusia? Kenapa banyak peperangan berlaku, Kenapa jenayah berleluasa eg ragut, rompak, Kenapa orang bekerja, Mengapa orang berebut untuk menjadi ketua.

Bagaimana  kita hendak beribadat di rumah, di masjid, nak makan, bersedekah dll….semuanya melalui ekonomi.

 

 

Islam sebagai cara kehidupan yang syumul merangkumi ekonomi

Tauhid

Syariah

Ibadat

 

 

 

Definisi ekonomi Islam

MA Mannan: Suatu ilmu sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi suatu golongan masyarakat yang berpegang atau dijiwai dengan nilai-nilai Islam.

Muhammad Baqhir al-Sadar: Pemikiran ( ajaran) yang merujuk kepada Islam secara bersepadu berhubung dengan pemikiran, ajaran juga analisa serta tafsiran-tafsiran yang berpandukan ajaran-ajaran tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah semasa

Dr Muhammad Abdullah al-Arabi: Sekumpulan dasar-dasar umum ekonomi yang disimpulkan dari al-Quran dan al-Sunnah dan pembangunan perekonomian yang diasaskan kepada dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan masa

Adam Smith: Suatu penyelidikan mengenai keadaan dan sebab adanya kekayaan negara

J.S. Mill : Sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan

L.Robbins: Sains yang mengkaji kelakuan manusia berkaitan dengan matlamat-matlamat dan daya pengeluaran yang berkurangan hanya boleh digunakan untuk satu pilihan di antara beberapa kegunaan

 

 

Kesimpulan:

Kelakuan manusia dalam menyusun dan mengendalikan pendapatan dari sumber-sumber alam yang dianggap terbatas bagi memenuhi keperluan mereka dan akhirnya ia dirumuskan kepada kaedah-kaedah dan pemikiran-pemikiran sehingga dihubungkan dengan matlamat jangka panjang kelakuan tersebut maka terbentuklah ideologi atau mazhab ekonomi tertentu.

Satu cabang sains social yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber-sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang berbagai.

 

 

Sejarah perkembangan Ekonomi Islam

Di dalam al-Quran sejarah perancangan ekonomi oleh Nabi Yusuf as. Baginda telah tafsir mimpi raja: ‘ sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi betina kurus, 7 butir gandum yang hijau 7 butir lainnya kering’,

Takkala ditanya kepada ahli tafsir mimpi mereka tak tahu, seorg daripada banduan teringat kpd Yusuf. Yusuf telah mentafsirkan bahawa : 7 tahun kamu bertanam, hendaklah kamu simpan dan makan sedikit kerana nanti 7 tahun akan ditimpa kesusahan, maka yang digunakan ialah apa yang telah disimpan tadi, kemudian datang pula hujan dan diwaktu itu mereka memerah anggur.

Dari peristiwa ini, Yusuf telah dilantik menjadi bendahara negara yang bijak merancang dan mengurus ekonomi negara.

 

 

Di zaman awal: Zaman Rasulullah dan sahabat.:

Tidak ada l system yang tertentu di peringkat ini;

 

Sebelum Hijrah:

-                     Tidak ada sistem ekonomi di peringkat ini. Golongan miskin menjadi hamba, bertani, mengembala dan ada yang membantu tuannya berniaga. Golongan bangsawan menjalankan perniagaan, tetapi kumpulan ini sangat kecil.

-                     Nabi Muhammad dan sahabat yang mampu membantu memberikan sedekah kepada yang lemah.

 

Selepas hijrah:

-                     Dua peristiwa penting iaitu persaudaraan ansar dan Muhajirin dan Rasulullah di lantik menjadi pemerintah.

-                     Melalui persaudaraan telah mewujudkan keharmonian dan kedamaain di kalangan orang-orang Islam.

-                     Rasulullah mengalakkan umat Islam bekerja, seterusnya menunaikan zakat, sedekah sunat.

-                     Menubuhkan syarikat perkongsian, syarikat saham bersama, mudharabah dan perniagaan berdasarkan wang dalal (komisyen) dan perkongsian hasil tanaman dengan orang-orang Yahudi.

-                     Sistem barter diganti dengan jual beli menggunakan wang

-                     Mengenakan dasar cukai

-                     Meletakkan dasar gaji dan upah kepada pekerja

 

 

Zaman sahabat

 

 

Zaman Pertengahan: Umaiyyah dan Abbasiyyah

-                     Quran dan Sunnah

-                     Perkembangan ilmu pengetahuan yang lain

-                     Perkembangan aspek sosio-ekonomi

 

 

Zaman merosot ( pembekuan)

Perpecahan kerajaan Islam abad 5 H (abad 12M).

 

Faktor mempengaruhi:

·        Perpecahan kerajaan

a.                   Perpecahan empayar dan umat Islam

b.                  Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan. Saling fitnah memfitnah dan bercakaran

c.                   Berijtihad untuk  menjatuhkan sahabat dan rakan dengan memperalatkan ulamak

d.                  Mendakwa pintu ijtihad telah tertutup

 

·        Kejatuhan dunia Islam di tangan dunia luar

a.                   Hulagu menawan Baghadad 1258 M

b.                  Musnahnya Pusat Sumber Baitul Hikmah kerajaan Andalus

c.                   Musnahnya banyak bahan rujukan penting

d.                  Harun al-Rasyid menggalakkan orang luar datang ke baghdad untuk mempelajari ilmu menyebabkan pengaliran ilmu

 

·        Pengaruh barat terhadap dunia Islam ( lewat abad 18 – 19M)

a.                   Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi barat

b.                  Kelahiran revolusi industri abad ke 18, telah menarik para ilmuan Islam ke barat dan akhirnya mereka menjadi secular.

c.                   Barat melakukan perluasan kuasa khusus ke negara Islam

d.                  Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah dan

e.                   Menyebarkan kristian

 

 

Peringkat kebangkitan semula

Sekian lama umat Islam mundur, lena dan lalai dengan ajaran Islam, sejak dari abad 15, maka mereka mula bangkit:

a.                   Awal abad ke 20 timbul kesedaran dan kebangkitan Islam

b.                  Adanya penulisan ekonomi Islam secara khusus

c.                   Berlakunya proses Islamisasi di Pakistan

d.                  Wujudnya institusi kewangan

e.                   Banyaknya pertemuan ulamak Islam untuk berbincang mengenai ekonomi Islam, seminar, konferensi, mesyuarat dan lain-lain. Antaranya 1951 seminar pertama di Paris iaitu Minggu Fiqh Islam Antarabangsa, 1961 di Syria, 1967 di Kaherah.

f.                    Aspek ekonomi yang disentuh ialah riba, harga, urusniaga, syarikat insurans, hak milik swasta dan awam, kebebasan yang berlandaskan lunas-lunas Islam, campurtangan kerajaan, system hisbah, jaminan masyarakat, konsep keperluan asasi minimum dan tajuk-tajuk lain.

 

 

 

Prinsip-prinsip ekonomi Islam

o       Keadilan – meletakkan haq ditempatnya. Adil dalam pengagihan harta, adil dalam pemberian hak milik, ( ada hak milik individu dan ada hak milik masyarakat) , adil dalam undang-undang, ( mencuri akan dihukum)

o       Kebebasan yang terkawal dan terpimpin – Islam memberi kebabasan dalam mencari harta kekayaan, bumi allah ini luas dan boleh meneroka di bumi, laut dan udara untuk mencari harta kekayaan. Kebijaksanaan adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Walaupun Islam memberikan kebebasan, namun ia adalah terbatas. Ia mesti berada dalam lingkungan batasan syarak. Tidak boleh merompak, mencuri, membunuh untuk mendapat kekayaan.

o       Campur tangan kerajaan dan jaminan social- dalam menjalankan aktiviti ekonomi, kadang-kadang manusia terlanjur kerana rakus mencari kekayaan, sebab itu kerajaan mesti campurtangan dalam memastikan ekonomi berjalan selari dengan kehendak Allah. Kerajaan juga perlu memudahkan individu untuk membantu masyrakat yang kurang upaya. Seperti memungut zakat, sedekah dan lain-lain.

o       Dasar pemilikan individu dan masyarakat – pengiktirafan pemilikan

 

 

Matlamat ekonomi Islam

 

Matlamat Utama

-                     Untuk mencapai al falah iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat

 

 

Matlamat-matlamat sosial:

-                     Kesenangan dan kualiti hidup di dunia – masyarakat yang sejahtera

-                     Dipandang tinggi, disegani dan dihormati oleh negara atau orang  luar

-                     Tidak bergantung kepada orang lain/ negara lain

-                     Keperluan hidup yang cukup

-                     Mencapai kesejahteraan dari segi material dan spritual kepada semua ummah

-                     Untuk memakmur dan memajukan ummah

-                     Untuk menyempurnakan tugas sebagai khalifah

-                     Untuk berjihad ke jalan Allah

-                     Memenuhi kehendak dan tanggungjawab

-                     Persaudaraan dan keadilan yang universal

-                     Menjadi hamba Allah yang akan ditempatkan di syurga

-                     Penggunaan sumber yang optimun, cekap, berkesan, jimat dan tidak membazir

-                     Kerjasama dan keadilan

-                     Kesamaan haq dan peluang

-                     Menjamin kebebasan individu

Kesimpulan: Matlamat kegiatan ekonomi Islam boleh dibahagi kepada 2 iaitu matlamat ekonomi (untuk memenuhi tuntutan  kebendaan dan fizikal manusia) dan matlamat bukan ekonomi iaitu (spritual dan jiwa manusia seperti kasih sayang.)

 

 

 

Kaedah Fiqh dalam Ekonomi Islam

Bagaimana kita nak mencari sesuatu hukum kepada sesuatu masalah:

 

Antara kaedah fiqh ialah:

o       Setiap perkara berasaskan niat

o       Keyakinan tidak dapat diatasi dengan keraguan

o       Kesenangan boleh mendatangkan kemudahan

o       Kemudharatan hendaklah dihilangkan

o       Adat kadangkala boleh menjadi sandaran kepada hukum

 

 

Kesannya ada 2 aspek berkaitan ekonomi Islam:

1.                  Aspek tetap dan tidak berubah

 

Contoh:                       

-           Harta adalah milik Allah

-                     Manusia sebagai khalifah

-                     Ada haq orang lain dalam harta kita

-                     Mesti taat dan hormat kepada ibubapa juga orang-orang tua

 

2.                  Aspek yang boleh menerima perubahan

Contoh:

-                     Kadar had kifayah

-                     Kadar mata wang

-                     Kadar hidup sederhana

-                     Bagaimana nak mengurus harta dengan baik

-                     Bagaimana nak mengendalikan perniagaan

 

 

 

Ciri-ciri ekonomi Islam

Ekonomi Islam adalah sebahagian dari Islam itu sendiri. Ini bermakna EI adalah ajaran yang telah diturunkan oleh Allah swt untuk diamalkan. Di dalamnya terkandung unsur aqidah, syariah dan akhlak. Ia jauh berbeza dengan ekonomi moden yang merupakan ekonomi ciptaan manusia semata-mata. Di anatar cirinya ialah:

 

Ekonomi Islam bersifat pengabdian dan peribadatan:

-                     Setiap pekerjaan yang mempunyai niat untuk Allah adalah ibadat

-                     Manusia bekerja untuk mengabdikan diri kepada Allah

-                     Manusia mesti  bekerja menurut lunas Islam

 

Ekonomi Islam mementingkan individu dan masyarakat/ seimbang

-                     Pentingkan individu

-                     Pentingkan masyrakat lebih dari diri sendiri.

 

Ekonomi Islam diawasi oleh lahir dan batin

-                     Luar diawasi oleh manusia

-                     Dalam diawasi oleh keimanan, ketaqwaan dan kepercayaan kepada hari pembalasan

 

Ekonomi Islam mempunyai matlamat yang luhur

-                     Matlamatnya adalah untuk memenuhi keperluan diri dan masyarakat

-                     Keperluan masyraakt lebih diutamakan

-                     Mementingkan persaudaraan

-                     Tidak ada unsur penindasan, penipuan, eksploitasi dan sebagainya

 

 

Falsafah ekonomi Islam 

o       Tauhid

o       Rububiyyah

o       Khalifah

o       Ukhuwwah

o       Tazkiyah

 

 

 

Methodologi Ekonomi Islam

 

Pengkajian EI adalah berdasarkan dua prinsip iaitu:

1.      Prinsip tetap – contohnya harta milik Allah

2.      Prinsip berubah – perubahan nilai wang

 

Rujukan utama dalam pengkajian EI ialah:

o       Al-Quran

o       Al-Sunnah

o       Sejarah

o       Penyelidikan

o       Pengalaman

o       Keadaan Semasa/ Tokoh-tokoh ekonomi semasa

 

 

Tujuan syariah:

a.                   Akal

b.                  Agama

c.                   Keturunan

d.                  Jiwa

e.                   harta

 

 

Etika Ekonomi Islam

1.                  Amanah – Memelihara barang atau amanah yang dipertanggungjawab untuk dijaga. Termasuk juga merahsiakan sesuatu perkara, ikhlas

2.                  Adil – memberikan haq kepada yang berhak

3.                  Ukhuwwah – Orang mukmin adalah bersaudara

4.                  Ihsan dan bertimbang rasa – Pertolongan seseorang kepada seseorang lain yang memerlukan

5.                  Istiqamah – Meneguhkan pendirian di atas jalan yang betul dan lurus, berpegang teguh terhadap apa yang diperintah serta dilarang dalam setiap tindak tanduk perekonomian

 

 

 

Tokoh-tokoh  pemikir ekonomi Islam

 

Imam Abu Yusuf ( 731 – 798M 182 H)

Abu Yusof merupakan tokoh pemikir ekonomi yang awal. Beliau banyak membincangkan mengenai percukaian dan tanggungjawab ekonomi oleh kerajaan. Kitab al-Kharaj ditulis semasa beliau memegang jawatan sebagai qadi al-qudha (kadi besar), di zaman pemerintahan khalifah Harun al-Rashid. Kitab ini membicarakan aspek kewangan dan ekonomi kerajaan dari segi perolehan dan perbelanjaan pendapatan demi kesejahteraan dan keadilan rakyat. Kitab ini mengandungi sumber hasil negara dan cara membelanjakannya, cara pembayaran sumber hasil dengan sebaik-baiknya dan peranan Baitul mal, unsur-unsur percukaian seperti keupayaan membayar, memberi pertimbangan kepada kesenangan pembayar semasa menentukan masa membayar dan pentadbiran cukai berpusat. Beliau juga menekankan kepada pembangunan sector pertanian. Abu Yusof juga menyentuh tentang hubungan antara tawaran barangan dan harganya, juga mengemukakankan beberapa nasihat kepada pemerintah (Muhammad Nejatullah Siddiqi 1989)

 

 

Imam al-Ghazali ( 450 – 505H)

Karyanya Ihya’ Ulumuddin menyentuh tentang hal membangun sumber-sumber ekonomi serta memberi garis panduan syariah yang jelas dalam merealisasikan kerja-kerja ekonomi. Peranan wang, serta gesaan hidup besederhana. Beliau menulis hamper 100 buah buku meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

 

 

Imam Ibn Taimiyyah ( 1262 – 1328M/ 661 –728H)

Ibn Taimiyyah membenarkan campurtangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab-sebab monopoli, penyorokan dan spekulasi. Antara tulisan yang terkenal ialah Kitab al-Hisbah fil Islam mengandungi perbahasan tentang pasaran, harga, penawaran, persaingan dalam pasaran, buruh dan upah, hak milik awam, tanggungjawab kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat, kawalan harga dan peranan sektor awam. Beliau membahaskan tentang cara penguatkuasaan peraturan terhadap pengeluar, pedagang dan orang tengah.

Berhubung dengan pemilikan oleh individu, beliau membenarkan pihak berkuasa memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut. Ibn Taimiyyah juga menekankan kepada peranan dan tanggungjawab pihak kerajaan untuk menentukan keperluan asas rakyat sebagai suatu kawajipan yang mesti dipatuhi.

 

 

Ibn Khaldun (11332 –1406/732 –808H)

Ibn Khaldun adalah pelopor kepada ahli fikir perdagangan kerana pandangannya tentang kepentingan emas dan perak. Buku utama bya ialah ‘ Muqaddimah’. Beliau membincangkan pelbagai isu berkaitan ekonomi antaranya perbahasan tentang demografi, kegiatan ekonomi, hasil kekayaan, pengeluaran, harga, penawaran, permintaan, pertumbuhan penduduk, pembentukan modal, pembiayaan awam dan kitaran perniagaan. Buku ini hampir menyamai buku Adam Smith “ The Wealth of Nations”. Ibn Khaldun dianggap sebagai pelopor ilmu ekonomi moden.

Ibn Khaldun berpendapat pasaran bebas dapat memastikan pembahagian yang saksama tanpa menafikan keperluan kepada campurtangan kerajaan. Berhubung dengan tenaga manusia, beliau menekankan factor buruh di dalam teori nilainya dan kepentingan modal intelektual. Beliau menyedari kebaikan dan keperluan pembahagian buruh sebelum Ricardo. Beliau juga telah menjelaskan teori penduduk sebelum Maltus berbuat demikian dan menekankan peranan kerajaan di dalam ekonomi terlebih dahulu daripada Keynes. Ibn Khaldun juga mendahului Adam Smith dan beliau dianggap guru kepada Marx, Proudhon dan Engles.

 

 

Perbezaan Ekonomi Islam dan Ekonomi Moden

a.                   Idea kemunculan sesuatu bentuk pemikiran ekonomi – datang daripada Allah

b.                  Sumber rujukan dalam pengkajian ekonomi – autentik dan secondri

c.                   Matlamat aktiviti ekonomi – untuk falah , kejayaan dunia akhirat

d.                  Keadilan dan keseimbangan antara individu dan masyarakat dalam Islam

e.                   Amalan / aktiviti ekonomi – halal dan menjadi ibadat

 

 

Ekonomi Islam

Ekonomi Konvensional

Sumber

Sumber

Matlamat

Matlamat

Aktiviti

Aktiviti

Pengawasan

Pengawasan

 

 

 


 

 

KONSEP ASAS EKONOMI

1.                  KONSEP PENGELUARAN

2.                  KONSEP PENGGUNAAN

3.                  KONSEP PENGAGIHAN

4.                  PASARAN

 

 

 

PENGELUARAN

 

Pendahuluan

Kepentingan pengeluaran dan pekerjaan. Persoalan yang timbul ialah apa yang hendak dikeluarkan, apa, bagaimana dan berapa banyak?

 

 

Pengertian pengeluaran:

‘Kegiatan memperoses bahan-bahan ekonomi yang berasal daripada sumber-sumber tabie sehingga menjadi bahan  berguna kepada manusia atau menyediakan perkhidmatan yang memiliki nilai-nilai ekonomi”

MA Mannan: Pengeluaran Utiliti, “Menjadikan sesuatu benda itu berguna dan boleh memberi perkhidmatan kepada manusia”

 

 

Faktor-faktor Pengeluaran:

a.                   Tanah

·        Pemberian Allah

·        Berbeza subur /tidak subur

·        Sikap Islam terhadap penggunaan sumber

 

 

b.                  Buruh

·        Taarif buruh

·        Kewajipan bekerja

·        Tugas memilih pekerjaan

·        Melaksanakan tugas

·        Sikap Islam terhadap buruh

 

 

c.                   Modal

·        Pengertian modal

·        Bentuk modal – ilmu , kemahiran dan aset

 

 

d.                  Pengurus

·        Siapa pengurus

·        Hubungan pengurus dan pekerja

·        Gaji

·        Hasil keluaran

·        Keuntungan max dan modal min.

 

 

Prinsip-prinsip pengeluaran

a.                   Kewajipan umat Islam bekerja untuk mengeluarakn barangan dan perkhidmatan

b.                  Pengeluaran barang-barang keperluan yang berfaedah

c.                   Mengutamakan barangan asas dan membatasi barangan mewah

d.                  Tidak boleh mensia-sia sumber

e.                   Umat Islam mesti menguasai teknik-teknik moden dalam pengeluaran

 

 

Hikmat dan kepentingan pengeluaran

a.                   Keperluan kepada bidang pekerjaan

b.                  Menggarap hasil dan kekayaan anugerah Allah

c.                   Mengunakan sumber

d.                  Mengeluar barangan berguna

e.                   Mengagihkan kepada masyarakat

f.                    Mencari mardhatillah

 

 

 

Gelagat pengeluar

a.                   Mengeluarkan baarangan asas

b.                  Tidak mengeluarakan barang mewah dan membazir

c.                   Meletakkan harga yang berpatutan

d.                  Bukan mengaut keuntungan, memadai untung berpada

e.                   Mengutamakan aspek kebajikan pengguna

 

 

Matlamat pengeluar

a.                   Memenuhi keperluan seseorang secara sederhana

b.                  Memenuhi keperluan keluarga

c.                   Peruntukan keperluan masa depan

d.                  Peruntukan bagi generasi akan datang

e.                   Khidmat sosial dan sumbangan ke jalan Allah

f.                    Daya tahan dan Perkembangan firma

 

 

Sumber pembiayaan firma

a.                   Mudharabah

b.                  Musyarakah

c.                   Saham

d.                  Murabahah

e.                   Bai Bithaman Ajil

f.                    Ijarah

g.                   Bai al-Takjiri

h.                   Gadaian

i.                     Qardhu hasan

 

 

Masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pengeluaran:

  1. Pengangguran apabila teknologi advance
  2. Kekurangan modal
  3. Ketidakcekapan pentadbiran
  4. Kekurangan bahan mentah untuk keluaran seterusnya

 

 

 


 

 

 2.                    KONSEP PENGAGIHAN

 

Pendahuluan

Gambaran ringkas pengagihan menurut Islam

 

 

Pengertian pengagihan

“Pembahagian dan penaburan bahan-bahan keluaran atau perkhidmatan-perkhidmatan terdahulu atau pembahagian pendapatan atau kekayaan atau peluang-peluang kepada peribadi-peribadi anggota-anggota masyarakat.”

 

 

Prinsip Pengagihan

a.                   Al-adl

b.                  Al-Ihsan

 

Hak dalam pengagihan

a.                   Hak utama/ primary

b.                  Hak kedua/secondry

 

Pengagihan semula

a.                   Sumber pengagihan semula

b.                  Wajin dan sunat

 

 

Objektif pengagihan

a.                   Supaya harta tidak beredar di kalngan orang yang kaya sahaja

b.                  Ada hak orang lain dalam harta kita

c.                   Sama-sama bertanggungjawab

d.                  Wujud masyarakat yang harmoni dan kasih sayang

 

 

Konsep pengagihan
 

  1. Prinsip adil yang syumul
  2. Prinsip ihsan
  3. Keadilan sumbangan individu
  4. Keadilan kuantiti

 

 

Kaedah pengagihan:

  1. Pemilikan harta kekayaan dan penyelesaian masalah kewangan masyarakat
  2. Pengagihan hak utama
  3. Pengagihan hak kedua
  4. Pengagihan melalui institusi wajib
  5. Pengagihan melalui institusi sunat

 

Kesan pengagihan zakat kepada masyarakat:

 

 

 


 

 

3.                  PENGGUNAAN

 

Pendahuluan

 

Gambaran tentang penggunaan

 

Pengertian

“Kegiatan manusia memanfaatkan bahan-bahan keluaran atau perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan”

 

 

Konsep barangan dan perkhidmatan

-                     Penggunaan istilah al-Tayyibat dan al-Rizq dalam Quran

 

Barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi
 

 

 

Ekonomi Moden:

 

 

Perkhidmatan yang dibolehkan dalam Islam
 

 

 

Perkhidmatan yang dilarang
 

 

 

Hairaki penggunaan / Kemahuan & kehendak
 

 

 

Apakah barangan yang kita mahu dan banyak mana?

  1. Barangan awam atau barangan peribadi
  2. Barangan keperluan asas atau barangan mewah
  3. Kombinasi barangan awam dan barangan peribadi
  4. Perbelanjaan sector isi rumah, sector firma, sector kerajaan dan sector asing.

 

 

Apakah kesan jika kita memperuntukkan  barangan  tarafiyyah:

 

 

Gelagat pengguna Muslim

Perkara-perkara yang mempengaruhi gelagat penggunaan muslim

 

 

Etika penggunaan
 

 

 

Pengguna orang yang paling rasional
 

 

 

Islam mementingkan perancangan dalam berbelanja;

 

 

Persoalan:

1.         Apabila manusia berhadapan dengan fenomena kekurangan…

 

 

 


 

 

PASARAN

 

Pendahuluan

Pasar adalah tempat yang penting kepada manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Rasulullah, sewaktu mula berpindah dari Mekah ke Madinah perkara pertama yang dilakukan ialah mendirikan masjid, kemudian baginda menbina pasar untuk kemudahan umat manusia. Pasar ialah tempat manusia keluar untuk menukar barangan, memenuhi keperluan atau menjual barangan yang telah dihasilkan.

Rasulullah mengatakan: Masjid adalah tempat yang amat disuruh untuk mengunjunginya, tempat yang banyak tipu helah ialah di pasar.

Perkara pertama Rasulullah buat apabila tiba di Madinah ialah mendirikan masjid dan kemudian membina pasar. Ini menunjukkan pasar adalah tempat yang amat penting dalam kehidupan manusia.

 

 

Definisi

“ Pasar adalah tempat pertukaran keperluan di antara pengguna dan pengeluar. Pengeluar memerlukan pasar untuk mendapat input dan bagi mendapat wang ke atas barangan yang dikeluarkan. Pengguna memerlukan pasar bagi mendapatkan barangan keperluan dan ganjaran perolehan kewangan bagi khidmat tenaga buruh yang telah ditawarkan”.

 

 

Norma-norma pasar /Ciri-ciri pasar

Norma pasar perlu ada supaya ia menjadi pegangan dan amalan dalam aktiviti ekonomi di pasar. Ia bertujuan mewujudkan kesejahteraan dan menghindarkan kezaliman dan kecurangan. Pasar perlu dijadikan medan yang ‘ bersih ‘.Tidak ada sebarang ketegangan, penekanan, penipuan, monopoli dan riba.Antara norma pasar ialah:

 

 

 

BENTUK STRUKTUR PASAR

 

 

Pasar Bebas individu

“Pasar dan unit-unitnya adalah tunduk kepada fungsi mekanisme pasar”.

Ia melihat kepada bentuk kegiatan unit pasar. Kebanyakan bentuk pasar dalam Islam adalah pasar bebas individu. Tetapi jika berlakunya sifap negative dan kekurangan iman para peniaga maka barulah kerajaan akan campurtangan.

 

 

Ciri-ciri pasar bebas individu
 

  1. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran berjalan tanpa sebarang halangan dan sekatan selain dari pertauran-peraturan ekonomi itu sendiri
     
  1. Kebebasan keluar masuk pasar
     
  1. Kesempurnaan maklumat pasar adalah satu syarat mutlak yang dikehendaki
     
  1. Kebebasan tindakbalas unit-unit pasar ( pengeluar adan pengguna)
     
  1. Kuasa-kuasa pasar ( tindak balas penawaran dan permintaan adalah menjadi asas penentu harga)
     
  1. bahawa kuantiti firma-firma yang turut serta dalam urusniaga dalam pasar ekonomi Islam adalah ditentukan oleh minat sesebuah firma itu sendiri.

 

 

Sistem kawalan pasar bebas individu.
 

  1. Hubungan harmoni di antara unit-unit pasar – ia berasaskan kepada hubungan persaudaraan dan  hubungan kemanusiaan yang erat.
     
  1. Konsep barangan dan utilitinya – barang yang hendak dijual dan dibeli mestilah mempunyai nilai dalam Islam. Ia mestilah berfaiedah, suci dan tidak memudharatkan
     
  1. Akhlak –yang akan mengawal gerak geri unit-unit pasar.

 

 

 

Kawalan kerajaan ke atas pasar bebas individu

 

Penglibatan kerajaan:

 

 

PASAR KAWALAN KERAJAAN

Ada 2 bentuk iaitu:

 

  1. Kawalan kerajaan ke atas pasar bebas individu

Kawalan kerajaan ke atas pasar bebas individu berlaku apabila unit-unit pasar tidak dapat mengawal gelagat ekonomi mereka secara positif. Kerajaan akan campurtangan untuk memastikan kebajikan sosio ekonomi di peringkat maksimun.

 

  1. Pasar kawalan kerajaan sepenuhnya:

Iaitu pasar yang merujuk kepada kepentingan awam atau berkaitan dengan hak milik awam.

 

 

PERANAN PEMERINTAH

·        Peranan pemerintah secara umum

·        Peranan pemerintah dalam ekonomi

·        Peranan pemerintah di dalam pasar

·        Hisbah

 

Peranan pemerintah secara umum

 

Dalam sebuah masyarakat mesti ada pemerintah, pengawas, pengawal, penasihat untuk memastikan masyarakat hidup dalam aman harmoni.

 

Tanggungjawab pemerintah:

1.      Tanggungjawab berkaitan dengan keimanan:

·        Memelihara keimanan

·        Jihad

 

2.      Merialisasikan kepentingan rakyat

·        Penguatkuasaan kehakiman

·        Memastikan keselamatan Negara

·        Membenteng sempadan

·        Perbelanjaan gaji dan perbelanjaan-perbelanjaan lain

·        Melantik orang yang jujur dan berkebolehan untuk mentadbir Negara

 

3        Tanggungjawab yang berkait dengan kedua-dua tujuan tersebut iaitu keimanan dan kebajikan rakyat.

·        Menguatkuasakan hukuman yang ditetapkan oleh syariah untuk mengawal batas-batas yang ditentukan oleh Allah dan untuk memelihara hak-hak rakyat.

·        Kutipan cukai, zakat dan derma sesuai dengan peruntukan syariah

·        Pengawasan peribadi dan pemeriksaan hal-ehwal awam bagi panduan Negara dan perlindungan ke atas agama.

 

 

Peranan pemerintah dalam ekonomi

1.         Memastikan pengawalan system Islam. Segala peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi oleh rakyat.

·        Sekatan kebebasan ke atas tindakan individu

·        Peraturan aktiviti perniagaan

·        Penetapan harga, upah, sewa, cukai dan kadar keuntungan

·        Percukaian

·        Pemiliknegaraan

·        Perancangan ekonomi

·        Denda

 

2.         Berperanan melalui perusahaan awam bagi menjaga hak dan kepentingan awam seperti hak milik awam dan utility awam seperti jalanraya, sungai dan apa jua sumber yang dikongsi bersama.

3.         Peranan dalam jaminan social – menjamin taraf hidup yang layak untuk setiap penduduk.

4.         Mewujudkan guna tenaga penuh, membentuk modal bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi

5.         Mengambil langkah positif dalam bidang pengeluaran, pengangguran dan agihan selaras dengan Islam

6.         Mengekalkan suasana sihat dalam pasar bagi memastikan pasar berjalan dengan betul.

 

 

Peranan pemerintah di dalam pasar

Pasar bebas individu dan pasar kawalan kerajaan. – lihat catatan di atas.

 

 


 

 

KONTRAK

 

Pendahuluan

Manusia makhluk bermasyarakat

Bermuamalat untuk memenuhi keperluan kehidupan

Islam meletakkan kaedah dalam bermuamalat supaya ia jelas dan nyata, antaranya ialah mengadakan kontrak

Tujuannya menjaga hubungan baik antara individu dalam masyarakat

Mesti menunaikan amanah apabila berkontrak

 

 

Definisi:

Bahasa: “ Mengikat atau menyimpul di antara 2 hujung ikatan sama ikatan sebenar atau simbolik, juga dari satu pihak atau dua pihak”.

Istilah: “ Ikatan di antara satu pihak yang menawarkan (ijab) dengan satu pihak yang menerima tawaran (qabul) mengikut cara yang disyariatkan serta sabit kesannya terhadap persetujuan itu.”.

 

 

Rukun-rukun kontrak

1.                  Ijab dan Qabul (Lafaz)

2.                  Subjek kontrak (barang dan wang/tukaran)

3.                  Pihak yang berkontrak (penjual dan pembeli)

 

 

Ijab dan Qabul

Fuqaha’ bersetuju bahawa asas utama dalam pembentukan kontrak ialah adanya tawaran dan penerimaan. Ijab adalah tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dan qabul ialah penerimaan oleh pihak yang kedua terhadap tawaran yang dikemukan itu. Gabungan kedua-dua inilah yang membentuk kontrak. Oleh itu kontrak sah hasil dari persetujuan kedua belah pihak.

Bentuk persetujuan dalam berbagai bentuk ,tetapi asasnya ialah persetujuan, seperti lafaz, tulisan, perbuatan, isyarat atau lain-lain mengikut keadaan dan perkembangan semasa masyarkat.

 

 

Syarat ijab dan qabul ialah:

1.                  Jelas isi kandungan

2.                  Selari maksud atau kehendak antara ijab dan qabul

3.                  Kontrak dibuat dalam satu majlis iaitu ijab dijawab dengan qabul

4.                  Bertulis

5.                  Penulis yang adil

6.                  Ketentuan jangka waktu

7.                  Ketentuan jumlah

8.                  Dilakukan oleh orang yang berhak/ penjual/penerima kredit

9.                  Dilakukan oleh wakil jika ia seorang yang cacat, lemah atau tidak berkeupayaan

10.              Dua saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua perempuan

 

 

Subjek kontrak

Ia merujuk kepada sesuatu kontrak terkena padanya dan kesan kontrak lahir daripadanya. Ini boleh melibatkan harta seperti baranmg jualan, atau bukan harta seperti wanita, manfaat seperti sewaan dan tenaga.

 

Secara ringkas terdapat 4 syarat:

a.       Subjek yang dikontrak adalah dibenarkan oleh syarak

b.      Suci, benda najis tidak boleh dijualbeli

c.       Barang tersebut bernilai dan berfaedah

d.      Sesuatu yang dikontrak mesti ada sewaktu kontrak itu dilaksanakan. Tidak sah menjual buah yang belum berbuah kerana ia belum pasti. ( barang itu wujud, kecuali jual tempah)

e.       Barang itu boleh dimiliki

f.        Sesuatu yang dikontrakkan itu mestilah diketahui dengan jelas spesifikasinya. Tahu tentang zat, bentuk, kadar dan sifatnya.

g.       Berkeupayaan menyerahkan barang yang dikontrakkan.

h.       Barangan tersebut adalah kepunyaan penjual

 

 

Pihak yang berkontrak/Penjuqal dan pembeli

 

Kelayakan orang yang melakukan kontrak antaranya:
 

 

 

Mereka yang layak terbahagi kepada 2 iaitu:

1.                  Kelayakan untuk menerima

2.                  Kelayakan melaksanakan tugas

 

 

 

  Etika kontrak

a.                   Melaksanakan janji

b.                  Merekodkan kontrak

c.                   Kerelaan

d.                  Tidak ada penipuan

e.                   Tidak memudharatkan orang lain

 

 

Jenis-jenis kontrak / pembahagian kontrak

1.                  Kontrak yang sahih

2.                  Kontrak yang tidak sahih

 

Kontrak yang sahih ialah kontrak yang sempurna dan lengkap unsur-unsur asasnya iaitu ada sighah, dua orang berkontrak, barang yang dikontrakkan dan subjek kontrak. Hukum kontrak yang sahih adalah sabit kesannya serta-merta.

Kontrak yang tidak sahih iaitu yang cacat atau tidak cukup syarat-syarat. Hukumnya tidak melahirkan kesan kontrak. Contohnya menjual bangkai, arak dan babi.`

Kontrak yang bersifat makruh ialah adanya mudharat atau penipuan, walaupun kontrak itu sah. Contohnya jual beli waktu azan jumaat, Jual beli Najasy ( jualbeli barang yang tidak diperlukan tetapi sengaja dijual atau dibeli dengan menaikkan harga barang), jual beli orang bandar terhadap orang kampung.

 

 

Penamatan Kontrak

a.       Pembatalan kontrak kerana rosaknya kontrak

                                                               i.      Kontrak dibatalkan oleh salah satu pihak yang berkontrak

                                                             ii.      Kontrak rosak kerana terikat dengan masa

 

 

b.      Tamat tempoh masa

Contoh- tamat tempoh sewaan, hutang, gadaian atau hutang telah dibayar.

 

c.       Disebabkan khiyar

Orang yang dalam khiyar berhak untuk menerus atau membatalkan kontrak

 

 

d.      Gagal melaksanakan kewajipan dalam kontrak

Pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan kandungan kontrak/ kehendak kontrak. Contohnya barang yang dijual musnah tetapi belum diserahkan, seseorang yang menyewa telah diistiharkan muflis

 

e.       Kematian

Kematian boleh menamatkan seseuatu kontrak.

 

 

Larangan dalam berjual beli:

1.                  Benda-benda yang haram

2.                  Buah-buah yang belum berbuah atau masih berputik

3.                  Membeli barang yang sudah dibeli orang atau masih dalam khiyar

4.                  Menahan orang dari desa untuk mendapat harga yang rendah

5.                  Memonopoli

6.                  Menipu

7.                  Mengurang sukatan dan timbangan

8.                  Jual beli berunsur riba

9.                  Jualbeli berbentuk perjudian

  

KONSEP KHIYAR

 

Pendahuluan:

o       Kebebasan untuk memilih dalam urusan transaksi

o       Pelbagai barangan dan perkhidmatan , ada sempurna ada yang tidak

 

Definisi:

“ Orang yang berkontrak boleh memilih sama ada meneruskan kontrak atau sebaliknya dalam sesuatu transaksi”.

 

Faedah khiyar

a.       Memberi peluang sama ada kepada pembeli atau penjual secara lebih mendalam terhadap tindakan jualbeli yang dilakukan

b.      Mengelakkan daripada ketidakpuasan dan penyesalan di kemudian hari

c.       Bagi memuaskan hati setiap pihak yang berurusniaga

d.      Berdasarkan keadaan ini khiyar yang telah diperundangkan kerana amat diperlukan dalam maslahat perniagaan

 

 

Dalil:

“….Kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…”

 

 

Bahagian-bahagian Khiyar

Khiyar terbahagi kepada 17 jenis, antaranya khiyar ta’yin, khiyar rukyah , khiyar Majlis, Khiyar Syarat, Khiyar Aib, walaubagaimana pun perbincangan akan difokuskan kepada 3 sahaja iaitu:

 

 

1.                  Khiyar Majlis

Pihak yang berkontrak mempunyai hak dalam menerus atau membatalkan kontrak selama mereka masih berada dalam majlis kontrak., atau salah seorang  baik penjual atau pembeli memberi pilihan (khiyar) kepada seorang lagi lalu ia memilih untuk berkuatkuasanya kontrak itu.

 

Dalilnya Rasulullah bersabda:

“ Dua orang berjualbeli boleh membuat pilihan selagi mereka belum berpisah di tempat akad atau selama mana salah seorang daripada mereka tidak mengatakan kepada seorang lagi pilihlah”.

 

 

Berpisah dari tempat akad bermaksud:

a.                   Berpisah atau telah meninggalkan tempat urusniaga dilakukan

b.                  Perpisahan berdasarkan uruf atau adat kebiasaan.

c.                   Sekiranya tempat yang kecil(kedai runcit) berpisah ialah apabila keluar dari kedai tersebut

d.                  Jika tempat yang besar, hak khiyar tamat apabila beredar dari tempat tersebut.

 

 

 

Khiyar Syarat

Maksudnya: “ Kedua-dua penjual pembeli atau salah seorang daripada mereka membuat syarat di waktu akad. Contohnya pembeli mengatakan: “ saya beli barang ini dengan harga RM 100 dengan syarat selama 2 hari”. Ini bermakna kontrak jual beli berlaku dengan tempoh khiyar seperti yang ditetapkan.

 

 

Tempoh khiyar syarat.

1.                  Jumhur ulamak bersetuju bahawa tempoh khiyar mesti diketahui oleh penjual dan pembeli

2.                  Khiyar mesti ditentukan masa ( tidak boleh berpanjangan), atau dalam jangkamasa yang tidak dapat ditentukan

3.                  Abu Hanifah dan Syafie berpendapat tempoh kyiar adalah 3 hari berdasarkan hadis nabi: “ Engkau boleh khiyar pada semua jenis baarangan yang engkau telah beli selama 3 hari 3 malam”.

4.                  Maliki, Hambali – tempoh khiyar adalah mengikut persetujuan bersama, alasan mereka buah-buahan tidak boleh khiyar melebihi 1 hari, pakaian dan ternakan 3 hari, tanah dan rumah adalah lebih sebulan. Mereka berpegang kepada hadis riwayat Ibn Umar:” Baginda membenarkan khiyar sehingga 2 bulan”.

5.                  Pandangan yang kuat ialah pandangan Maliki dan Hambali, kerana bersesuaian dengan keadaan semasa.

 

 

 

Kesan Khiyar Syarat

a.                   Penerusan atau pembatalan kontrak hendaklah dilakukan dalam tempoh khiyar.

b.                  Jika ingin membatalkan kontrak maka hendaklah:

1.      Dilakukan dalam tempoh khiyar. Jika tidak kontrak dikira berkuat kuasa sebaik sahaja tamat tempoh khiyar .

2.      Jika pembatalan dinyata atau disebut dengan jelas dan diketahui oleh kedua pihak.

 

Dalam tempoh khiyar barang jualan adalah menjadi tanggungan orang yang mensyaratkan khiyar, sama ada penjual atau pembeli.

 

 

Penamatan Tempoh khiyar syarat

Tempoh khiyar  tamat jika berlaku perkara berikut:

1.                  Kontrak diterus atau dibatalkan

2.                  Berlalunya tempoh khiyar tanpa penerimaan atau tanpa pembatalan

3.                  Kerosakan barang yang dikhiyarkan

4.                  berlakunya penambahan pada barang yang dijual di tangan pembeli

5.                  Kematian orang yang disayaratkan khiyar untuknya

 

 

 

Khiyar Aib

Maksudnya: “ cacat atau rosak barang yang dibeli”.

 

 

Haadis nabi:

“Aishah telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mebeli seorang budak (hamba), budak itu tinggal beberapa lama dengannya dan didapati budak itu cacat. Lelaki itu terus membawa kes itu kepada Rasulullah saw. Kemudian budak itu terus dikembalikan semula kepada penjualnya.”

Aib ialah sesuatu yang mengurangkan benda atau nilai sesuatu yang menghapuskan tujuan sebebnar dariapda pembelian barangan berkenaan. Contohnya beli alat letrik rosak, baju koyak atau tidak muat.

 

 

Syarat-syarat khiyar aib

1.                  Kecacatan wujud sebelum kontrak atau setelah kontrak tetapi belum dilakukan penyerahan

2.                  Jika kecacatan berlaku selepas kontrak, maka khiyar aib tidak boleh disabitkan

3.                  Kecacatan tidak diketahui oleh pembeli sewaktu kontrak. Jika pembeli tahu tiada khiar aib.

4.                  Jenis barang yang dibeli biasanya tidak cacat

5.                  Kecacatan tidak hilang sebelum kontrak dibatalkan

6.                  Kecacatan tersebut bukan dari jenis yang mudah diatasi. Contohnya baju kecil, radio tidak berfungsi.

 

 

Kaedah-kaedah mensabitkan sesuatu kecacatan

1.                  Kecacatan dapat dilihat secara zahir

2.                  Kecacatan yang hanya diketahui oleh pakar, contoh sakit jantung

3.                  Kecacatan yang hanya diketahui oleh wanita

4.                  Kecacatan yang tidak dapat dilihat atau disaksikan kecuali melalui pengujian. Contohnya kes mencuri.

 

 

BENTUK-BENTUK TRANSAKSI DALAM ISLAM

 

AL- RAHNU

 

DEFINISI

Bahasa: Tetap, berlangsung, menahan

Istilah:  Menjadikan sesuatu benda yang bernilai menurut pandangan syarak sebagai tanggungan hutang:

Dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima.

 

RUKUN-RUKUN AL-RAHN:

·        Orang yang menyerahkan barang gadaian ( rahin)

·        Orang yang menerima ( menahan) barang gadaian ( murtahin)

·        Barang gadaian (marhun)

·        Hutang ( marhun bih/qard)

·        Kontrak ( sighah)

 

 

 Syarat-syarat Rahin dan Murtahin:

i.                     Orang yang layak melakukan pertukaran barang ( berjual beli), sihat.

ii.                   Mumayyiz

iii.                  Orang yang diletakkan di bawah jagaan orang lain kerana bodoh, atau boros tidak layak.

iv.                 Kematian sesuatu pihak sama ada rahin atau murtahin tidak mempengaruhi dalam perjanjian gadaian, perjanjian tetap berlaku sehingga sampai waktu yang ditentukan.

 

 

Syarat barang gadaian

i.                     Merupakan benda yang bernilai menurut ketentuan hukum syarak

ii.                   Sudah wujud sewaktu perjanjian itu ditandatangani

iii.                  Boleh diserahkan kepada murtahin

 

 

Sejarah al-Rahn di Malaysia.

1.                  Dilaksanakan di peringkat kebangsaan mulai 29 Oktober 1993 dengan nama Skim al-Rahn

2.                  Dijalankan secara usahasama di antara YPEIM dan Bank Rakyat

3.                  YPEIM sebagai pemodal utama dan penyelaras modal daripada pihak lain, manakala Bank Rakyat sebagai pelaksana yang menjalankan urusniaga

4.                  Kemudahan Skim al-Rahn diperolehi di cawangan-cawangan Bank Rakyat di seluruh Malaysia

 

 

Tatacara:

Perkhidmatan ini dibuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Jumlah pinjaman dihadkan kepada 50% - 60%  dari nilai barang sandaran (marhun) tetapi tidak melebihi RM 5,000.

Barang-barang sandaran ( marhun) terdiri daripada barang-barang emas tulin sahaja yang diterima.

Penggadai dikenakan upah menyimpan barang dengan kadar tertentu contohnya: Kadar upah bulanan bagi setiap nilaian RM 100.

Gadaian dikira sah dan sempurna apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani tiket/ borang gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.

Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh tebus mengikut persetujuan kedua belah pihak, sesudah membayar upah menyimpan barang gadaian untuk tempoh gadaian terdahulu.

Jika penggadai gagal menebus, Bank /al-Raahin  akan memberi notis lelong sebelum menjual marhun secara lelong oleh pelelong berlesen. Baki harga lelong itu, sesudah ditolak kos dan jumlah hutang, akan diberi balik kepada penggadai.

 

 

Keistimewaan al-Rahn:

a.       Tiada unsur Riba

b.      Kadar upah barang yang sangat berpatutan

c.       Penggadai dimaklumkan sebelum barang gadaian dilelong

d.      Penggadai diberi jaminan mendapat kembali baki harga lelong

 

 

Perbezaan al-Rahn dengan  sistem pajak gadai moden:

Al-Rahn

Gadaian moden

Sumber Rujukan

 

Tiada unsur riba

 

Pertolongan dan bukan penindasan

 

Perkhidmatan

 

 

 

MUSYARAKAH

 

  1. Pengenalan

Menjalankan aktiviti perniagaan boleh dilakukan bersendirian atau secara permuafakatan. Jika tidak mampun untuk melakukan perniagaan sendirian, maka alternatifnya ialah menubuhkan syarikat.

 

  1. Definisi

Dari segi bahasa:

Percampuran (al-ikhtilaf) iaitu percampuran harta yang dimiliki oleh dua orang hingga tidak lagi boleh dikenalpasti lagi perbezaan antara keduanya.

 

Dari segi Istilah:

“ Dua orang atau lebih yang mengikat perjanjian perkongsian untuk menjalankan sesuatu projek perniagaan ataupelaburan dimana mereka sama-sama bersetuju menyumbangkan modal dan berkongsi untung rugi”.

 

  1. Jenis-jenis syarikat

Jumhur  fuqaha’ membahagikan syarikat kepada 3 iaitu:

1.                  Syarikat Amwal ( harta)

2.                  Syarikat Ashkhas (individu)

3.                  Syarikat Mudharabah (syarikat Berhad)

 

 

1.                  Syarikat Amwal

Syarikat yang ditubuhkan pada asalnya untuk tujuan pencapaian kuasa kewangan. Tujuan adalah untuk mengumpul harta sebanyak mungkin daripada berbagai individu.

Definisi:  “Persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk berkongsi mengeluarkan kadar tertentu sebagai modal perniagaan, keuntungan dan kerugian akan dibahagikan atau ditanggung oleh semua ahli syarikat.”

 

Ahli feqah membahagikan syarikat amwal kepada dua iaitu:

1.                  Syarikat Mufawadah

2.                  Syarikat Dhaman (‘Inan)

 

 

Syarikat Mufawadah : ialah perniagaan berdasarkan persamaan antara ahli syarikat dalam semua aspek sama ada pengurusan, tanggungan hutang, pemberian modal dan pembahagian keuntungan.

Konsep ini dinamakan mufawadah kerana setiap ahli syarikat telah melakukan memberi kuasa kepada semua ahli syarikat untuk melakukan tugas-tugas syarikat sama ada semasa dia bersama atau ketika tiada. Oleh itu setiap ahli syarikat mesti bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh rakan kongsi.

Syarikat ini dikatakan jaminan dalam pekerjaan/mufawadah.

 

 

Syarikat Dhaman/ ‘Inan

Syarikat antara dua pihak atau lebih dalam mengeluarkan modal dan kerja. Modal dan keuntungan ditetapkan pada kadar tertentu sebagaimana dipersetujui. Nisbah keuntungan yang akan dibahagikan kepada ahli syarikat adalah berdasarkan kadar modal yang dikeluarkan oleh mereka.

Syarikat ini dinamakan inan kerana prinsipnya tidak mengaitkan rakan kongsi dalam urusan perdagangan yang dijalankan, sama ada dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Begitu juga nisbah pemberian modal, pembahagian keuntungan dan kuasa pentadbiran adalah berbeza di kalangan rakan kongsi.

 

 

Perbezaan antara syarikat mufawadah dan inan

1.                  Syarikat mufawadah berdasarkan persamaan, Inan tidak

2.                  Syarikat mufawadah masing-masing bertanggungjawab ke atas apa-apa risiko yang akan terjadi ke atas ahli syarikat, Inan tidak

3.                  Syarikat mufawadah semua akan bekerja dari peringkat atasan hingga ke bawah, Inan tidak semestinya ahli syarikat akan pengurus

4.                  Keuntungan dan kerugian dalam syarikat mufawadah adalah sama, dalam syarikat inan untung atau rugi berdasarkan modal yang disumbangkan.

 

 

2.                  Syarikat al-ashkhas ( syarikat individu)

Syarikat ashkas ialah syarikat yang mengambil kira perhubungan individu untuk berkongsi sebagai faktor utama.

Syarikat yang mengambil tenaga kerja sebagai faktor utama dalam persyarikatan.

 

Syarikat ini dibahagi kepada dua:

1.                  Syarikat a’mal (abdan)

2.                  Syarikat wujuh

 

 

Syarikat a’mal

Dinamakan juga syarikat sana’i, iaitu dua orang usahawan atau lebih bersetuju untuk menceburi bidang  pembuatan seperti jahitan, pemakanan, perkhidmatan seperi firma peguam, kedoktoran, jurutera dan lain-lain. Keuntungan dibahagi mengikut nisbah yang tertentu berdasarkan kemahiran yang disumbangkan.

 

 

Syarikat Wujuh

Syarikat ini bergantung kepada pengaruh dua orang yang bersyarikat dan kemsyhuran mereka dalam bermuamalat. Syarikat ini dikenali juga dengan al-zimam.

Syarikat ini ialah perkongsian barang-barang perniagaan. Mereka akan membeli secara tangguh dan menjualkannya, keuntungan akan dibahagikan.

Syarikat ini kadangkala wujud pembelian secara tertangguh, sedangkan ahli syarikat tiada wang. Mereka hanya bergantung kepada kepercayaan orang ramai.

Syarikat askhas kadang-kadang boleh menjadi syarikat mufawadah atau syarikat inan. Jika ada persamaan maka ia boleh jadi mufawadah, jika tidak sama syarikat inan.

 

 

3.                  Syarikat mudharabah

Mudharabah ialah perjanjian anatara pemilik modal dan pengusaha dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.

Syaarikat ini perkongsian antara pemodal dan pengusaha untuk menjalankan sesuatu projek.

Syariakt mudharabah ada duaiatu medharabah mutlak dan mudharabah muqayyad. Mudharabah mutlak ialah pengusaha bebas melakukan apa jua projek yang dikehendaki.Mudharabah muqayadah ialah pemodala telah meletakkan syrat tertantu kepada pengusaha seperti jenis projek, tempat, tempoh dan sebagainya.

 

 

 

Syarat perjanjian mudharabah:

1.                  Jumlah modal yang dikeluarkan diketahui oelh semua ahli syarikat ketika perjanjian itu dibuat. Modal hendaklah bentuk tunai atau wang yang laku dalam pasaran

2.                  Modal hendaklah sesuatu yang boleh dikemukan atau boleh diserahkan semasa perjanjian dibuat. Hutang atau sesuatu yang ghaib tidak boleh menjadi modal.

3.                  Pembahagian keuntungan untuk pengusaha hendaklah berdasarkan nisbah tertentu sama ada peratusan atau pecahan

4.                  Pengusaha hendaklah menjalankan perniagaan berdasarkan skop yang telah ditetapkan oleh pemodal

5.                  Kedua-dua pemodal dan pengusaha hendaklah memenuhi syarat-syarat untuk membuat perjanjian.

6.                  Pengusaha dikira sebagai pemegang amanah ketika menerima modal, sebelum sesuatu pekerjaan dimulakan

7.                  Pengusaha dikira sebagai wakil apabila memulakan perniagaan

8.                  Apabila syarikat memperolehi keuntungan, pengusaha mempunyai hak atau bahagian tertentu sebagai rakan kongsi

9.                  Apabila syarikat mengalami kerugian, semua akan ditanggung oleh pemodal dan pengusaha hanya akan mendapat upah sahaja

10.              Sebarang perlanggran syarakt adalah menjadi kesalahan dan orang yang melanggar akan membayar gantirugi atau bertanggungjawab

11.              Tidak ada had dalam perjanjian mudharabah kepada pemodal, malahan lebih ramai pemodal lagi elok.

12.              Tidak ada had kepada bilangan pengusaha, malahan lebih ramai lagi baik.

13.              Projek yang hendak dijalankan tidak ada batasan. Mereka boleh melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa, perindustrian dan sebagainya

 

 

 

Kebaikan syarikat mudharabah:

1.                  Mengurangkan pengganguran

2.                  Meningkatkan ekonomi

3.                  Membantu pemodal yang tidak tahu hendak mengembangkan modal

4.                  Membantu pengusaha yang mempunyai kemahiran tetapi tiada modal

5.                  Wujudnya kerjasama antar satu sama lain

 

 

  1. Asas perjanjian syarikat

1.                  Hak kebebasan memilih bagi pihak yang membuat perjanjian. Mereka mempunyai hak pertimbangan dan pemilihan

2.                  Perjanjian itu hendaklah dimulai dengan mencatat kandungannya dan ia mesti jelas serta legkap. Pengesahan hendaklah dibuat di hadapan saksi

3.                  Bahan atau perkara yang dibuat perjanjian itu hendaklah halal di sisi syarak serta wujud semasa perjanjian dibuat.

4.                  Perjanjian hendaklah bebas daripada sebarang unsur penipuan, kerana tindakan itu boleh membawa kepada unsur pertelingkahan.

 

 

  1. Syarat-syarat syarikat

1.                  Urusan yang dipersetujui hendaklah yang boleh diwakilkan. Oleh itu apa yang diperolehi daripada perkerjaan tersebut dikira berkongsi di kalangan mereka.

2.                  Kadar pembahagian keuntungan hendaklah ditetapkan ketika persetujuan dibuat.

3.                  Pembahagian keuntungan hendaklah dibuat mengikut kadar tertentu, bukan berasaskan jumlah tertentu.

4.                  Ahli syarikat hendaklah mengetahui junmlah modal ketika perjanjian dibuat

5.                  Semua ahli dikehendaki mengeluarkan harta masing-masing. Tidak boleh secara berhutang

6.                  Aktiviti yang akan dijalankan mestilah dihalalkan syarak

7.                  Semua ahli syarikat mempunyai hak mentadbir, mengurus dan mengawasi syarikat.

 

 

Perjanjian syarikat akan terbatal jika:

1.                  Kematian ahli syarikat

2.                  Ahli syarikat gila, muflis

3.                  Perniagaan yang memudharatkan

4.                  Syarikat musnah

 

 

MUDHARABAH

 

Definisi:

Mudharabah ialah perjanjian anatara pemilik modal dan pengusaha dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.

 

Syarikat ini perkongsian antara pemodal dan pengusaha untuk menjalankan sesuatu projek.

 

Syarikat mudharabah ada dua iatu :

e.                   mudharabah mutlak

f.                    mudharabah muqayyad.

 

Mudharabah mutlak: ialah pengusaha bebas melakukan apa jua projek yang dikehendaki.Pemodal tidak meletakkan apa-apa syarat dan ia terserah kepada kebijaksanaan pengusaha.

Mudharabah muqayadah: ialah pemodal telah meletakkan syarat tertentu kepada pengusaha seperti jenis projek, tempat, tempoh dan sebagainya.Pengusaha mesti menjalankan perniagaan berasaskan kehendak pemodal.

 

 

Rukun-rukun mudharabah:

g.                   Pemodal

h.                   Pengusaha

i.                     Modal

j.                    Usaha/ Projek

k.                  Kontrak

 

 

 

Syarat perjanjian mudharabah:

Jumlah modal yang dikeluarkan diketahui oleh semua ahli syarikat ketika perjanjian itu dibuat. Modal hendaklah bentuk tunai atau wang yang laku dalam pasaran

Modal hendaklah sesuatu yang boleh dikemukakanan atau boleh diserahkan semasa perjanjian dibuat. Hutang atau sesuatu yang ghaib tidak boleh menjadi modal.

Pembahagian keuntungan untuk pengusaha hendaklah berdasarkan nisbah tertentu sama ada peratusan atau pecahan

Pengusaha hendaklah menjalankan perniagaan berdasarkan skop yang telah ditetapkan oleh pemodal

Kedua-dua pemodal dan pengusaha hendaklah memenuhi syarat-syarat untuk membuat perjanjian.

Pengusaha dikira sebagai pemegang amanah ketika menerima modal, sebelum sesuatu pekerjaan dimulakan

Pengusaha dikira sebagai wakil apabila memulakan perniagaan

Apabila syarikat memperolehi keuntungan, pengusaha mempunyai hak atau bahagian tertentu sebagai rakan kongsi

Apabila syarikat mengalami kerugian, semua akan ditanggung oleh pemodal dan pengusaha hanya akan mendapat upah sahaja

Sebarang perlanggaran syarak adalah menjadi kesalahan dan orang yang melanggar akan membayar gantirugi atau bertanggungjawab

Tidak ada had dalam perjanjian mudharabah kepada pemodal, malahan lebih ramai pemodal lagi elok.

Tidak ada had kepada bilangan pengusaha, malahan lebih ramai lagi baik.

Projek yang hendak dijalankan tidak ada batasan. Mereka boleh melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa, perindustrian dan sebagainya.Bentuk modal – wang tunai, Peratus pembahagian untung, Kerugian, Usaha, Pembubaran dan Projek yang halal

 

 

Kebaikan syarikat mudharabah:

 

Mengurangkan pengganguran, memberi peluang pekerjaan

Meningkatkan ekonomi

Membantu pemodal yang tidak tahu hendak mengembangkan modal

Membantu pengusaha yang mempunyai kemahiran tetapi tiada modal

Wujudnya kerjasama antara satu sama lain

 

 

Hukum-hukum

Mudharabah adalah kontrak yang telah dipraktikkan oleh Baginda Rasulullah saw

Kedua-dua pihak yang melakukan mudharabah mestilah terdiri daripada orang yang berkelayakan memberi wakil atau menerima wakil (wakalah)

Tidak disyaratkan kedua-dua pihak terdiri daripada orang Islam. Namun jika terdapat unsur haram seperti riba, kontrak ini tidak diharuskan

Kontarak mudharabah akan terbatal sekirannya tamat tempoh kontrak, mati salah seorang daripada pihak yang berkontrak atau gila salah seorang.

 

 

Mudharabah dalam operasi bank

          i.                        Akaun pelaburan

         ii.                        Akaun pelaburan istimewa

 

 

AL-HIWALAH (PEMINDAHAN HUTANG)

Pengertian: Permindahan hutang dari tanggungan seorang  yang berhutang kepada tanggungjawab orang lain.

Hadis Rasulullah saw:

“ Orang kaya yang melambat-lambatkan masa membayar hutang itu adalah satu kezaliman. Apabila salah seorang dari kamu mengikut kaedah pemindahan hutang, maka hendaklah kamu ikutinya”.

 

“ Hadis:  “Umat Islam adalah terikat dengan syarat-syarat ayng mereka buat”

Contoh: Zaid  mempunyai hutang dengan Ali sebanyak RM 100.00, kemudian Zaid meminta Ahmad membayar hutang tersebut. Sekiranya Ali dan Ahmad setuju, maka berpindahlah hutang Zaid kepada Ahmad dengan syarat:

Kedua-dua pihak yang berhutang dan yang memberi hutang sudah baligh dan berakal

Pihak yang mengambil alih tanggungjawab membayar hutang itu hendaklah membayar semua hutang tersebut

Hutang tersebut hendaklah benar dilakukan dan diketahui jumlahnya.

Kontrak hendaklah dibuat di dalam majlis yang sama

Orang yang berhutang itu hendaklah benar-benar berhutang kepada orang yang kedua. Jika tidak maka tidak sah dilakukan Hiwalah.

Pihak pertama ( orang yang berhutang) tidak gugur tanggungan hutangnya hinggalah pihak kedua ( yang memberi hutang) mendapat balik segala hutangnya, jika tidak ia berhak menuntut daripada pihak yang pertama.

Selepas sahaja perjanjian itu ditandatangani maka pihak ketiga (mengambil alih tanggungjawab hutang) mengambil tugas membayar hutang tersebut.

 

 

Hiwalah terbatal dengan salah satu sebab-sebab berikut:

Apabila pihak ketiga ( mengambil alih tanggungjawab hutang) ingkar, sekalipun tidak disokong dengan sebarang bukti yang nyata, hanya memadai dengan sumpah sahaja.

Apabila pihak ketiga meninggal dunia dalam keadaan muflis, tidak ada harta peninggalan yang mencukupi untuk membayar hutang tersebut dan tidak pula meninggalkan waris yang boleh menanggungnya.

Apabila pihak ketiga juga dijatuhkan hukuman muflis dan semua hartanya dibahagi-bahagikan untuk membayar segala hutangnya yang ada sama rata dan tidak mencukupi untuk menutupnya. Dalam keadaan ini orang yang memberi hutang hendaklah menuntut balik hutang tersebut daripada orang yang pertama.

Pihak kedua ( yang memberi hutang) tidak mempunyai apa-apa keistimewaan atau kelebihan berbanding dengan pemberi-pemberi hutang yang lain, bahkan ia akan bayar sama rata sebagaimana orang lain berdasarkan harta yang ada sahaja. ( ini jika orang yang berhutang tidak mempunyai cukup harta untuk membayar balik hutang.)

Kematian pihak pertama tidak menjejaskan hiwalah, kecuali disebut dalam perjanjian. Pihak kedua boleh menuntut dari pihak ketiga.

 

 

Rukun-rukun

Pemindahan hutang

Penerima hutang

Tuan punya hutang

Hutang yang dipindahkan

Ijab dan qabul

 

 

Jenis-jenis Hiwalah

Hiwalah Muqayyadah /terikat

Hiwalah Mutlaqah / bebas

 

 

Hukum-hukum

Ketiga-tiga pihak yang terlibat dalam hiwalah mestilah orang yang boleh dipertanggungjawabkan

Hutang yang dihiwalah mestilah terjamin pembayaran baliknya

Perlulah dijelaskan jumlah dan tempoh pembayarannya

Sah hiwalah yang diakadkan oleh pihak kedua dengan pihak ketiga atau pihak pertama dengan pihak ketiga. Bagaimanapun akad hiwalah antara pihak pertama dengan kedua perlu mendpat persetujuan pihak ketiga. Jika tidak, akad itu tidak sah.

 

 

Hiwalah dalam operasi bank

Bank menggunakana hiwalah dalam bentuk pemindahan wang oleh pelanggan. Dengan ini, bank akan menggunakan bayaran tertentu iaitu:

a.                   Komisyen

b.                  Belanja mengurus

c.                   Upah pemindahan

d.                  Perbezaan harga pertukaran mata wang asing.

 

 

 

 

Al-WAKALAH ( PERWAKILAN)

 

Definisi:

Perlantikan seseorang mengambil tempat orang yang mewakil bagi melaksanakan sesuatu tugas bagi pihaknya.

Akad ini memberi kuasa pada wakil menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya.

contoh: Menyerahkan wang kepada orang lain untuk menjaganya semasa ia masih hidup

 

Firman Allah: Al-Kahfi: 19

“ Hendaklah kamu utuskan seorang daripada kamu dengan membawa mata wang ini ke Bandar untuk melihat/membeli makanan yang paling baik dan terus dibawa kepada kamu di sini dan hendaklah ia berlemah lembut serta jangan sampai menyedarkan seorang pun dari orang-orang musyrik itu terhadap kamu sekelian”.

 

 

Rukun:

Wakil

Pihak yang mewakil

Perkara yang diwakili

Kontrak

 

 

Jenis-jenis wakalah

Wakalah mutlaqah: tidak terikat dengan syarat tertentu (selain daripada syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian)

Wakalah Muqayyadah: diikat dengan syarat tertentu, dihadkan masa atau keadaan

 

 

Hukum-hukum

Wakalah tidak boleh diwarisi dan terbubar dengan kematian

Berakhir wakalah dengan selesai tugas-tugas yang diwakilkan

Wang atau harta yang diterima sebelum diserahkan kepada pemilik asalnya tertakluk kepada hukum wadiah

Seorang wakil tidak boleh melantik orang lain bersabit dengan perkara yang diwakilkannya kecuali dengan izin pihak yang mewakil

Orang yang mewakil hendaklah menyatakan dengan jelas perkara ayng diwakilkan sewaktu kontrak dilakukan.

 

 

Syarat-syarat berwakil:

Barang yang hendak diserahkan itu hendaklah kepunyaan atau di bawah kuasa orang yang berwakil

Kedua-dua pihak yang berwakil dan yang menerima wakil hendaklah sempurna akal dan baligh.

Barang yang hendak diserahkan itu hendaklah benda yang nyata. Tidak sah berwakil pada barang yang tidak tentu kedudukannya.

Tidak sah berwakil untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan ibadat, kerana tujuan ibadat ialah sebagai ujian kepda seseorang individu, kecuali dalam ibadat haji, menyembelih korban, pembayaran zakat dan puasa kifarah.

Kedua-dua pihak juga boleh memansuhkan perjanjian yang telah dibuat

Hendaklah dinyatakan dengan jelas kerja atau tugas yang diwakilkan

Wakil boleh mengambil upah atas khidmat perlaksanaan kerja atau tugasnya

Perjanjian itu dengan sendirinya terbatal dengan kematian salah seorang daripada kedua-dua belah pihak. Demikian dengan gila, ataupun barang yang berkenaan keluar dari milik atau kuasa orang yang berwakil dengan sebab dijual atau diwakafkan.

 

 

 

Batasan berwakalah

1.                  Wakil tersebut dipercayai sepenuhnya dan ia tidak dipertanggungjawabkan di atas segala kerosakan barang berkenaan kecuali dengan kecuaiannya.

2.                  Pihak yang menerima wakil tidak boleh menjual barang berkenaan dengan harga yang lebih rendah daripada harga biasa atau dengan wang yang tidak sah.

3.                  Pihak yang menerima wakil tidak boleh melakukan lebih daripada yang dibenarkan oleh pihak yang berwakil terhadap barang berkenaan

4.                  Tidak harus bagi wakil menjual barang tersebut sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada orang yang terdekat.

 

 

Wakalah dalam operasi bank

Bank boleh menjalankan aktivitinya berasaskan wakalah dalam skop yang luas khususnya bank sebagai perantara. Begitu juga dalam perkhidmatan, bank boleh memainkan peranan seperti pembelian saham, penjualan, pelaksanaan jaminan atau pemesanan barang luar negeri.

 

 

Al-KAFALAH (JAMINAN HUTANG ATAU PELAKSANAAN KERJA)

Definisi: Perjanjian antara penjamin dan pihak yang menerima jaminan di mana penjamin menerima tanggungjawab untuk menjelaskan hutang atau membayar ganti rugi jika sekirannya pihak yang berhutang atau berjanji untuk melaksanankan sesuatu kerja itu gagal menunaikan tanggungjawabnya.

1.                  Penjamin diminta menandatangani surat perjanjian sebagai bukti kesanggupan.

2.                  Kafalah menggabungkan tanggungjawab antara orang yang menjamin dengan orang yang berhutang

3.                  Islam menggalakan supaya saling tanggung menanggung antara satu sama lain.

4.                  Hutang yang dijamin itu dengaklah yang sah dan wajib dibayar.

 

 

Rukun

Penjamin

Orang yang dijamin

Orang yang diberi jaminan

Sesuatu yang dijamin

 

 

Hukum

Penjamin hendaklah terdiri dari pihak yang boleh dipertanggungjawabkan

Pihak yang menerima jaminan boleh menuntut barang yang dijamin daripada penjamin bila sampai tempohnya

Penjamin tidak boleh menarik diri kecuali ketika sesuatu yang dijamin itu belum lagi diletakkan di bawah tanggungjawab pihak yang dijamin

Bilangan penjamin tidak terbatas, bergantung kepada perjanjian yang dieprsetujui

Pihak yang menerima jaminan boleh membebaskan penjamin daripada tanggungjawabnya,  sekirannya ia berlaku maka tidak bererti bahawa tanggungjawab orang yang dijamin juga bebas.

 

 

Al-IJARAH ( SEWA MENYEWA)

Definisi: Akad antara pemilik harta sama ada tetap atau tidak tetap dengan penyewa di mana pemilik harta membenarkan penyewa mengguna dan memperolehi manfaat dan perkhidmatan dari harta tersebut. Bersama-sama itu penyewa membayar kepada pemilik harta bayaran sewa seperti yang telah dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Menjual manfaat(gunaan) atau perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang ditetapkan. Kaedah ini dugunakan dalam urusan sewa menyewa, juga upah mengupah.

Manfaat merujuk kepada gunaan seperti kediaman bagi rumah. Perkhimatan pula amerujuk kepada tenaga dan kepakarean yang digunakan bagi mendapat ganjaran.

 

Firman Allah: Al-Talak : 6

“ Kemudian jika merea menyusukan ( anak-anak) mu untukmu, maka berikanlah kepada mereka upahnya”

 

 

Syarat sah sewaan

1.                  Keredhaan kedua-dua pihak yang berakad sewaan

2.                  Hendaklah perkara yang diakadkan itu sesuatu perkara yang diketahui dalam bentuk yang boleh menghalang perbalahan. Sama ada tentang tempoh sewaan, tempat manfaat itu akan diperolehi, dan sifat-sifat harta yang disewa dan cara pembayaran sewa tersebut.

3.                  Hendaklah perkara yang hendak disewa itu boleh diperolehi manfaatnya dari sudut syarak dan dari sudut realiti.

4.                  Hendaklah manfaat yang diakadkan itu suatu perkara yang diharuskan dari sudut syarak

5.                  Janganlah perkhidmatan itu satu tanggungjawab fardhu atau wajib seseorang yang disewa perkhidmatannya itu sendiri sebelum akad sewa menyewa itu dibuat.

6.                  Janganlah orang yang disewa upah tenaganya itu mengambil manfaat daripada amal dan perkhidmatannya yang disewa

7.                  Hendaklah manfaat yang disewa itu sesuatu yang menjadi maksud sewaan, serta biasa diperolehi manfaatnya menerusi akad sewaan.

 

 

Rukun-rukun

a.                   Pemberi sewa/mengambil upah

b.                  Penyewa/orang yang mengupah

c.                   Bayaran sewa/ upah

d.                  Manfaat atau kerja

e.                   Sighah

 

 

Syarat manfaat

a.                   Bernilai

b.                  Manfaat itu diserahkan kepada penyewa

c.                   Diketahui kadarnya dengan jangka masa yang ditetapkan.

 

 

Jenis sewaan

a.                   Ijarah pada zimmah – sewaan ayng belum ada barang sewaktu akad dilakukan

b.                  Ijarah pada ain: sewaan sesuatu yang ada barangnya diwaktu kontrak dilakukan.

 

 

Hukum-hukum

a.                   Kedua pihak hendaklah terdiri daripada mereka yang dipertanggungjawabkan di sisi syarak

b.                  Kematian tidak membatalkan kontrak dan waris si mati bertanggungjawab untuk meneruskannya

c.                   Terbatal kontrak jika nbarang yang disewa itu rosak sama sekali. Sekiranya kerosakan yang dialami itu kurang teruk, kaedah khiyar boleh digunakan

d.                  Bila berlaku penjualan terhadap barang yang disewa, sewaan tersebut tetap sah sehingga tamat perjanjian

e.                   Penyewa tidak dikenakan gantirugi jika berlaku kemusnahan terhadap barang yang disewa kerana dianggap penyewa seorang yang beramanah kecuali akibat daripada kecuaian atau sengaja

 

 

Ijarah Dalam Operasi Bank

Bank boleh memainkan peranan dalam bidang ini sama ada dari segi sewaan atau perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan

 

Bil

Sewa

Bil

Upah

1
 

2

 

3

Bahan yang diakad adalah manfaat
 

Wujudnya barang yang disewa seperti rumah


Perlu ada tempoh masa penggunaan

1
 

2

 

3

Bahan yang diakad adalah kerja dan khidmat

Kerja yang dilakukan belum ada semasa akad


Perlu dijelaskan jenis dan kadar perkhidmatan

 

 


Return to Mama